Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fahrin Ahmad Menyanyi Lagu Dalam Bas

Isnin, 15 Oktober 2012

Memang jarang kita lihat artis naik bas awam, apatah lagi melibatkan pelakon popular seperti Fahrin Ahmad. Lagi pelik kalau Fahrin menyanyi di dalam bas. Ha yang itu lah menjadi persoalannya, kenapa dia nyanyi dalam bas.

Ianya adalah untuk promosi sempena kempen oleh syarikat dari Johor, TransIskandar dan Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) yang mempromosi untuk menaiki kenderaan awam.

Apa-apa pun kita enjoy dulu dengar lagu nanyian Fahrin ni, bukan selalu dapat dengar Fahrin menyanyi kan yang dinyanyikan semula dari lagu nyayian Zainal Abidin.

TMJ Sudah Menikahi Fazura?

Gosip terbaru yang baru melanda ketika ini adalah gosip dimana TMJ (Tengku Mahkota Johor) sudah menikahi aktress, Nurfazura. Tidak diketahui dimana kesahihan cerita ini samada, ianya hanya khbar angin atau pun betul-betul. Ianya adalah pertanyaan sebuah kaki forumer dari forum Cari yang bertanya hal sedemikian kepada rakyat Johor.


Mungkin kalau betul, ianya sebuah lamaran atau pun merisik. Memang tidak dinafikan yang TMJ merupakan kekasih Fazura walaupun tidak dihebahkan kepada media dan umum.

Kalau betul apa salahnya juga kan, sudah tiba masanya mereka berfikir mengenai masa depan dengan mendirikan sebuah masjid, kami juga tumpang gembira

Gambar Terkini Azean Irdawaty

Pada 12 Oktober yang lalu, Buletin Utama TV3 telah memaparkan berita terkini mengenai pelakon, Azean Irdawaty, 62 tahun yang kini terlantar akibat penyakit yang dialaminya. Kini keadaan Azean begitu lemah dan mengharapkan doa daripada anda di laur sana agar kembali sihat dan stabil seperti sediakala. Azean yang ditemui ketika itu redho dan ikhlas menerima dugaan hidup itu.

Bukan Gambar Bogel Pun - Erin Malek

Ahad, 14 Oktober 2012

Bila dah sesuatu yang tak elok tersebar maka jawapannya juga makin menjadi-jadi. Mahu tidak mahu, kata-kata tidak mahu kalah dan mempertahankan sesuatu pasti perlu dilakukan. Namun selepas berkata demikian pasti kesedaran akan muncul dan langkah berhati-hati akan menyusul.

Inilah akibatnya apabila memuat naik gambar pribadi yang menjadi kontroversi lebih-lebih lagi golongan selebriti seperti Pelakon, filem Tentang Bulan, Erin Malek yang berlaku beberapa hari yang lalu..

Ini adalah komen Erin yang dipetik melalui laman portal SinarHarian. 

“gambar itu saya tujukan untuk semua.

“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,

“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair

“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun,

“Saya memang tidak baca segala komen yang diberikan (Twitter) kerana macamlah saya ini jahat sangat dan daripada saya sakit hati baca, baik saya tidak baca terus,

“saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya."

Shila, Sharnaaz Rancang Kahwin 2014

Sabtu, 13 Oktober 2012

Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad, merancang untuk menamatkan zaman solo mereka dua tahun lagi. Shila menganggap tempoh dua tahun yang berbaki dapat digunakan mereka sebaik mungkin bagi mengukuhkan lagi kerjaya seni masing-masing.

Bukan kerana desakan keluarga, sebaliknya sebuah keputusan yang dicapai hasil perbincangan bersama.
Sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya manakala Sha sendiri kena berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Shanghai kerana terikat dengan Shanghai Media Group selama dua tahun. Sejak menang pertandingan Asian Wave, jadual Sha penuh dengan undangan persembahan sehingga tahun depan.

Meskipun kini semakin sibuk dengan persembahan di Malaysia mahupun China, mereka tetap saling berhubung. Bahkan penyanyi berusia 22 tahun ini tetap menganggap Sharnaaz sebahagian daripada tulang belakang kejayaan kerjayanya ketika ini. -Via

Aqasha Selamat Menimang Anak ke-2

Tahniah kepada pelakon Aqasha yang dikhabarkan telah menimang anak ke-2. Isteri beliau, Norbaizura selamat melahirkan anak perempuan berkenaan. Berita ini disampaikan sendiri secara tidak rasmi oleh Aqasha melalui laman Twitternya dengan memuat naik gambar anak perempuan berkenaan.


Gambar Seksi Erin Malek di Instagram?

