Syamsul Yusof Menang Besar, Zizan Kalahkan Aaron

Pada: Isnin, 8 Oktober 2012
Tahniah kepada pemenang-pemenang pada malam Anugerah Blockbuster yang berlangsung baru-baru ini. Yang paling manis lagi adalah kejayaan besar pengarah muda, Syamsul Yusof dengan hampir menyapu 50% daripada 15 kategori yang dipertandingkan.


Syamsul turut membawa pulang RM20,000 berserta tropi untuk penerima Anugerah Persatuan Penerbit Filem Malaysia diatas sumbangan Syamsul dalam industri perfileman tempatan.

Turut tidak disangka, pelawak disukai ramai, Zizan Razak menang dalam kategori Anugerah Hero Terhebat dengan mengalahkan hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz.

Dibawah ini adalah senarai dan pemenang yang dipertandingkan.. -sumber GUA
1) Anugerah Filem Paling Hebat - KL Gangster
2) Anugerah Tuan Direktor Terhebat - Syamsul Yusof – KL Gangster
3) Anugerah Direktor Baru Terhebat - M Suurya – Sumpahan Puaka
4) Anugerah Filem Aksi Terhebat - KL Gangster
5) Anugerah Filem Kelakar Terhebat - Hantu Bonceng
6) Anugerah Filem Takut Terhebat - Khurafat
7) Anugerah Drama Muzikal Terhebat - Nur Kasih The Movie
8) Anugerah Hero Terhebat - Zizan Razak – Hantu Bonceng
9) Anugerah Heroin Terhebat - Yana Samsudin – Bini-Biniku Gangster
10)Anugerah Watak Penyangak Terhebat - Fikri Bakar – Klip 3GP
11) Anugerah Lagu Filem Terhebat - Ombak Rindu
12) Anugerah Hero Baru Terhebat - Shahir - Karak
13)Anugerah Heroin Baru Terhebat - Tasha Shilla – Ratu The Movie
14) Anugerah PFM - Syamsul Yusof
15) Anugerah Astro First Terhebat - Kongsi

Tag : , , , , , ,