Baru-baru ini telah berlangsungnya satu majlis resepsi perkahwinan personaliti tv swasta atau pengacara TV3, Adzriefaiz dengan isterinya, Suliza. Adzriefaiz, juga seorang pelakon ini telah bertunang dengan pasangannya sekitar awal Jun 2011 lalu dan telah dinikahkan pada 9 Disember 2011 juga tahun yang lalu. Majlis mereka ini diadakan di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, Kuala Lumpur.
Gambar dibawah dipetik daripada Facebook milik Aliff Aziz. Mungkin lihat kemesraan Anne Ngasri dan Aliff memang tidak siapa sangka. Gambar ni pon kira rapat juga. hehe. Ada per ker2 ni.. Ker dorang ni ada pertalian saudara yang tu admin tak pasti pula. :)
Perubahan dalam diri pelakon Ombak Rindu, Azizah Mahzan selepas membuat keputusan memakai tudung awal tahun lalu berkata, dia menjalani hidup seperti biasa dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya. Malah katanya, sama ada seseorang itu memakai tudung ataupun tidak bukanlah satu isu yang patut diperbesar ataupun diperdebatkan oleh orang ramai.
“Bertudung atau tidak, itu hak masing-masing. Asalkan dia orang Islam, dah cukup. Saya tidak pernah menilai orang daripada imejnya tetapi berdasarkan kepada hatinya walaupun dia seorang pelacur,” jelasnya. -mStar
Ps: kenyataan Azizah ni bercanggah dengan tuntutan Allah. Aurat sudah diperintahkan Allah untuk dijaga dalam Quran, manakalan soal hati itu adalah diantara individu itu dengan Allah. Jadi isu tidak pakai tudung atau aurat bukan isu yang remeh temeh, tapi isu yang harus diwajibkan untuk kita untuk menerima tuntuan Allah sebagai Tuhan orang Islam.
Sekali lagi kita bakal dikagetkan dengan kehadiran selebriti atau personaliti TV yang melakukan penghijrahan bertudung, pengacara WHI, Teh Syuhada. Baru-baru ini menampakkan beliau bertudung dalam rancangan berkenaan dan memberikan satu lagi kemajuan kepada industri pengacaraan. Baguslah kalau macamtu, kami malah lebih menyokong personaliti yang bertudung, sebab golongan mereka ni ditonton oleh ribuan orang di kaca tv. Mungkin ini salah satu azam baru Teh Syuhada.
Hafiz AF7, akhirnya membuka mulut menjelaskan hubungan cintanya dengan Adira AF8 sudah berakhir. Hafiz berkata, hubungan cinta yang dibina hampir setahun itu retak disebabkan isu kontroversi yang membabitkan mereka sebelum ini yang turut mengganggu kerjaya masing-masing. Dan mereka kini menjadi kawan baik.
Hafiz berharap agar tiada lagi kontroversi yang membabitkannya dengan penyanyi jelita itu pada masa akan datang.
Pada pertengahan tahun lalu, Hafiz dikatakan telah bertindak kasar terhadap seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus pentas dengan menolaknya sehingga mengakibatkan kecederaan ketika rakaman sebuah program hiburan.
Insiden berkenaan dikatakan berpunca daripada sikap cemburu Hafiz apabila wanita tersebut dipercayai cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira.
Minyak terapi magnetic aura dan sabun terapi magnetic aura adalah hasil inspirasi rawatan magnetic yang telah dijalankan di United Kingdom oleh pakar-pakar dalam bidang perubatan alternatif. Magnetic Aura merupakan produk terapi kesihatan alternatif yang mampu memberi kesan positif secara automatik di samping dapat meningkatkan taraf kesihatan penguna dan telah terbukti berkesan dgn ribuan testimoni pengguna pelbagai masalah kesihatan.produk berdaftar dengan kementerian kesihatan malaysia KKM dan persatuan pengguna islam malaysia PPIM.
Sistem peredaran darah yang lancar membolehkan sel-sel dalam badan anda menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi. Terapi Magnetic Aura mampu mengimbangi cas negatif dan positif dalam badan seterusnya membantu melancarkan sistem perjalanan darah anda.
Magnetic Aura dihasilkan bersama sumber alam semulajadi yang terpilih lagi bermutu ,suci dan halal serta dijamin selamat. Alamilah perbezaannya. layari..
