Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nurul Wahab hamil anak ke-3 (video)

Selasa, 12 Ogos 2014

Tahniah kepada Nurul Wahab yang difahamkan dia kini sudah hamil anak ke-3. Ini disahkan lagi oleh Nurul menerusi laman blog pribadinya, nurulwahabdepp.wordpress.com dengan bersertakan video.

Usia kandungan kehamilannya itu kini mencecah 12 minggu aka 3 bulan.

"Eric memang suka buat kejutan jika ada sesuatu yang istimewa kepada kedua orang tuanya. Ni pun bukan main ni aku kena twist ayat-ayat ni. Walaupun dalam Bahasa Melayu. Jangan tak tahu mereka berdua yang berada di Eropah – tak dilupakan sepupu kami – memang suka alih bahasa. Maklumlah zaman cyber. Digunanya pula Google translate. Selalu juga diaorang buka blog ni. Nak tengok apa aku buat.

Kalau letak gambar tu, memang akan di print nya terus. Disimpan baik-baik dan dilekatkan di dinding bilik mereka. Itulah bapa mertua aku. Ni aku kena tulis Bahasa Melayu yang tak boleh ada English. Kalau English diterjemahkan sebiji-sebiji ke dalam bahasa mereka. Kalau bahasa kita, lain sikit.

Dah pernah dibuatnya. Katanya kelakar dan terjemahan yang entah apa-apa. Aku tak tahu macam mana dan terjemahan mana digunakan! Hahahahha… Katanya dah taknak buat lagi.Buat buang masa katanya. Bila dengan video, diaorang tak boleh buat terjemahan dan tak ada sesiapa di sana yang boleh berbahasa melayu! Selamat… Hehehe..

Tapi in case… Tak tahulah juga.. tiba-tiba dibuatnya lagi terjemahan. Jadi nak selamat, Pingu kecil ku ni sarankan untuk umukan minggu ini dengan video sahaja. Lagipun dah tak boleh sorok dan dah tiba masa yang sesuai untuk kami umukan ‘rahsia’ kami ini."

Awie sekat media guna mahkamah kes dengan Rozana!

Bukan main tegas lagi Awie untuk tidak memperlekehkan kes dia dengan isterinya, Rozana dimana mendapat perintah mahkamah untuk menghalang mana-mana media, blog dan forum menyebarkan dan memgeluarkan artikel mengenai mereka.

Ini diputuskan oleh mahkamah majistret Ampang semalam. Namun mahkamah tidak menolak untuk membuat liputan berita mengenai kes berkenaan di dalam mahkamah.

Jika Awie didapati bersalah mengenakan kecederaan terhadap isterinya, maka dia bakal dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.
"Kita buat permohonan itu kerana tiada siapa patut membuat komentar, telahan atau andaian malah menyebarkan gambar-gambar kerana ia tidak adil kepada pihak tertuduh kerana ia mampu menjatuhkan reputasinya sebelum mendapat keadilan di mahkamah.

"Niat kita bukan ingin menentang kebebasan media dan tidak mempunyai masalah sekiranya pihak media ingin melaporkan apa yang berlaku dalam mahkamah atau pun kenyataan saksi," -Awie memetik portal mStar

Gambar Raya Ning Baizura 2014 (9 Gambar)

Isnin, 11 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Ning Baizura, suami, anaknya serta rakan-rakan artisnya. Merah ko jah rambut Ning di Hari raya!

Dayana isteri Ashraf Muslim mengandung?

Dengarnya kedengaran yang menyatakan isteri pertama Ashraf Muslim, Dayana kini hamil/mengandung anak pertama mereka.

Kedua-dua pihak tidak memberikan komen mengenai hal ini namun cerita ini dibuktikan dengan status Dayana yang lebih bermaksud demikian.

Status ini diupdates ketika mereka berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.
Selamat tinggal Ramadhan =( Ya Allah..Izinkan kami bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan..InsyaAllah.. #Happy3rdAniversarysayang #satusyawal #throwbacktigatahunlepas Tq sayang @ashrafmuslim for being there through thick and thin.. Tq @wansakinah for understanding me n being the best ibu for Sarah Ashraf Tq ayah ,mak, mertua and my siblings for supporting me all this while..love u guys soo much.. Doakan Sarah Ashraf dapat adik baru tahun ni..InsyaAllah..amiin.. Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin..

Bila Lisa Surihani marah..

Jarang melihat Lisa Surihani marah kecuali di dalam filem/drama yang dilakoninya. Namun baru-baru ini, Lisa agak kelihatan marah berkaitan ada pihak yang menggunakan account palsu atas nama artis untuk kepentingan perniagaan mereka.

Lisa yang membidas perbuatan terkutuk itu, berharap agar tidak menggunakan nama artis dan berniagalah secara jujur. Lisa akui dia tidak marah, namun sedikit tegas, melihat komen terakhirnya.

