Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Pra-Perkahwinan Eira, Azad

Khamis, 15 September 2011

Detik 16 September tak lama lagi, maknanya tinggal sehari lagi, pelakon Eira Syazira dan juga pelakon, Azad Jasmin akan diijab kabulkan menjadi pasangan suami isteri yang sah. Gambar dibawah merupakan gambar pra-perkahwinan kedua-dua pasangan ini baru-baru ini. Gambar diambil cukup romantik dan memberikan makna buat mereka berdua, dan juga anak mereka nanti untuk melihat detik-detik bersejarah ini. Tahniah lah, kami doakan agar anda berdua berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.


[via]

Datin Norazlina Kembali Ke Kaca TV!

Selepas genap 1 tahun meninggalkan pekerjaan sebagai penyampai berita Buletin Utama di TV3 dan 6 tahun meninggalkan dunia pengacara program, Datin Norazlina Redzuan atau Alin membuat kemunculan semula dalam dunia penyiaran apabila diberi peluang mengendalikan sebuah rancangan dekorasi, Intai Intai Deko (lebih kepada dunia hiasan dalaman rumah).

Dalam pada itu, Alin menolak pandangan segelintir pihak tentang penglibatan semula selebriti ke dunia penyiaran selepas berkahwin kononnya mempunyai masalah rumah tangga. Suami Alin juga memberikan sokongan kepada Alin untuk meneruskan kerjayanya.

Rancangan Intai Intai Deko ini akan bermula pada Khamis ini pukul 11.30 pagi di TV3, selamat menonton.
[via]

Dato' Siti Nurhaliza pilih Pavilion buat video!

Rabu, 14 September 2011

Dasyat sungguh projek besar Dato' Siti Nurhaliza kali ni. Projek video untuk single lagunya yang 'english' itu, Falling In Love. Hampir 500 orang penari dari pelbagai bidang professional telah turut serta menjayakan video klip berkenaan. Video itu dibuat diperkarangan sekitar shopping complex Pavilion di ibukota KL. Tapi harap maklum lah, ini sekadar gambar sahaja, videonya nanti yer, still in progress. hehe.

Selain Falling In Love ni, Dato' Siti Nurhaliza juga bakal berduet dengan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston untuk lagu Remember Me. Masyuk tue, jangan lupa dapatkan album Dato' Siti yang original di pasar malam ya, ops, pasaran la.. haha.

[via]

Anak Safura Meninggal Dunia

Dipetik melalui sumber Twitter milik pelakon Amyza Aznan @amyzaaznan, dimana kata Amyza memberitahu kepada peminatnya bahawasanya anak kawan karib beliu yang juga penyanyi, Safura, meninggal dunia kelmarin 13 September, selepas waktu Maghrib. Anak ke-3 Safura yang berusia 3 tahun itu disahkan meninggal akibat demam panas, wallahualam berpunca daripada apa.

Inilah foto kenang-kenangan Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kiri gambar) bersama keluarganya. Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.

al-Fatihah. Semoga Roh anak Safura dicucuri Rahmat Allah. Sabar dan tabahlah Safura, di pintu Syurga nanti dia pasti akan menanti kehadiran mu. Amin.
[via]

Fasha Sandha Hiasi dada bPop

Siapa yang terbeli bPop minggu lalu mesti teruja lihat Fasha Sandha jadi cover akhbar berkenaan kan. Siap fesyen berkemban lagi tu uall. Bukan calang-calang bukan berkemban di batang sungai atau pun tempat air terjun dan seumpamanya, ntah tiang letrik mana pulak dijadikan posing berkemban berkenaan. Jangan salah sangka pula, takde niat nak perli-perli pon. Ok apa berkemban, amalan tradisional tu kan. Hehe.

Stacy Buat Album Baru, Sambut Harijadi

Selasa, 13 September 2011

Baru-baru ni ada satu majlis pelancaran album terbaru oleh penyanyi kelahiran Sabah, Stacy yang berjudul STAY-C yang diadakan di ibukota. Pelancaran ini sungguh bermakna buat Stacy sebab ahli keluarga dan juga ibu kandungnya turut hadir bersama-sama memeriahkan majlis. Bukan apa, mereka datang adalah untuk sambut sekali harijadi Stacy yang kena 'postpone' pada 18 Ogos yang lalu, kini usia Stacy dah pon 21.

[via]

Gambar Keluarga Amy Mastura

Nak lihat keluarga Amy Mastura tak? kali ni korang tak kan melepaskan gambar-gambar Amy Mastura dengan suami serta kedua-dua anak perempuannya. Suami Amy yang bernama Alvin Tham Suffian manakala hasil perkahwinan mereka yang mencecah dalam 11-12 tahun telah melahirkan dua puteri mereka, Adriana, 10, dan Adalia, 6. Kini dah besor-besor dah.

