Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jasmine Soraya bertaubat kisah lalu

Sabtu, 9 Oktober 2010

Jasmine Soraya ni adalah artis kelahiran daripada program realiti Gadis Melayu. Katanya dia dah bertaubat daripada akibat penyebaran gambar hotnya di internet dan ini membuatkan dia kali ini berhati-hati dengan gerak gerinya yang dipantau dan sering diamik perhatian. Almaklumlah, orangnya dah lah manis. Kalau buat kontroversi lagilah membuatkan orang tak senang duduk lagi pun masuk program realiti berkonsepkan Melayu. Tip top sekarang rezeki dia dah bertambah dah malah kerjaya juga tak jejas.

Kini, Sharifah Jasmine Soraya telah kembali menjadi hos sebuah program automotif di TV3 iaitu AUTO yang ditayangkan mulai 3 Oktober lalu setiap Ahad, jam 5 petang.

Kekasih baru Lana Nordin

Jumaat, 8 Oktober 2010

Artis yang pernah dicop sebagai Pamela Anderson Malaysia ini kurang daripada berita. Ntah kemana dia sekarang ini, kalau nak dikatakan lakonan drama/filem memang jarang langsung. Tapi kali ini dia sepertinya memperkenalkan kekasih barunya kepada peminatnya. Memang mesra pasangan kekasih mereka berdua ni dan lelaki ini juga dikatakan seorang anak kepada orang kaya seta mewah hidupnya namun hubungan mereka ada satu halangan. Yakni restu ibu kepada lelaki berkenaan yang tidak merestui hubungan mereka. Mungkin ibu nya takut untuk melihat anaknya senasib seperti pasangan artis yang lain yang kerap kali putus dan cerai.

Nora Danish berkemban dalam Jangan Pandang Belakang Congkak 2

Pelakon Nora Danish tak perlu disoalkan lagi bila dia berlakon, memang semuanya menarik dan menjadi. Aksinya kadang-kadanag memikat hati penonton. Dalam drama Arjuna pun makin menderum rasanya hati apabila Nora digandingkan dengan Remmy. Tapi dalam filem terbaru berkonsepkan seram komedi ni Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Nora menjadi pelakon terbaru buat pertama kalinya. Adegan seksi juga tidak ketinggalan, tapi Nora Danish tak mahu isu ini kecoh dan ini adalah jawapan Nora bagi babak berkenaan.

“Memang Nora ada masalah untuk melakonkan watak berkemban dalam sungai. Nora tak mahu berlakon seksi dan sebab itu Nora menutup bahagian atas agar tidak terlalu menghairahkan,”

isteri Ady Putra keguguran

Hasrat pelakon Ady Putra untuk bergelar bapa tidak kesampaian apabila isterinya Aida Yusof yang mengandung kembar tiga mengalami keguguran buat kali keempat, tiga hari lalu. Keguguran itu berlaku ketika kandungan Aida baru masuk tiga bulan. Menurut Ady yang ditemui di Menara Star, Khamis, berita itu amat menyedihkannya kerana sebelum ini sudah tiga kali dia dan isteri diuji dengan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, berita tersebut tidak membuatkan pelakon filem Hanyut itu kecewa dan luluh hati kerana dia semakin tabah dan kuat selepas beberapa kali hasratnya untuk bergelar bapa tidak menjadi kenyataan dari tahun dia berkahwin 2006. -mStar

Ahmad Idham dapat anak lelaki

Khamis, 7 Oktober 2010

Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzzri mendapat anak lelaki apabila isterinya yang mahu dikenali sebagai Amy, selamat melahirkan bayi berkenaan di Hospital Gleanigles Intan, Ampang, Selangor pada pukul 11 pagi, Rabu. Anaknya yang lahir dengan berat 3.5 kilogram itu diberi nama Ahmad Khalif. Ahmad Idham bersyukur apabila proses kelahiran berjalan dengan lancar.

Gambar Akim AF dan Juliana Evans

Akim dari AF dan Juliana Evans yang manis putih debu nie merupakan artis muda dan baru yang sedang mengilap namanya. Bukan dalam bidang nyanyian sahaja, malah Akim juga sudah menjadi pelakon. Dalam photoshot baru-baru ini mereka berdua digandingkan bersama dan menariknya bukan main mesra lagi nok gambar ni, dah lah Juliana seksi semacam dengan pakaian yang pelik. Siap buat tanda love lagi, ada apa-apa ke ni. Apa-apa pun wish you all berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Bekas pengacara WHI sah cerai talak satu

Bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nadia Shahrul Anuar sah bercerai talak satu dengan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur 6 Oktober 2010. Persetujuan dicapai selepas Sulaiman, 29, selaku plaintif dan Nadia, 26, yang dinamakan sebagai defendan berpuas hati dengan perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 25 Ogos lalu.