Terima kasih kepada jurugambar FotoCantik studio yang mengambhttp://www.blogger.com/img/blank.gifil gambar ini dan disiarkan melalui laman Facebook. Anak Aqasha yang diberi nama Alehandra Ahmad Firdee ni dicukur beberapa hari yang lalu. Memang comel anak Aqasha ni. Jum layan.
Menurut sumber yang diterima daripada orang dalam TV3, menyatakan yang pengacara sensasi, Ally Iskandar akan berkahwin pada 20 Januari ini bersama dengan gadis pilihannya yang berusia 22 tahun bernama Fatin Farah yang juga berasal dari negeri Terengganu. Difahamkan lagi pada tarikh itu, Ally akan terus bernikah tanpa adanya ikatan pertunangan yang selalu menjadi tradisi masa kini. Kalau berita ini benar dan sahih, kami tumpang gembira dan tahniah diatas perkahwinan ini.
Isu Nur Amalina yang tersebarnya gambar miliknya di internet dimana gambar berkenaan menunjukkan Nur Amalina seperti sudah sosial hidup diluar negara. Penafian telah dinyatakan oleh Nur Amalina sendiri dan juga ibundanya melalui sidang media berita tempatan beberapa jam yang lalu, penafian dibuat kerana mungkin ada yang cemburu mengenai kejayaan Nur Amalina. Bagi kami rakyat Malaysia, itu bukan persoalan asas yang harus dibangkitkan, yang menjadi persoalan adalah perubahan fizikal Nur Amalina, kan lebih baik dan molek jika image Nur Amalina sebagai anak Malaysia dikekalkan seperti bertudung atau berbaju kurung.
Maka tidak hairanlah 2 buah video perbualan Nur Amalina dengan orang penting untuk menjelaskan kepada seluruh orang Malaysia akan gambar berkenaan. Yang pelik pon, lihat sahaja kedua video pengakuan ni di laman YouTube, bukan ramai orang 'like' tapi banyak lagi 'dislike'. Sebab apa???
Kita tidak mengharapkan ulasan panjang lebar mengenai gambar pribadi tersebar luas, itu semua berpunca dari kelalaian empunya badan meletakkannya dilaman sosial. Yang sekarang adalah, kita seharusnya bangga memiliki Nur Amalina yang genius ini menerapkan budaya Malaysia kedalam diri, apatahlagi budaya Islamic dalam dirinya. Namun malangnya, bukan itu yang kita impikan. Memang betul kata orang, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, tapi lagi betul kata Allah, dimana bumi dipijak, Islam tidak pernah berubah dalam setiap hati orang yang mahu berfikir.
Admin bukan mahu mengentam Nur Amalina, tidak sama sekali, malah meminati dan menjadi ikon admin sejak dulu lagi, tapi begitulah episodnya, nasi sudah menjadi bubur. Wallhaualm
Nabil Raja Lawak memperluaskan lagi kerjaya seninya selepas ditawarkan menjadi deejay stesen radio Suria FM pada Januari ini. Pemilihan Nabil dibuat selepas dia berjaya dalam satu sesi uji bakat yang diadakan di stesen rahttp://www.blogger.com/img/blank.gifdio berkenaan pada hujung tahun lalu.
"Macam mana tahu ni? Saya tak nak komen. Tunggulah pihak Suria FM yang buat pengumuman. Tapi saya mengaku pernah dipanggil untuk diuji bakat sebelum ini," katanya.
Ditanya adakah dia bakal menggantikan penyampai Breakfast@Suria, Sharifah Shahira yang akan tamat kontrak pada 24 Januari ini, Nabil berkata dia tidak akan menggantikan sesiapa di stesen itu.
"Tidak akan ganti sesiapa. Tunggulah pengumuman mereka nanti," ujarnya ringkas.
Selain Nabil, antara artis yang turut dipanggil diuji bakat oleh Suria FM adalah Azza (Elite) dan Amy Mastura. -Via
Wah bukan main berseri-seri lagi Rozita Che Wan dengan anak-anaknya dalam cover majalah Harmoni. Rozita memakai tudung litup seperti mahu mengekalkan ciri-ciri keibuannya bersama anak-anaknya (Ammar Effendy dan seorang lagi tak tahu namanya). Semoga anak-anak Rozita cepat dapat belaian kasih seorang ayah tak lama lagi. Hehe.