Gambar anak Irma Hasmie terkini


Irma Hasmie jarang memuat naik gambar anaknya ke dalam laman sosial Instagram. Untuk beberapa minggu ini hanya 3-4 keping gambar yang dimuatnaiknya.

Rasanya tidak ada gambar Hari Raya mereka, untuk melihat kelibat anak ke-2nya itu memang agak sukar.
Namun beberapa keping gambar anaknya itu Redza Syah Irfhan dan Irma Nurnaylie sempat diambil untuk kerinduan peminat-peminat Irma.

Alhamdulillah, Adam & Fiza rujuk semula!

Dikhabarkan pasangan yang berpisah pada 28 April lalu, Fiza Elite dengan Adam AF kini bertaut kembali dimana Adam sudah merujuk kembali Fiza pada 17 Julai lalu secara 'non-formal'.

Memetik portal Bharian sisipan Bpop, Adam pergi ke Pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam untuk memfailkan pendaftaran rujuk mereka itu.

Semoga selepas ini, rumahtangga mereka kembali bahagia dan disinari berkat diatas ujian dan takdir dari Allah SWT kepada mereka berdua.

Jihan Musa akui pakai produk kecantikan RM20 jer!

Ahad, 10 Ogos 2014

Memetik portal mStar, Jihan Musa akui tidak berbelanja besar untuk mukanya yang kini semakin ayu dan jelita.

Jihan menganggap ianya satu pembaziran dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan secara semula jadi.

"Saya tidak pernah dikelilingi oleh mereka yang berbuat begitu, jadi saya tidak tahu di mana tempat mereka melakukan rawatan untuk jadi lebih cantik.

"Pada saya tidak penting untuk membuat rawatan atau mengubah wajah kerana ia bukan sahaja berdosa, malah memerlukan kos yang tinggi.

"Saya hanya menggunakan pencuci muka berharga kurang daripada RM20 sahaja setiap bulan,"

"Saya masih sama seperti dahulu mungkin kerana usia sudah semakin dewasa dan saya akui lebih menjaga penampilan diri ketika keluar dari rumah.

"Sejak jadi artis saya akan bersolek dan pilih pakaian untuk keluar ke tempat awam kerana saya tidak mahu peminat ambil gambar dalam keadaan tidak elok.

"Lagi pun apa yang saya muat naik di Instagram itu sudah di edit menjadi lebih cantik,"

Wajah Emma Maembong terkena air mani?

Memang ramai kaki gatal aka seks ni di dalam laman sosial. Mereka kadang kala kalau geram dengan wajah seseorang tu, maka di edit dengan tidak bertata susila langsung.

Emma Maembong adalah salah seorang selebriti yang terkena dengan cara jahat segelintir kaki seks ni. Wajah Emma dikatakan diedit dimana terkena cairan pekat yang keluar dari #$%^&* lelaki.

"Saya tak takut kerana semua ini memang cubaan untuk menjatuhkan nama saya. Saya ada gambar asal. Jadi kepada yang cuba membuat onar, bawa bertaubatlah.

"Saya ikutkan malas nak layan semua ini kerana tidak mendatangkan faedah langsung. Tapi ini ruang untuk saya perbetulkan perkara yang memang tak betul," -Emma petikan portal Bharian

Tahniah, Isteri Ally Iskandar selamat melahirkan anak


Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pengacara TV3,Ally Iskandar diatas isterinya, Farah Lee yang selamat melahirkan anak sulung mereka pada 8 Ogos yang lalu.

Gambar diatas bukan gambar anak mereka, admin dapat kat Google Image je. Keke. Apa-apa pun semoga bahagia lah pasangan emak ayah ni selepas ini. :)

Pernikahan Jue Aziz, Bayu sah! resepsi tahun depan

Jumaat, 8 Ogos 2014

Pelakon jelita, Jue Aziz yang ini isteri kepada penyanyi Indonesia, Bayu Pramana dikhabarkan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada tahun hadapan, ini dibuat disebabkan sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Jue Aziz mengakui pernikahannya dengan Bayu pada bulan Mac lalu menjadi kontroversi apabila ramai pihak media tidak mengetahui akan pernikannya itu.

Lalu pernikahan mereka diuruskan melalui bidang mahkamah untu disahkan.
"Alhamdulillah selepas urusan pernikahan saya dengan suami selesai di mahkamah, diharap selepas ini tidak lagi dijadikan isu seperti mana sebelum ini.

"Insya-Allah kami bercadang untuk mengadakan majlis resepsi bagi memperkenalkan suami kepada keluarga dan kenalan rapat pada tahun hadapan,"

"Ikutkan pada saya apa yang penting kita dahulukan mana yang wajib tetapi atas permintaan ibu dan bapa, saya setuju untuk mengadakan majlis resepsi berkenaan,"

"Keluarga restu dan mengetahui tentang pernikahan kami dan tidak pernah kami sorokkan kepada sesiapa yang mengenali cuma ia tidak dihebahkan secara meluas dalam media kerana saya tidak berapa selesa dengan publisiti.

