Os masih memandu teksi walaupun menang MLM

Pada: Selasa, 3 Januari 2012
Pelwak vateran yang cukup dikenali ramai, Os akan terus menjadi pemandu teksi walaupun telah diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) pada Jumaat lalu. Os tidak akan berhenti daripada memandu teksi hanya kerana telah bergelar juara disebabkan kerjaya itu telah sebati dengannya.

"Saya akan tetap memandu teksi sebagai punca pendapatan tambahan kerana saya masih mempunyai permit memandu teksi sehingga tahun 2015," ujarnya.
Tambahnya, dia tidak mahu mengharap kepada tawaran berlakon kerana ia tidak memberi jaminan kepadanya dan perlu menampung keluarga dan anak-anaknya yang masih tidak bekerja. Os tidak menolak jika ada tawaran berlakon atau untuk membuat pertunjukan pentas pada masa akan datang.

Tag : , , ,