Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

13 Gambar Qi, Nelydia ke London

Jumaat, 7 Februari 2014

Isu adegan mesra diantara Sharnaaz Ahmad dengan kekasih Qi Razali, Nelydia Senrose yang tidak ada kata putusnya lagi, namun baru-baru ini Qi Razali dan Nelydia Senrose telah pergi bercuti ke kota raya London untuk membuktikan hubungan mereka masih lagi kuat dan teguh berdiri.

Mereka ke sana juga untuk menyaksikan kelab kesayangan Qi Razali beraksi iaitu Arsenal FC.Memang cantik Nelydia ni, untung Qi. Hehe

4 Gambar Yuna Ketika Kecil

Ini adalah beberapa keping gambar Yuna ketika dia masih kecil sehinggalah diusia 10-an yang memetik portal noisey.vice.com. Memang comel juga Yuna diwaktu kecilnya. layan..

Memey Akui Anak Sampai 6 Orang!


Dalam tak disangka rumahtangga Norman Hakim dan Memey Suhaiza kini semakin bahagia. Mereka ditemui ketika majlis kenduri anak sulung mereka, Muhammad Darwisz Hakim, baru-baru ini.

Memey akui dia begitu tenang dengan kehidupannya sekarang dan berhasrat ingin ramai anak sehingga mencecah 6 orang anak! memetik sumber Utusan semalam.

Gambar Mesra Sharnaaz Dengan Nelydia

Khamis, 6 Februari 2014

Kisah cemburu Qi Razali adalah lumrah manusia, dan bagi yang berkasih sayang pastinya ianya sudah lahir. Kekasih Qi iaitu Nelydia Senrose difahamkan telah mengambil gambar adegan mesra tahap kekasih juga dengan Sharnaaz Ahmad.

Rupanya ianya adalah babak untuk promosi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Namun ianya gambar yang dimuatnaik oleh Sharnaaz di dalam laman sosial Instagramnya yang mengundang seribu persoalan. Rasanya agak tak wajar, Sharnaaz memuatnaik gambar berkenaan, memandangkan Nelydia sudah mempunyai kekasih hati.

Memang naik cemburu Qi baru baru ini dibuatnya. Difahamkan memetik sumber Murai, sebilangan gambar mesra berkenaan diambil diluar babak drama itu, lagi lah bertambah parah jadinya.

Yang tak patut lagi, pihak promosi drama berkenaan sangat keterlaluan dan kurang sensitif, jauh menyimpang dari etika budaya Malaysia, cukuplah gambar yang boleh dan sedap mata memandang seperti drama lain, ini tahap mengalahkan suami isteri pula.

Yang kena tempias si Qi, alahai..

Ezany Nizariff Akui Hantar Mesej Bunuh Untuk..

Mengikut berita HarianMetro semalam, ada seorang lelaki ni diugut oleh seorang pelakon. Lelaki yang dikenali sebagai Azahar Hassan seorang guru itu menerima mesej ugutan untuk dibunuh oleh pelakon berkenaan melalui laman sosial Facebook.
“Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya,”
Antara mesej yang diterima guru berkenaan adalah berbunyi begini..

‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’ di laman sosial Facebook milik artis berkenaan.

Inilah Kekasih Hati Nur Fathia..

Akhirnya jeng jeng, siapa kekasih Nur Fathia terjawab. Dia adalah pelakon juga, Aiman Hakim Ridza. Aiman yang ditemui semalam oleh portal mStar mengakui ada hubungan cinta dengan Nur Fathia.
"Benar hubungan kami sedang serius sejak setahun lalu dan sebelum ini saya mengelak menjawab pertanyaan itu kerana beranggapan ia tidak manis untuk diperkatakan secara terbuka.

"Percaya atau tidak saya seorang yang sangat konservatif dan 'tradisional' apabila berbicara perkara sebegini,"
Oklah sudah tu, bila lagi nak ajak melamar, jangan lama-lama nanti dikebas orang pulak kan. Hehe

Bila Isteri Ashraf Muslim Bergambar Bersama

Gambar berdua Ashraf Muslim dengan isteri ke-2nya baru-baru ini, Wan Sakinah hanya lah sementara sahaja. Rupanya Ashraf memiliki sifat adil yang tinggi dalam dirinya apabila berpoligami diantara Dayana dengan Sakinah.

Semalam, kedua isterinya itu sempat bersama-sama menemani suaminya di airport untuk berangkat ke Tanah Suci, umrah rasanya.