Afdlin Shauki, menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO di KL, petang semalam. Turut sama menyerahkan borang keahlian UMNO adalah pasangannya dalam program Maharaja Lawak 2011, Harun Salim Bachik.
Borang keahlian mereka telah diterima oleh Setiausaha Kerjahttp://www.blogger.com/img/blank.gif UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh. Kedua-dua mereka akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.
“Saya masih rakyat Malaysia walaupun telah jadi ahli UMNO secara rasmi. Sebelum ini juga saya tetap menyokong kerajaan, UMNO cuma kali ini saya memberitahu secara rasmi pendirian saya di dalam parti politik.
“Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai UMNO secara rasmi dan secara tidak langsung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan,” ujarnya
Pelwak vateran yang cukup dikenali ramai, Os akan terus menjadi pemandu teksi walaupun telah diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) pada Jumaat lalu. Os tidak akan berhenti daripada memandu teksi hanya kerana telah bergelar juara disebabkan kerjaya itu telah sebati dengannya.
"Saya akan tetap memandu teksi sebagai punca pendapatan tambahan kerana saya masih mempunyai permit memandu teksi sehingga tahun 2015," ujarnya.
Tambahnya, dia tidak mahu mengharap kepada tawaran berlakon kerana ia tidak memberi jaminan kepadanya dan perlu menampung keluarga dan anak-anaknya yang masih tidak bekerja. Os tidak menolak jika ada tawaran berlakon atau untuk membuat pertunjukan pentas pada masa akan datang.
Ha bukan calang-calang sapa dapat sarapan dengan bekas Perdana Menteri kebangaan Negara kita, Tun Dr. Mahathir dengan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah. Lebih-lebih lagi mereka dari golongan selebriti. Bertuah lah Neelofa dengan ibunya bersarapan sambil bermesra dengan Tun. Orang ramai pon tak mo lepaskan peluang, turut bersama bermesra dengan Tun di sebuah restoran yang tidak dikenali.
Kenal masih dengan Nur Amalina Che Bakri? seorang pelajar pintar dalam SPM pada 2004 yang lalu. Amalina mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran. Dan difahamkan Amalina bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan. Namun tahu tak anda, apa yang terjadi kepada dirinya baru-baru ini yang heboh diperkatakan? perubahan dirinya yang begitu jelas apabila berada diluar negara. Tapi biasalah, manusia senang berubah, kawan admin pon macam tu gak, SPM power giler, tapi sosial tetap ada.
Sambutan tahun baru 2012 yang sudah pon berlalu, mungkin ramai yang g sambut, seperti satu tradisi yang wajib diraihkan. Begitulah yang berlaku kepada pasangan sensasi, Jejai dengan Fasha Sandha bersama Thalia di Rootz dipetik melalui laman Facebook Fan Fasha Sandha. Kalau nak ditengokkan, pasangan ini tetap romantis. Apataknya, jap lagi dorang mo kawen kan. Hope jadilah. :)
Bukan main lagi aksi Lina Hangat yang baru-baru ini dijumpai pada satu majlis. Dia dijemput untuk buat persembahan. Tapi alamak, persembahan Lina tahap kemuncak la, sungguh hazab dan mengerikan. Hehe. Dah lah seksi, sampai main peluk-peluk dah oi.. Korang nak tengok? nah tengok la..
Dikhabarkan melalui sebuah forum online, yang Dato' Siti Nurhaliza mengandung. Tidak dapat dipastikan kesahihan berita ini melalui empunya badan namun ianya menjadi bualan hangat yang sememangnya keinginan peminat Siti untuk melihat Siti mengandung. Admin juga perasan ketika OSBON di peringkat akhir MLM melakonkan aksi hamil dan dikomentari oleh Siti, sepertinya aksi hamil itu lebih terarah kepada Siti, ini cuma andaian admin sahaja ok, mungkin tidak ada niat OSBON untuk ke arah itu. Wallahualam. Kalau berita Siti mengandung ini betul, Alhamdulillah dan tahniah lah diucapkan. Kalau salah, tanya sama pokok~