Bila Azizah Mahzan komen isu bertudung

Pada: Jumaat, 6 Januari 2012
Perubahan dalam diri pelakon Ombak Rindu, Azizah Mahzan selepas membuat keputusan memakai tudung awal tahun lalu berkata, dia menjalani hidup seperti biasa dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya. Malah katanya, sama ada seseorang itu memakai tudung ataupun tidak bukanlah satu isu yang patut diperbesar ataupun diperdebatkan oleh orang ramai.

“Bertudung atau tidak, itu hak masing-masing. Asalkan dia orang Islam, dah cukup. Saya tidak pernah menilai orang daripada imejnya tetapi berdasarkan kepada hatinya walaupun dia seorang pelacur,” jelasnya. -mStar


Ps: kenyataan Azizah ni bercanggah dengan tuntutan Allah. Aurat sudah diperintahkan Allah untuk dijaga dalam Quran, manakalan soal hati itu adalah diantara individu itu dengan Allah. Jadi isu tidak pakai tudung atau aurat bukan isu yang remeh temeh, tapi isu yang harus diwajibkan untuk kita untuk menerima tuntuan Allah sebagai Tuhan orang Islam.

Tag : , , ,