Ashraf akui sayang mereka berdua sepenuhnya.

Gambar anak Yasmin Hani 3 bulan

Rabu, 5 Februari 2014

Dah nak masuk usia 3 bulan anak kepada pelakon, Yasmin Hani. Nama anaknya itu adalah, Noah Ismail Wong. Memang tak terkata comelnya anak Yasmin ni. Moga sihat-sihat sahaja lah kan. -instagram yasminhani

Soal Seksi, Sharifah Sakinah Tahu Soal Aurat Tapi..

Sharifah Sakinah semalam diwawancara oleh Kosmo! dan ianya lebih tertumpu kepada subjek panas yang kerap diperlakukan oleh Sharifah sendiri seperti adegan seksi dan ntah apa-apa lagi.

Diantaranya juga adalah isu pakaian renang yang dipakainya, dan turut diambil oleh jurulatih pribadi renanganya sendiri di Dubai. Namun akui Sakinah, dia memang aktif bersukan dan meyakinkan ramai pihak bentuk badannya adalah hasil daripada sukan berkenaan.

Misha Omar Kahwin pada bulan....

Sudah lama kalau tidak silap ikatan pertunangan diantara penyanyi, Misha Omar dengan Firos Ezzwan iaitu pada 21 Februari 201 yang lalu, dah 2 tahun!.

Namun semalam memetik portal mStar, Misha mendapat nasihat ibunya, agar perkahwinannya dipercepatkan yakni tahun ini. Dan dalam perancangan untuk berkahwin pada bula Mei 2014 di Kota Bahru, Kelantan.
"Saya menghormati keputusan ibu yang tidak mahu kami tangguhkan lagi perkahwinan ini, namun begitu biarlah ibu dia tamat tempoh edah iaitu sehingga April depan.

"Kalau ikutkan, saya masih lagi bersedih dan belum kuat untuk berumah tangga buat masa ini tapi ibu tidak mahu timbul sebarang fitnah kalau ia ditangguhkan lagi,

"Majlis akan diadakan hanya satu hari sahaja dalam skala yang kecil untuk keluarga terdekat sahaja, ini juga adalah permintaan ibu.

"Majlis di Kuala Lumpur untuk pihak lelaki akan diadakan juga namun masih belum ditetapkan tarikh sebenar,

"Saya tidak terfikir tentang tajaan kerana majlis saya dibuat secara sederhana sahaja. Buat masa ini hanya kawan-kawan terdekat yang menghulurkan bantuan mereka seperti tajaan busana daripada Syaiful Baharim," -Misha.

Isu Baby Bump, Wan Sakinah Komen..

Semalam, Wan Sakinah isteri kepada Asraf Muslim telah menayangkan foto baby bump dimana ketika itu dia dan Ashraf tengah pergi bercuti.

Namun ramai orang yang telah memberikan respon terhadap penayangan gambarnya itu. Bagi Wan Sakinah, dia sekadar teruja sahaja dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
"Salam utk sahabat, stalkers & haters. Maaf psl gmbr yg menayangkn gmbr perut sy tu. Terlalu excited tgk perut boyot, tu yg pi upload tu. Bknnya nk show off bagai. Tau, org lain pun pregnant jgk. Tp sblm ni, pantang naik perut sket pi gym la. jog la. Sit up la. Tp now rs lain, bila tau pregnant je, dok tgu bila perut nk besaq.

"Time makan pun tak kira. Asal lapaq, makan! Lgpun org dok kata perut sy kecik. Tp bl hmpir 7 bln ni tb2 dia besaq! Tgk dlm gmbr lg nmpk besaq! Tu yg sy pi upload tu. Xrs seksi pun. cuma excited tang perut. xde niat nk sakitkn hati sape2.. Sy dh delete gmbr tu. Terima kasih atas teguran.

"InsyaAllah xkn berlaku lg upload gmbr bkn2. Sy mengaku sy salah. Selain mintak ampun kat Allah, mntk maaf pd suami, sy jg mntk maaf pd anda semua. Sy jgk maafkn anda yg xpenat dok maki hamun. Tak pyh la cari kat padang masyar. Jenuh. Ramai org. Ssh nk jmp. Kira 0-0 kat sini je la yea. Satu lg, jgn la hentam suami sy tu teruk sgt. Dia usaha jd suami yg terbaik utk kami berdua. Bkn setakat cukup mkn pakai. Agama pun dia bg. Tp tu la, dlm dok kawal, terlepas jgk.. Hehe.