Jumaat, 12 Oktober 2012

Mengucapkan sesuatu kepada kekasih selalunya bukan pekara penting yang perlu dipertontonkan kepada umum lebih-lebih lagi melibatkan ada unsur kepribadian. Yang dikatakan sedemikian adalah merujuk kepada portal Cari yang mendakwa pelakon muda, Erin Malek telah memuat naik gambar separa seksi ke dalam laman sosial, Intagram.

Gambar berkenaan untuk dipertontonkan kepada umum dengan tertera perkataan dibawah gambar berkenaan khas untuk kekasihnya yang bernama Walid. Ramai yang memberikan reaksi terhadap penyebaran gambar berkenaan.

Gambar Sebelum Rossa Mengerjakan Ibadah Haji

Tidak lama lagi Hari Raya Qurban atau Haji akan menjelma dan pastinya kita tidak sabar-sabar untuk bercuti pada hari itu. Bagi selebriti seberang yang terkenal di Malaysia, Rossa, dia sudah tidak sabar-sabar untuk mengerjakan ibadah haji berkenaan. Baru-baru ini diadakan satu majlis kesyukuran di kediamannya di Jakarta untuk kepermergiannya ke Tanah Suci yang dijadualkan pada hari ini. -gambar detik.com

Gambar Pra Tonton Aku Terima Nikahnya

Gambar dibawah adalah gambar bersempena dengan satu majlis pelancaran Malam Pratonton Aku Terima Nikahnya yang diadakan baru-baru ini. Pelakon utama filem berkenaan, Nora Danish dan Ady Putra serta Mon Ryanti juga turut sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi filem yang telah keluar pada 11 Oktober yakni semalam. Pastikan anda menonton filem ini yang dikatakan filem  sedih yang bakal anda menangis-nangis di panggung wayang.



Pakaian Seksi, Artis Tak Salah 100% - Zed Zaidi

Khamis, 11 Oktober 2012

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata artis yang hadir sesuatu majlis atau program akan memilih fesyen pakaian bergantung pada tema. Zed memberikan komennya apabila berlaku pelbagai isu mengenai pemakaian selebriti yang seksi menjadi tumpuan dan berita hangat media sekaligus memberi tamparan kepada Presiden Seniman itu.

Zed memberikan komennya ini bukan untuk menghentam mana-mana pihak namun ianya komen yang memberikan gambaran stuasi pemakaian haruslah mengikut kesuaian memandangkan golongan selebriti semuanya sudah besar dan dewasa..

“Jadi, penganjur perlu membuat tema yang lebih kepada islamik. Kalau tema fesyen islamik digunakan, lama-lama semua artis pakai tudung.

“Jangan salahkan artis seratus peratus, pihak penganjur juga bertanggungjawab,

“Ini salah satu dakwah yang berlainan kerana apabila tema fesyen islamik sudah ditetapkan, tidak mungkin artis itu datang dengan terdedah sana sini.

“Jika artis itu datang dengan pakaian seksi, artis itu memang bermasalah,

“Artis yang berhijab sekarang ini, dulu semua seksi, terdedah sanasini tetapi perubahan yang mereka alami menggembirakan banyak pihak.

 “Perkara seperti ini yang sepatutnya dihebohkan supaya menjadi ikutan kepada peminat tetapi kenapa isu artis berpakaian seksi yang sering diberi perhatian?”

 “Kod etika yang sedia ada tidak memaksa mana-mana artis mematuhi kod pakaian yang digariskan.Jika ia diamalkan oleh semua artis yang beragama Islam, saya percaya ia akan jadi ikutan,malah mereka akan jadi ikon serta fesyen mereka menjadi ikutan,” katanya. -SinarHarian

Johan, Nabila Sah Putus Cinta?

Menurut portal Murai, pasangan selebriti kekasih diantara, Johan Asari dengan Nabila Huda dikatakan sumber sudah pun berpisah atau putus cinta pada bulan lalu. Tidak diketahui apa punca dan sebab utama terjadinya kisah sebegini memandangkan kedua-duanya saling rapat malahan keluarga masing-masing juga merestui hubungan mereka.

Mungkin ada sedikit perselihan faham dan akhirnya terjadi sedikit konflik lalu menjadi besar sehinggakan putus. Namun apa yang pasti kita tunggu komentar dari salah seorang diantara mereka mengenai status hubungan mereka itu.

Jimmy Shanley, Suhaila Cerai Talak Satu

Akhirnya pengacara Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy bercerai talak satu secara khuluk atau tebus talak dengan bayaran RM1.

Lafaz cerai (khuluk) itu dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah PJ pada hari Rabu selepas pasangan berkenaan bersetuju untuk menamatkan rumah tangga masing-masing.