"Bagaimanapun Alhamdulillah berkat Syawal dan doa daripada ibu bapa, semuanya selesai," -Jue Aziz petikan portal mStar

Gambar Raya Norish Karman 2014 (12 Gambar)

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Norish Karman dengan anak-anaknya.

Syamsul bidas kenyataan dari seorang Ustaz

Syamsul Yusof adalah seorang pengarah filem yang tegas, jadi bab perang di Gaza, dia juga adalah orang yang tegas di didalam isu berkenaan.

Dikhabarkan Syamsul membuat satu kenyataan di laman sosial miliknya untuk membidas seorang kenyataan ustaz yang mendakwa tiada syahid di Gaza

Pelbagai maklumbalas dari peminatnya dikemukankan, kebanyakkannya menyokong Syamsul.

Soal Syahid atau tidak, rasanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Yang pentingkan doakan yang terbaik untuk warga/saudara kita di GAZA!


Isteri Saiful Nizam, Aida Gadis Melayu selamat melahirkan anak


Juara Gadis Melayu musim pertama terbitan TV9, Khairul Noormaidah Zali atau Aida selamat melahirkan bayi lelaki (anak ke-2) seberat 3.1 kilogram pada pukul 11 pagi di Hospital Pantai, Bangsar semalam 7 Ogos 2014.

Aida Eirdeena (3 tahun) bersama adiknya.
"Aida dimasukkan ke wad semalam selepas mengadu sakit mahu bersalin. Saya di sisi Aida di dalam bilik bersalin sehinggalah dia melahirkan anak kedua kami secara pembedahan.

"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Tuhan. Kami berdua sememangnya ternanti-nanti kehadiran cahaya mata kedua ini," Saiful Nizam Ismail, pembaca berita TV3 -Petikan portal UTUSAN

Gambar Raya Ashraf Muslim part II 2014 (9 Gambar)

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Ashraf Muslim dengan dua orang isterinya, Dayana dan Wan Sakinah.

Neelofa, Keith Foo Bergambar Bersama

Khamis, 7 Ogos 2014

Majalah popular MediaHiburan bakal menampilkan gandingan terbaik tahun ini di dalam bidang lakonan, Neelofa dengan Keith Foo untuk edisi majalah Raya 9-15 Ogos ini.

Dibawah ini adalah sesi photography untuk majalah itu nanti. Cantik Neelofa bertudung, Keith Foo juga kemas dengan pakain Melayu lengkap yang di pakainya.


Melly Goeslow kini bertudung (3 gambar)

Dengar khabar komposer dan penyanyi, Melly Goeslow telah nekad memakai hijab/tudung pada dirinya.

Mungkin sebelum Hari Raya yang lalu dimana tidak ketahui apa sebab utama dia berbuat demikian.

Harap-harap ikhlas di dalam berbuat demikian kan. :)

Gambar Raya Qi Razali, Nelydia 2014 (9 Gambar)

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama pasangan kekasih Qi Razali dengan Nelydia Senrose. Dorang masih lagi pasangan kekasih dan buktinya gambar ini menunjukkan Qi beraya ke rumah Nelydia dengan pakaian yang sedondon gitu.

Dia (Rozana) datang bulan kot - Awie

Kes mahkamah (sulh) yang melibatkan Awie dengan isterinya, Rozana Misbun yang berlangsung semalam dianggap gagal kerana Rozana gagal hadir ke perbicaraan itu yang berlangsung di Pejabat Sulh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Rundingan tersebut sepatutnya diadakan bagi membincangkan mengenai soal hak penjagaan anak secara kekal (hadanah) terhadap tiga anak mereka

Awie yang ditanya wartawan tidak mengetahui apa-apa hanya meneka jenaka kenapa Rozana tidak hadir.
"Saya tidak boleh komen apa-apa kerana dia (Rozana) tidak hadir dan tiada sebarang perbincangan berlaku dalam pejabat Sulh tadi.

"Saya sendiri tidak pasti puncanya mungkin dia 'datang bulan' kot,"
Peguam Awie, memberi komen dimana tidak akan ada kali ke-2 atau ke-3 proses sulh dan kes berkenaan akan disebut di mahkamah pada 3 September akan datang.

Gambar Raya Lisa Surihani, Yusri 2014 part II (22 Gambar)

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Lisa Surihani, Yusry dan ahli keluarga kedua-dua pihak.

Gambar Raya Liza Hanim 2014 (7 Gambar)

Rabu, 6 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Liza Hanim. Dengarnya dia telah turun 20kg di dalam kesenyapannya di dalam dunia seni ni. Wah, memang tak boleh dipercayaikan. Tapi itulah Liza Hanim yang terkini.

Gambar Raya Linda Rafah 2014 (9 Gambar)

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Linda Rafah, suaminya serta 3 orang anaknya. Semoga bersabar dengan ketiadaan lagi seorang anaknya yang sudah dijemput Allah SWT.