Pernikahan Jue Aziz, Bayu sah! resepsi tahun depan

Pada: Jumaat, 8 Ogos 2014
Pelakon jelita, Jue Aziz yang ini isteri kepada penyanyi Indonesia, Bayu Pramana dikhabarkan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada tahun hadapan, ini dibuat disebabkan sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Jue Aziz mengakui pernikahannya dengan Bayu pada bulan Mac lalu menjadi kontroversi apabila ramai pihak media tidak mengetahui akan pernikannya itu.

Lalu pernikahan mereka diuruskan melalui bidang mahkamah untu disahkan.
"Alhamdulillah selepas urusan pernikahan saya dengan suami selesai di mahkamah, diharap selepas ini tidak lagi dijadikan isu seperti mana sebelum ini.

"Insya-Allah kami bercadang untuk mengadakan majlis resepsi bagi memperkenalkan suami kepada keluarga dan kenalan rapat pada tahun hadapan,"

"Ikutkan pada saya apa yang penting kita dahulukan mana yang wajib tetapi atas permintaan ibu dan bapa, saya setuju untuk mengadakan majlis resepsi berkenaan,"

"Keluarga restu dan mengetahui tentang pernikahan kami dan tidak pernah kami sorokkan kepada sesiapa yang mengenali cuma ia tidak dihebahkan secara meluas dalam media kerana saya tidak berapa selesa dengan publisiti.

"Bagaimanapun Alhamdulillah berkat Syawal dan doa daripada ibu bapa, semuanya selesai," -Jue Aziz petikan portal mStar

Tag : , , , , , , , ,