Lain pula cerita Amy waktu masa dia kecil-kecil dahulu waktu masa nak sambut Raya di kampungnya kat Kuala Kangsar, dia dan abangnya main mercun, abangnya terkena mercun di tangannya, lalu nenek dorang letak meletakkan minyak rambut jenama Brylcreem di tempat melecur berkenaan. Kata Amy ini pegalaman yang boleh dikatakan sedih bercampur lawak.

Apa-apa pun semoga Amy dan keluarga berbahagia, dan Adriana dan Adalia menjadi anak-anak yang solehah.
[via]

Gambar Raya Lisa Surihani, Yusry KRU

Begitulah hebatnya kuasa cinta, sehinggakan Hari Raya menjadikannya ianya sesuatu yang bermakna dan bererti, hubungan Lisa Surihani dan Yusry KRU sudah tidak asing lagi, kedua-duanya tidak pernah menafikan, malah sering kelihatan bersama. Pada Hari Raya yang lalu, Lisa datang beraya di rumah Yusry pada hari raya pertama, manakala pada malam hari raya pertama Yusry sudah ke kampung Lisa di Gopeng, untuk beraya.

Lain pula ceritanya mengenai cinta mereka, Lisa sebagai kekasih yang begitu manja dan penyayang inginkan Yusry menyanyi depannya. Menyanyi boleh, sebab Yusry juga seorang penyanyi dan komposer. Tapi Lisa mahu Yusry cipta lagu khas untuk Lisa agar lagu itu lebih istimewa dan bukti yang agung. Awuch. Jangan cemburu ya. :)
[via]

Pelakon Awan Dania 2, Comolot

Isnin, 12 September 2011

Gambar di bawah dipetik daripada laman blog selebriti tempatan. Memang agak susah kita mengira bagaimana gambar 'superprivacy' ini begitu tersebar diluas di internet. Memandangkan ianya mengambil kira soal maruah dan pribadi diri. Siapa gambar dibawah ini? dia adalah pelakon Awan Dania 2, singaktan namanya QWH (korang teka lah sendiri ok, hehe).

[via]

Gambar Darling dan Anak di Pagi Raya

Anak Darling Ngasri, Nur Nashrullah Nur Azlin,yang kini berusia 3 bulan membuatkan Hari Raya Darling dan suaminya Nur Azlin Rahmat di Ipoh dan Melaka, betul-betul bermakna. Memandangkan Hari Raya pertama mereka dengan anak sulong mereka. Tengok gambar dibawah ni melihatkan Nashrullah begitu sihat dan gemuk comel. :)

Awal Ashaari, Scha buka lama page

Tak payahlah nak cerita balik kisah percintaan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ni. Korang semua dah pun tahu juga kan. Ada yang suka banget dan ada juga yang menyampah giler. Hehe. Apa-apa jer ler kan. Asalkan mereka berdua bahagia korang pun buat lah keje masing-masing. Ni ha nak bagitaw yang Awal dan Scha tengah buat laman page untuk mereka berdua di Facebook. Page tu dah mencecah 45,000 fan. Menarik bukan pasangan ideal ni. Kalah kot Prince William and Kate. Haha.

Karipap Karipap Cinta kutip RM190,000

Karipap Karipap Cinta (KKC) yang ditayangkan pada Aidilfitri yang lalu mungkin menjadi pesaing utama kepada 'Hantu Bonceng'. Namun ianya bukanlah pesaing utama yang terlalu hebat. Memandangkan kedua-dua filem memiliki star yang boleh tahan.

Menurut sumber, penulis novel asal KKC, Nazri M. Annuar, dia mengesahkan filem Karipap Karipap Cinta mengutip sebanyak bernilai RM190,000. Dan ianya tidak dapat mencapai keuntungan dengan pelaburan RM1.8 juta terhadap filem itu. Maknanya filem krew-krew filem berkenaan kerugian besar.

Tidak tahu silap dimana, mungkin pelakon utama KKC, Gambit Saifullah yang sememangnya seorang yang kontroversi di alam maya (internet) menyebabkan orang ramai merasakan tidak 'syok' menonton filem berkenaan.
[via]

Nabil, Zira buat video pra-perkahwinan!

Ahad, 11 September 2011

Sekarang ni nak kahwn pon nak yang canggih manggih juga. Perkahwinan Nabil dan Zira pada 30 September ini sememangnya dinantikan oleh ramai peminat Nabil. Baru-baru ini Nabil dan Zira pergi membuat video mengenai pra-perkahwinan mereka berdua, yang diberi nama 'Save the date Nabil & Zira'. Tapi video tue mungkin belum siap lagi, sebab baru dalam proses pembikinan. Mesti best tu. Nantikan sahaja. :)


[via]