Jimmy Shanley, Suhaila Cerai Talak Satu

Pada: Khamis, 11 Oktober 2012
Akhirnya pengacara Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy bercerai talak satu secara khuluk atau tebus talak dengan bayaran RM1.

Lafaz cerai (khuluk) itu dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah PJ pada hari Rabu selepas pasangan berkenaan bersetuju untuk menamatkan rumah tangga masing-masing.

Hakim  yang mendengar lafaz itu kemudian membenarkan jatuh talak satu dan mengarahkan Nursuhaila bersuci tiga kali edah.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November 2011.

Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.



Tag : , , , , , ,