Antara perkara yang dipersetujui ialah hak penjagaan kekal anak tunggal pasangan itu, Mohamed Aaron Erwin, tiga tahun, diserahkan kepada Sulaiman. Nadia pula dibenarkan untuk mengambil anaknya pada hujung minggu dan pada waktu-waktu kecemasan dan dibenarkan untuk membawa kanak-kanak itu ke tempat yang selamat dalam jagaannya. Bagaimanapun, demi keselamatan anak itu, dia haruslah diiringi dengan pengawal keselamatan yang disediakan.

Perjanjian itu juga melibatkan persetujuan Nadia untuk mengugurkan tuntutan edah, nafkah tertunggak, mutaah dan harta sepencarian manakala Sulaiman yang merupakan pengarah jualan VW Cars Sdn Bhd akan menarik semula permohonan nusyuz yang difailnya. -mStar

Siti Nurhaliza naik kereta Ferrari

Rabu, 6 Oktober 2010

Acara majlis SimplySiti baru-baru yang lepas, memang banyak kejutan, tidak dari penampilan Siti, Aksi Ezlynn dan yang terkini Siti menaiki kereta Ferrai model baru yang harganya mencecah RM1.2 Juta yang didatangkan khas oleh syarikat permotoran Naza. Mungkin hanya sebagai promosi untuk kereta berkenaan sahaja. Dengan warna kemerahan kepada Siti dan Ferrari menampakkan keserasian yang menarik. Tapi yang tak bestnya, bukan Datuk K pula yang pandu.

Scha al Yahya dalam Awan Dania 3

Lama sudah kita tak mendengar kisah hidup Scha ni, semenjak kisahnya dengan Awal di Bali beberapa bulan yang lalu, melainkanlah mereka yang rajin ke Facebook miliknya. Pelakon manis ini tak lama lagi akan sekali lagi menjadi pelakon dalam drama bersiri Awan Dania ke-3. Gandingan Marsha Londoh dan Dynas mejadikan Awan Dania lebih ceria. tapi penulis katakan, tak pernah lihat Awan Dania siri pertama sampai ke saat ni. Haha.

Raja Azura pergi ke Mahkamah Syariah lagi?

Kini setelah hampir dua bulan berita mengenai pergolakan rumahtangga pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin, timbul pula spekulasi yang mengatakan Kak Engku dan suami telah hadir ke mahkamah syariah baru-baru ini berhubung permohonan berkaitan keadaan rumah tangganya. Perkembangan ini membuatkan ramai yang menjangka perkahwinan Kak Engku sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Namun, laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu menjelaskan keadaan sebenar. Menurut Kak Engku, berita tersebut tidak benar sama sekali. Ini kerana pada waktu dia dan suami dilaporkan berada di mahkamah itu, dia dan anak-anak sebenarnya berada di pusat membeli-belah Mid Valley. Sementara suaminya pula berada di Alor Setar atas urusan kerja. Jelas Kak Engku lagi, buat masa ini dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ingin menjaga keharmonian rumahtangganya. -Gua

Pernikahan Dia Fadila sederhana jerk

Selasa, 5 Oktober 2010

Nur Nadia Fadila Abu Bakar, 26, dan Redza Abdullah Sanusi, 33, dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah masjid tersebut, Hafizan Ibrahim setelah diwakilkan oleh bapa Dia, Abu Bakar Sudin, tepat pukul 9.45 pagi. Dengan sekali lafaz, Redza sah menjadi suami kepada Dia pada majlis yang dihadiri 70 orang tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu.

Dia menerima mas kahwin RM2309.84 yang merupakan simbolik tarikh kelahiran Dia iaitu 23 September 1984, senaskhah al-Quran dan sepasang telekung serta wang hantaran sebanyak RM20,000 pada majlis pernikahannya itu. Pasangan ini juga bersepakat untuk tidak berbalas dulang hantaran seperti kebiasaan sebaliknya pihak Dia menyediakan empat bekas manisan dan sebentuk cincin sebagai tanda cenderahati.

Sambung Dia yang juga merupakan pensyarah vokal di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), mereka sepakat untuk tidak menyediakan dulang hantaran kerana mahu mengutamakan perkara-perkara wajib dalam majlis pernikahan sahaja. Tarikh pernikahan mereka ini juga bersempena tarikh ulang tahun kelahiran Redza. -Utusan

Ezlynn peluk (pegang bahu) Datuk K?

Baru-baru yang lepas, SimplySiti telah mengadakan majlis pelancaran produk terbarunya dan sekaligus membuat rumah terbuka. Pelbagai acara yang disampaikan ketika itu. Namun terselit penyanyi Ezlynn dikala kita tidak sedari majlis berkenaan. Pada mulanya Ezlynn nyanyi diatas pentas tetapi kenapa secara tiba-tiba turun ke pentas dan memegang bahu Datuk K seperti mahu memeluknya pulak. Adeh2, ada-ada sahaja Ezlyn ni, Siti pun tak dibuat macam tue.


terus jerk tekan minit ke 4.50..