Hakim  yang mendengar lafaz itu kemudian membenarkan jatuh talak satu dan mengarahkan Nursuhaila bersuci tiga kali edah.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November 2011.

Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.



M. Nasir Nyanyi Lagu Tema PKR?

Rabu, 10 Oktober 2012

Isu politik dikalang selebriti memang tidak perlu diperkatakan lagi, zaman sekarang dah makin ramai selebriti yang dah masuk di arena politik mungkin dek kerana hal-hal tertentu. Yang terbaru admin ada menerima sepucuk email yang dihantar oleh orang bernama 'Siti Saleha' (bukan nama sebenar dan juga bukan artis) yang mahu kita sama-sama mendengar lagu tema PKR.

Dalam email berkenaan terselit bunyi, Lagu ini dicipta oleh Buddhi Hekayat yang juga penulis lirik lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF. p/s dulu buddhi hekayat pernah bekerjasama dengan m.nasir untuk membuat lagu Awan Nano. Jadi tak mustahil mereka bekerjasama lagi untuk membuat lagi Panji Keadilan. 


Kalau korang rasa korang kuat politik dan hiburan, cuba komen sikit. Hehe.

Akaun Laman Sosial Ramlah Ram di Hack

Gejala tidak sihat seperti hack menghack laman sosial ini adalah satu perkara yang tidak boleh diamalkan kerana ianya memberi beban kepada empunya pemilik. Golongan tertentu kadang kala dijadikan target termasuklah golongan selebriti.


Terbaru kes mengenai berita hacker yang menyerang laman sosial milik penyanyi Ramlah Ram. Tidak diketahui apa motif sebenar hacker berkenaan mahu menceroboh dan mengondam berkenaan.


Sehinggakan memberikan ugutan yang terlampau seperti penyebaran gambar pribadi, gondam handphone/laptop, serta memusnahkan apa-apa yang ada di dalam laman lain seperti YouTube.

Sehinggakan kini Ramlah fobia untuk mengangkat panggilan luar. Pihak pengurus Ramlah sudah membuat laporan polis yang berdekatan.

Pengondam ini juga dpercayai akan membuat aktiviti hack terhadap akaun selebriti yang lain seperti Azwan Ali, Lisa Surihani dan Fazura. -Via

Amy Search Komen Pakaian Seksi Nabila

Episod pakaian seksi Nabila Huda ketika malam Blockbuster baru-baru ini mendapat reaksi pelbagai pihak, ini termasuklah ayahnya sendiri, Amy Search. Amy memang tidak setuju sangat dengan pakaian yang dipakai oleh Huda, sebagai seorang ayah, Amy pastinya menerima tamparan paling mendalam apabila terjadinya hal seperti ini memandangkan Nabila belum ada suami lagi.

Dan ini komen Amy yang dipetik melalui portal SinarHarian mengenai pakaian Nabila berkenaan, namun menharapkan Nabila dapat memahami kehendak ayahnya ini dengan selepas ini lebih berhati-hati ketika memilih pakaian.
“Memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu."

“Bagi saya 'designer' pun perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia (Nabila) sendiri perlu tahu apa yang dipakainya itu.

“Banyak lagi baju rekaan cantik yang boleh dipakai dan saya percaya dia sudah cukup dewasa untuk mengetahui serta berfikir dengan lanjut mengenai perkara itu,” katanya

Seksinya Nabila Huda di Blockbuster

Selasa, 9 Oktober 2012

Wah bukan main seksi lagi Nabila Huda apabila berada di malam kemuncak Blockbuster baru-baru ini. Pakaian yang boleh dianggap menampakkan sebagaian tubuhnya telah menjadi perhatian orang yang datang dan juga jurufoto. Namun Nabila juga pandai cover bahagian perut apabila menutupinya dengan tangan ketika ramai percikan flash kamera menghala kepada dirinya. Dui.. hazabnye...

gambar Rotikaya | BuahMulut

Gambar Pelakon Elfaeza Ul Haq

Pelakon cantik yang berasal dari negara seberang, bukan Indon, tapi Singapura, Elfaeza Ul Haq kini mencari rezeki di Malaysia dalam meningkatkan pengalamannya dalam bidang berkenaan. Namun dia menjadi risau jika isu kerakyatan menjadi isu yang dibangkitkan sekiranya dia mendapat nama berbanding artis tempatan lain.

Dalam pada masa yang sama, Elfaeza Ul Haq yang juga pelakon pembantu untuk drama, Adam dan Hawa yang kini popular itu, amat berpuas hati kerana drama itu sedikit sebanyak memberikan dia ilmu yang berguna.

