Ashraf Muslim dituduh sebagai bomoh!

Pada: Sabtu, 2 Oktober 2010
Pelakon Ashraf Muslim kesal/kecewa/sedih/pilu/kecil hati dengan pandangan segelintir masyarakat yang menganggap teknik rawatan alternatif dan perubatan tradisional yang diamalkan telah disamakan dengan bomoh. Jelas Ashraf, teknik perubatan tersebut hanya berpandukan kepada ayat-ayat suci al-Quran dan tidak mengamalkan jampi serapah atau ilmu hitam.

"Saya agak kecewa sebab ada juga segelintir yang anggap saya seperti bomoh. Jika mereka tidak percaya atau berasa was-was dengan saya, itu terpulanglah. Tapi saya memang seratus peratus hanya berpandukan ayat suci al-Quran bagi mengubati pesakit..
"Ada juga pesakit yang datang untuk berubat dan apabila mereka lihat saya, mereka anggap saya sedang berlakon sehinggakan kadang-kadang membuatkan saya marah. Tapi bagi saya mereka perlu percaya pada Allah dan al-Quran. Saya hanya sekadar membantu sahaja," katanya yang mengubati pesakit di Pusat Perubatan Darussyifa', Kampung Sungai Pusu, Gombak sejak dua bulan lalu. -mStar

Tag : , , ,