Ac Mizal tunjuk-tunjuk harta kekayaan

Bekas isteri AC Mizal, Shafnie mendakwa pelakon dan bekas pengacara Akademi Fantasia (AF) tersebut mempamerkan kekayaannya di media cetak dan elektronik. Shafnie atau nama sebenarnya Shafnie Zainudin berkata, dia mengetahui tentang peningkatan pendapatan AC Mizal melalui media meskipun jumlah sebenar yang diperoleh tidak pernah dinyatakan secara spesifik atau terperinci.

“Dia (AC Mizal) pamerkan di media tentang berapa pendapatan mewah, kereta-kereta mewah, perbelanjaan dan juga perniagaan mewah dia,” kata Shafnie di Mahkamah Rendah Syariah Kajang 4 Oktober 2010.
Shafnie, 35, yang mendakwa AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, dibayar RM5,000 untuk satu episod AF mengakui bahawa perkara itu hanya diberitahu oleh individu yang bekerja di syarikat televisyen. -mStar

Adira AF8 lancar fan Facebook

Isnin, 4 Oktober 2010

Artis dari program realiti Akademi Fantasia, Adira AF8 telah lama dikenali ramai. Tak perlu ulas lanjut mengenai Adira ni yang menjadi naib juara program berkenaan, mungkin ramai dah tahu mengenai kewujudannya. Orangnya yang manis dan nampak manja gitu. Tapi tak tahu sekiranya Adira memiliki teman istimewa lagi atau tidak. Baru-baru ni Adira telah pergi untuk kmelancarkan laman Fan untuk Adira sekali dengan majlis rumah terbuka di majlis berkenaan.

Betul ke Diana Danielle ni Sombong?

Mencapai kejayaan pada usia yang dianggap muda, Diana Danielle tentunya tidak terlepas daripada menjadi mangsa dan dilabel sebagai artis sombong. Selain itu, gelaran berlagak dan biadap juga pernah dilemparkan padanya saat Diana meniti jambatan untuk tiba di puncak kejayaan. Tanpa sedikit pun melatah, Diana sempat mencelah dengan menyatakan bahawa dia sudah biasa dengan keadaan itu malah menyifatkan fitnah itu sebagai sebahagian daripada makanan yang harus ditelan saat mengusung gelaran artis dan selebriti.

“Saya percaya, artis-artis lain juga pernah menerima tohmahan begini. Baiklah, kalau ada yang katakan saya sombong atau berlagak saya minta maaf. Saya tidak salahkan mereka kerana karakter saya di luar memang seorang yang kurang peramah dengan orang yang tidak dikenali. Mungkin kerana itu mereka menganggap saya sombong. Tetapi kalau mereka yang kenal siapa Diana Danielle, mereka akan tahu saya bukanlah orang yang begitu. Apa pun, saya mahu peminat tahu bahawa saya tidak pernah sombong atau mengabaikan mereka jika mereka mendekati saya,” ujar Diana. -Utusan

Zizie buka syarikat penerbitan filem sendiri

Selepas 10 bulan bergelar isteri kepada ahli Parlimen Kinabatangan, Zizie kini gembira dan berbahagia dengan kehidupan barunya. Cuma, dari segi karier kerjayanya, Zizie tidak lagi dibenarkan menerima watak-watak seksi atau penggoda, sebagai tanda menghormati suaminya itu. Sebab utama adalah terpaksa menemani suaminya ke majlis2 koprat dan rasmi, jadi segala tawaran lakonan pun ditolak, patutlah jarang dah Zizie berlakon kan.

Justeru itu, Zizie telah membuka syarikatnya sendiri iaitu yang dinamakan 2121 Vision Pictures, diamana Zizie akan menjadi penerbit drama/filem. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai skrip yang bagus, bolehlah hantar kepada Zizie dengan kadar segera, mana tahu skrip anda diterima oleh Zizie. katanya yang tidak sabar untuk menimang anak.

Rumahtangga Rita Rudaini mula retak?

Ahad, 3 Oktober 2010

Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar dengan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang dibina atas dasar cinta mula goyah. Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya Rita mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.
"Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan. Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” Kata Rita.
Difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya. Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya. Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya
"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua. Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” tambahnya. -Bharian

Perkahwinan Jimmy Shanley dan Nursuhaila

Sabtu, 2 Oktober 2010

Dengan tiga kali lafaz, pengacara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Jimmy Shanley Norjahan Saleh selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy kira-kira pukul 4 petang, Jumaat. Majlis akad nikah yang berlangsung di banglo mewah milik keluarga perempuan berlangsung di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor. Rombongan pengantin lelaki hadir seramai 50 orang diketuai oleh abang kepada Jimmy Shanley iaitu Datuk Ir Young Juwahir Muhammad Idrus yang membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.

Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada sebuah jam tangan, satu set barang kemas, sebuah komputer iPad, tas tangan, alatan dandanan dan wangian, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka peninggalan dan wasiat arwah ibunda pengantin lelaki. Pihak perempuan pula menyerahkan sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sehelai seluar, sebuah iPhone, kek, manisan, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu.

Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitu pada 31 Januari 1986. Ketika ditemui selepas akad nikah selesai, Jimmy memberitahu dia berasa gugup semasa melafazkan nikah kerana julung kali berbuat demikian.

Ashraf Muslim dituduh sebagai bomoh!

Pelakon Ashraf Muslim kesal/kecewa/sedih/pilu/kecil hati dengan pandangan segelintir masyarakat yang menganggap teknik rawatan alternatif dan perubatan tradisional yang diamalkan telah disamakan dengan bomoh. Jelas Ashraf, teknik perubatan tersebut hanya berpandukan kepada ayat-ayat suci al-Quran dan tidak mengamalkan jampi serapah atau ilmu hitam.

"Saya agak kecewa sebab ada juga segelintir yang anggap saya seperti bomoh. Jika mereka tidak percaya atau berasa was-was dengan saya, itu terpulanglah. Tapi saya memang seratus peratus hanya berpandukan ayat suci al-Quran bagi mengubati pesakit..
"Ada juga pesakit yang datang untuk berubat dan apabila mereka lihat saya, mereka anggap saya sedang berlakon sehinggakan kadang-kadang membuatkan saya marah. Tapi bagi saya mereka perlu percaya pada Allah dan al-Quran. Saya hanya sekadar membantu sahaja," katanya yang mengubati pesakit di Pusat Perubatan Darussyifa', Kampung Sungai Pusu, Gombak sejak dua bulan lalu. -mStar

Farish Aziz bertunang dengan peguam?

Jumaat, 1 Oktober 2010

Mengikut khabar berita daripada seorang teman mengenai pelakon, Farish bintang yang terkenal dari Astro telah bertunang. Pertunangan yang dibuat Farish dikatakan serba rahsia, malah yang lebih membanggakan apabila bertunangkan seorang peguam. Majlis itu diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 26 September 2010 yang lalu, kerana tunangnya itu orang sana. Namanya Zahrah, orangnya pun manis dan berhidung mancung. Tak salah lagi Farish memilih orang sebagai teman hidup, tapi hidup dengan peguam, memang kena mengalahlah Farish, nanti jadi suami isteri, Farish pulak kena hujah2, haha, main-main sahaja. Peace!

Siti Nurhaliza buat rawatan penyuburan

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengaku melakukan kaedah rawatan penyuburan secara akupunktur bagi mendapatkan anak. Siti Nurhaliza berkata, kaedah rawatan tersebut dilakukan secara kebetulan ketika dia dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa bercuti di London sebelum menunaikan Umrah di Mekah pada Ogos lalu.
"Saya akui ada buat rawatan penyuburan tetapi secara akupunktur dan meminum beberapa herba untuk penyuburan tetapi bukan menjalani rawatan persenyawaan tabung uji atau IVF (In Vitro Fertilisation) atau melalui permanian berhadas (IUI) seperti didakwa. Ia hanyalah kebetulan dan bukanlah dirancang kerana kami ke sana adalah sebagai meraikan ulang tahun perkahwinan ke empat kami," ujarnya ketika ditemui semasa pelancaran lipstik terbaru SimplySiti, Khamis. -mStar

Farah Asyikin putus tunang dengan duda

Kalau anda masih ingat, Jun lalu penyanyi Farah Asyikin sudah pun bertunang dengan seorang duda yang berasal dari Singapura. Jejaka yang menetap dan bekerja di Macau sebagai jurutera bunyi itu menurut Farah mula dikenalinya melalui laman sosial Facebook sebagai salah seorang peminatnya. Lamaran daripada duda tersebut merupakan lamaran keenam untuknya selepas berpisah dengan suaminya Dr Fariz Yahya pada Mei 2008.

Farah akhirnya muncul membuat pengakuan baru-baru, dia kini bukan lagi tunangan orang sejak dua bulan lalu. Kata Farah, dia mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangannya kerana sudah tidak mampu untuk mempertahankannya.

“Terlalu banyak perkara negatif yang melingkari hubungan saya dan dia. Bukan saya tidak sayangkan ikatan yang sudah terjalin, tetapi saya perlu lakukannya kerana ia adalah jalan terbaik. Saya redha dengan apa yang berlaku dan saya juga gembira dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya ini adalah yang terbaik,” jelas Farah. -Gua