Rezeki Elfaeza tidak hanya disitu, dia kini mendapat tawaran untuk drama 13 episod berjudul Cinta Qaseh untuk slot Lestari di TV3 dan jua telefilem Jambatan Ke Syurga di Astro Oasis. -VIA

Erra Fazira Hiasi August Man Malaysia

Buat pertama kalinya, Erra Fazira diberi penghormatan dalam menjadi penghias muka depan majalah lelaki, August Man Malaysia. Mungkin sudah rezeki Erra yang jarang kita lihat dia menjadi penghias muka depan majalah lebih-lebih lagi majalah lelaki. Aura Erra masih juga berbisa sama dengan Ziana Zain yang kedua-duanya masih lagi menjadi perhatian. -gambar fb August Man


Gambar Anak Sulung Haiza

Penyanyi Haiza yang selamat melahirkan anak sulung lelaki  pada 9 September yang lalu kini merupakan individu yang paling gembira disamping suaminya yang tersayang. Setelah 5 tahun mendirikan rumahtangga, akhirnya Haiza dengan rasa bersyukur dikurniakan anak hasil perkahwinan mereka itu.

Nur Iman Syafie (cahaya keimanan) nama anak Haiza yang berusia masuk sebulan akhirnya dipertontonkan kepada umum setelah tidak dapat ditayangkan pada awal kelahirannya kerana ketika itu masih dalam rawatan susulan di wad berasingan oleh pihak hospital.


Siapa Lelaki bersama Hanez Suraya ini?

Isnin, 8 Oktober 2012

Gambar sosial kalau tidak tahu dijaga kadang kala boleh menimbulkan masalah juga. Yang terbaru kisah mengenai pelakon Hanez Suraya yang dikatakan bersama-sama beberapa orang lelaki dalam keadaan yang tidak tahu apa hubungan diantara mereka.

Mungkin sahaja boleh jadi gambar babak ketika set pengambaraan filem/drama juga kan. Namun jelas portal Murai, ianya bukan gambar ketika babak berkenaan, ianya adalah dunia realiti sebenar.

Tunggulah komentar daripada Hanez selepas ini....

Raja Ema Hiasi Majalah Nona

Memang sudah lama tidak melihat kelibat penyanyi untuk lagu popular di zaman kegemilangannya, Jejaka Idaman, Raja Ema. Tip top sekarang dia sudah muncul setelah kehilangannya selepas berkahwin, katanya dia mahu beralih arah kepada bidang lakonan.

Raja Ema kini memiliki dua cahaya mata yang sudah besar panjang. si abang berusia 18 tahun dan adik pula 16 tahun. Jadi tidak hairanlah ibu kepada dua cahaya mata ini, masih lagi mampu memberikan saingan, dengan usia 43 tahun dia masih memiliki kulit yang putih dan awet muda.

Syamsul Yusof Menang Besar, Zizan Kalahkan Aaron

Tahniah kepada pemenang-pemenang pada malam Anugerah Blockbuster yang berlangsung baru-baru ini. Yang paling manis lagi adalah kejayaan besar pengarah muda, Syamsul Yusof dengan hampir menyapu 50% daripada 15 kategori yang dipertandingkan.


Syamsul turut membawa pulang RM20,000 berserta tropi untuk penerima Anugerah Persatuan Penerbit Filem Malaysia diatas sumbangan Syamsul dalam industri perfileman tempatan.

Turut tidak disangka, pelawak disukai ramai, Zizan Razak menang dalam kategori Anugerah Hero Terhebat dengan mengalahkan hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz.

Dibawah ini adalah senarai dan pemenang yang dipertandingkan.. -sumber GUA
1) Anugerah Filem Paling Hebat - KL Gangster
2) Anugerah Tuan Direktor Terhebat - Syamsul Yusof – KL Gangster
3) Anugerah Direktor Baru Terhebat - M Suurya – Sumpahan Puaka
4) Anugerah Filem Aksi Terhebat - KL Gangster
5) Anugerah Filem Kelakar Terhebat - Hantu Bonceng
6) Anugerah Filem Takut Terhebat - Khurafat
7) Anugerah Drama Muzikal Terhebat - Nur Kasih The Movie
8) Anugerah Hero Terhebat - Zizan Razak – Hantu Bonceng
9) Anugerah Heroin Terhebat - Yana Samsudin – Bini-Biniku Gangster
10)Anugerah Watak Penyangak Terhebat - Fikri Bakar – Klip 3GP
11) Anugerah Lagu Filem Terhebat - Ombak Rindu
12) Anugerah Hero Baru Terhebat - Shahir - Karak
13)Anugerah Heroin Baru Terhebat - Tasha Shilla – Ratu The Movie
14) Anugerah PFM - Syamsul Yusof
15) Anugerah Astro First Terhebat - Kongsi