"Sy mntk doakanlah kebahagiaan kami bertiga (Dayana, Ashraf & Sakinah). Doa anak yg bakal dilahirkn nnt jd ank soleh atau solehah, yg sihat tubuh bdnnya & cergas akal fikirannya. Doakn jg Ashraf & teman baik sy, Dayana selamat tb di Mekah & dpt menunaikan ibadat umrah yg mabrur. Salam. -peace-"

Adegan Tembak di Drama, Polis Sebenar Datang!

Selasa, 4 Februari 2014

Memang dah tahap trauma dah masyarakat kita kalau dah dengar bunyi tembakan, namun baguslah juga kan tindakan mereka ni, untuk keharmonian dan keselamatan awam juga sebenarnya, tapi tu lah kesannya jika buat drama di tempat awam.

Ini petikan HarianMetro tadi..

Penggambaran babak tembak-menembak membabitkan dua pelakon utama drama bersiri Miranda, Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin tengah hari semalam terpaksa dihentikan kira-kira satu jam apabila didatangi dua kereta polis yang menerima aduan daripada orang ramai menyangka ia kejadian jenayah sebenar.

Menurut Pengarahnya Along Kamaludin, babak Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dirakam di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Kota Damansara mengundang salah faham orang ramai yang terkejut dengan bunyi tembakan itu.

“Semuanya salah faham saja. Sebenarnya dalam babak itu, Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dari dalam kereta. Kami buat babak itu di kawasan parkir bawah tanah sebenarnya, tapi tak sangka pula ada pengunjung restoran berhampiran terdengar dan menyangka ia kejadian jenayah sebenar.

“Mungkin sebab kami rakam babak itu pun tanpa peralatan yang banyak, jadi orang tak nampak kami jalani penggambaran. Tiba-tiba dua kereta peronda polis tiba di set dan terpaksa pula pengurus produksi saya jelaskan perkara itu hanya salah faham,” katanya.

Along berkata, kru dan pelakon terkejut didatangi polis yang menerima aduan orang awam selepas terdengar bunyi tembakan.

13 Gambar Rita dan Anaknya Bercuti

Minggu lalu, Rita Rudanini dengan anak-anaknya Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, telah pergi ke Avilion sebuah resort dekat Port Dikcson untuk bercuti-cuti.

Beberapa keping gambar mereka dimuatnaik oleh Rita ke dalam laman sosial Instagram miliknya.

Gambar Wan Sakinah, isteri Ashraf hamil

Lama sudah tidak melihat kelibat isteri ke-2 kepada pengacara, Ashraf Mulism. Isterinya itu, Wan Sakinah kini sedang hamil 7 bulan anak sulung mereka.

Dan baru-baru ini mereka pergi bercuti kat Langkawi, Kedah. Beberapa keping foto telah dimuatnaik kedalam laman sosial, dengan saat kemesraan mereka berdua dengan penayangan baby bump oleh Wan Sakinag.-gambar Murai

Fahrin Ahmad Cari Jodoh di Jalan Raya?

Aik dah buang tebiat ke Fahrin Ahmad ni sampai mencari jodoh di tepi jalan raya. Haha. Rasanya Fahrin ada maruah diri juga kan, tak mungkin dia mencari jodoh sehingga ke cara sebegini, mungkin ada show atau acara atau drama/filem tertentu untuk dia berbuat demikian, berfikiran positif yer.

Kalau betul-betul, rasanya ramai yang dah berhenti kereta mereka, terutama golongan wanita bujang kan, kat laman sosial Instagram sahaja ramai yang nak, apatah lagi yang dah berdepan. Rasanya elok benar kalau Fahrin buat interview jodoh, lagi senang. Keke.

Leuniey Natasha Selamat Melahirkan Anak

Tahniah kepada pejaga gawang Bola Sepak Kebangsaan Negara, Khairul Fahmi kerana sudah bergelar ayah, apabila isterinya Leuniey Natasha selamat bersalin anak sulung mereka.

Kira-kira pada jam 2:55 petang semalam, Leuniey Natasha melahirkan anak berjantina perempuan seberat 2.75kg.

Nasi Lemak MAS, Chef Wan Tidak Puas Hati!

