Datin Norazlina Kembali Ke Kaca TV!

Pada: Khamis, 15 September 2011
Selepas genap 1 tahun meninggalkan pekerjaan sebagai penyampai berita Buletin Utama di TV3 dan 6 tahun meninggalkan dunia pengacara program, Datin Norazlina Redzuan atau Alin membuat kemunculan semula dalam dunia penyiaran apabila diberi peluang mengendalikan sebuah rancangan dekorasi, Intai Intai Deko (lebih kepada dunia hiasan dalaman rumah).

Dalam pada itu, Alin menolak pandangan segelintir pihak tentang penglibatan semula selebriti ke dunia penyiaran selepas berkahwin kononnya mempunyai masalah rumah tangga. Suami Alin juga memberikan sokongan kepada Alin untuk meneruskan kerjayanya.

Rancangan Intai Intai Deko ini akan bermula pada Khamis ini pukul 11.30 pagi di TV3, selamat menonton.
[via]

Tag : , , , , ,