Pada:
Selasa, 5 Oktober 2010
Dia menerima mas kahwin RM2309.84 yang merupakan simbolik tarikh kelahiran Dia iaitu 23 September 1984, senaskhah al-Quran dan sepasang telekung serta wang hantaran sebanyak RM20,000 pada majlis pernikahannya itu. Pasangan ini juga bersepakat untuk tidak berbalas dulang hantaran seperti kebiasaan sebaliknya pihak Dia menyediakan empat bekas manisan dan sebentuk cincin sebagai tanda cenderahati.Sambung Dia yang juga merupakan pensyarah vokal di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), mereka sepakat untuk tidak menyediakan dulang hantaran kerana mahu mengutamakan perkara-perkara wajib dalam majlis pernikahan sahaja. Tarikh pernikahan mereka ini juga bersempena tarikh ulang tahun kelahiran Redza. -Utusan
Tag : Berita Artis , Dia Fadilah , Penyanyi , Pernikahan

