Pada:
Jumaat, 1 Oktober 2010
Farah akhirnya muncul membuat pengakuan baru-baru, dia kini bukan lagi tunangan orang sejak dua bulan lalu. Kata Farah, dia mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangannya kerana sudah tidak mampu untuk mempertahankannya.
“Terlalu banyak perkara negatif yang melingkari hubungan saya dan dia. Bukan saya tidak sayangkan ikatan yang sudah terjalin, tetapi saya perlu lakukannya kerana ia adalah jalan terbaik. Saya redha dengan apa yang berlaku dan saya juga gembira dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya ini adalah yang terbaik,” jelas Farah. -Gua
Tag : Duda , Farah Asyikin , Gossip Artis , Pertunangan

