Betul ke Diana Danielle ni Sombong?

Pada: Isnin, 4 Oktober 2010
Mencapai kejayaan pada usia yang dianggap muda, Diana Danielle tentunya tidak terlepas daripada menjadi mangsa dan dilabel sebagai artis sombong. Selain itu, gelaran berlagak dan biadap juga pernah dilemparkan padanya saat Diana meniti jambatan untuk tiba di puncak kejayaan. Tanpa sedikit pun melatah, Diana sempat mencelah dengan menyatakan bahawa dia sudah biasa dengan keadaan itu malah menyifatkan fitnah itu sebagai sebahagian daripada makanan yang harus ditelan saat mengusung gelaran artis dan selebriti.

“Saya percaya, artis-artis lain juga pernah menerima tohmahan begini. Baiklah, kalau ada yang katakan saya sombong atau berlagak saya minta maaf. Saya tidak salahkan mereka kerana karakter saya di luar memang seorang yang kurang peramah dengan orang yang tidak dikenali. Mungkin kerana itu mereka menganggap saya sombong. Tetapi kalau mereka yang kenal siapa Diana Danielle, mereka akan tahu saya bukanlah orang yang begitu. Apa pun, saya mahu peminat tahu bahawa saya tidak pernah sombong atau mengabaikan mereka jika mereka mendekati saya,” ujar Diana. -Utusan

Tag : , , ,