Isnin, 3 Februari 2014

Baru-baru ni Datuk Chef Wan ada menaiki penerbangan MAS, tak dipastikan ke mana, tapi Chef Wan dikatakan berang dengan makanan sarapan pagi ketika di dalam sebuah pesawat dengan sarapan berkenaan adalah Nasi Lemak.

Sangat terkejut apabila Duta Pelancongan Makanan Malaysia ini melihatnya, sungguh tidak berwarna warni Nasi Lemak yang dihidangkan.

Chef Wan apa lagi, membidas cara persembahan makanan berkenaan, apatah lagi, MAS adalah sebuah penerbangan yang menaik turunkan ribuan orang dari pelbagai tempat, kena lagi dengan tahun melawat Malaysia 2014 ni.

Memang patut Chef Wan buka mulut, admin rasa malu lihat hidangan ini, sangat cincai dibuatnya.
“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?” -Facebook Chef Wan

Yana Samsudin Nafi Buat Pembedahan Wajah

Kes mencantikkan wajah pada sebilangan selebriti ni memang tak pernah lari, memang itu menjadi keutamaan mereka. Tapi dari sudut dan cara yang macamana yang itu mereka sahaja yang tahu.

Terbaru memetik portal Utusan memberitahu Yana Samsudin menafikan dia telah mengubah wajahnya namun tidak menafikan yang dia ada buat pembentukan gigi sekaligus memberikan kesan terhadap wajahnya.
"Perubahan pada struktur gigi mengubah bentuk muka saya secara tak langsung. Berat badan saya juga turun. Tambahan pula dengan teknik solekan seolah-olah seperti saya melakukan pembedahan wajah.

"Walhal saya seorang yang prihatin dengan kecantikan. Saya kerap ke pusat pelangsingan badan dan rawatan muka.

"Antara kaedah rawatan wajah yang saya buat termasuk face lifting iaitu urutan yang mampu menegangkan kulit yang menggendur.

"Sebab saya risau kalau dagu berlapis dan kulit menggelebeh

"Sebenarnya dari awal lagi wajah saya ini memang tak pernah sama. Kalau kurus muka berubah begitu juga sebaliknya" -Yana

Anita Sarawak Pisah Dengan Suami?

Memetik portal Bharian semalam, Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir dikatakan sudah tidak dapat dihubungi lagi sejak 3 tahun yang lalu. Tidak dapat dipastikan apa yang telah berlaku, ada orang cakap dia cerai dengan suaminya, ada juga orang cakap dia lari dari hutang serta perselisihan antara kawannya sendiri.

Bahkan keluarga daripada pihak Kak Nita juga tidak dapat mengesakan akan berita mengenai mereka berdua. Mengikut sumber, kali terakhir Kak Nita ditemuikan berita adalah ketika dia membuat konsert di Las Vegas sekitar awal tahun 2013 serta bergiat aktif dalam dunia perniagaan di sana.

Dan yang paling tidak disangka, Kak Nita tidak dapat balik melihat jenazah ibu tirinya, Allahyarham Umi Kalthum yang meninggal ketika bulan Ramadan lalu.

Gambar Zizie Ezzete, suami Bercuti

Rasanya dah lama tak melihat kelibat Zizie Ezette dalam dunia anak seni, mungkin dah bersara kot. Tapi itu lah kalau dah jadi isteri DUN, memang duduk rumah pun boleh bahagia juga. Hehe

Terbaru, dia dan suaminya, Datuk Bung Mokhtar telah pergi bercuti ke berapa buah negara di Barat terutatamanya di Amsterdam (Belanda), Mexico dan Los Angeles (Amerika Syarikat).

Cerita Ahmad Idham di Twitter

Sabtu, 1 Februari 2014

Sepertinya pengarah terkenal Ahmad Idham melentik dan tidak suka cara rakyat tempatan mengkritik akan industri perfileman negara yang perlukan perubahan bagi kumpulan ini.

Idham melontarkan rasa komentarnya yang dianggap 'statement angkuh' oleh sesetengah pihak itu di laman sosial Twitternya untuk memberitahu siapa makan garam terlebih dahulu. -gambar Cari

Senaman Shila Amzah?

Apa punya senaman muslimah yang ditiru oleh Shila Amzah ni pun tak admin tahu, tapi nampaknya seperti Yoga, tapi tak tahulah Shila Amzah ni, semua dia boleh buat (pakaian) dengan pelbagai aksi dan fesyen. Aish, ade-ade je la hang ni Shila.