Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Almy, Fizz Akui Cinta Kukuh

Jumaat, 6 November 2009

Ternampak pasangan kekasih comel ini selepas majlis pelancaran Anugerah Skrin baru-baru ini, para media lain tak melepaskan peluang untuk mendapatkan gambar Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Tapi masing-masing mengelak. Lama juga kami memujuk sebelum akhirnya mereka bersetuju.
"Mak dia dah bising sebab kita kerap sangat bergambar bersama, Iya-lah dia pun masih anak orang lagi. Kalau paksaan (ambil gambar), takpe. Tapi kalau sukarela tu, tak boleh," kata pelakon berusia 30 tahun itu.
Kalau dah macam tu, bila lagi Fizz nak masuk meminang?
"Kita berilah peluang pada dia untuk bekerja dulu. Dia nak berlakon, jadi artis. Kita bagi ruang pada dia," jawabnya sambil diperhatikan Almy yang tersenyum saja.
"Dia belum puas lagi. Dia belum enjoy lagi dengan hidup dia. Dia nak belajar, nak cari duit, nak luahkan hasrat seninya. Saya okay je. Saya tak halang. Kalau dah diikat, susah untuk dia nak bergerak."
Kalau nak tunggu sampai dia puas, berapa lama tu?
"Sampai dia rasa puas. Dia kan masih orang baru dalam industri ini."
Almy, 23, yang selama ini mendiamkan diri, apabila ditanya tentang penerimaan keluarganya terhadap Fizz - sebelum ini ibu Fizz pernah katakan amat menyukai Almy - menjawab, "Keluarga saya okay, boleh menerimanya. Dia seorang yang kelakar, pandai mengambil hati."Mengenai kenyataan Fizz yang ibunya bising kerana mereka kerap bergambar bersama, jelas Almy,
"Takde yang ibu kata tak boleh, cuma jangan berlebih."
Adakah ini disebabkan gosip sebelum ini yang mengatakan mereka sudah putus cinta?
"Mulut manusia kan, kita tak tahu macam mana. Tak boleh nilai orang dari luar. Di luar tu cantik tapi di dalam... Jadi, kita mesti lebih berhati-hati. It's all about trust. Saya percaya yang kami mempunyai hubungan yang kukuh dan kami sama-sama jujur. Kalau tak jujur, hubungan kami tak kekal sampai tiga tahun."

Lisdawati Selamat Lahirkan Anak

Pelakon dan model Lisdawati telah selamat melahirkan bayi perempuan, Nur Aina Fazneesya pada pukul 2.40 petang kelmarin (5/11) di Hospital Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lisdawati atau Lis melahirkan bayi seberat 3.2 kg itu secara normal. Menurut suaminya, pelakon Fauzi Nawawi, bayi dan Lis berada dalam keadaan sihat dan stabil.
"Syukur alhamdulillah, Lis sudah selamat melahirkan anak kami. Dia sepatutnya bersalin pada semalam. Doktor kata kalau dia tak bersalin juga hari ini kemungkinan dia akan bersalin secara pembedahan," ujarnya ketika dihubungi.
Tambah Fauzi, dia pula yang lebih resah dan gelisah walaupun isterinya yang menjalani proses bersalin itu.
"Dalam tiga hingga empat hari ini memang saya tak cukup tidur sebab memikirkan hal ini. Saya bersyukur sebab saya sudah mempunyai empat orang anak perempuan yang cantik dan comel belaka," katanya yang tidak sabar untuk melihat anak-anaknya membesar di depan mata.
Mengenai maksud nama anak keenamnya itu, Fauzi berkata Nur bermaksud cahaya, Aina (Mata) manakala Fazneesya (kesempurnaan atau kebaikan). Hasil perkahwinan mereka, Fauzi dan Lis mempunyai seorang lagi anak bernama Nur Aini Farhana berusia setahun enam bulan. Sementara itu, Fauzi juga mempunyai empat orang anak menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Nurul Hainil Fatihah, 14, Mohd Fariz Hazwan, 12, Nurul Hana Farisya, 10, dan Mohd Fikri Hakimi, 7.

Bila Faezah Elai Dengan Kawan

Khamis, 5 November 2009

Sudah menjadi lumrah kehidupan orang berkawan. Tidak menjadi masalah besar bila mana-mana orang mahu berkawan. Tapi seelok-elok kawan adalah kawan yang mempunyai ciri-ciri ikutan yang baik. Jadi bolehlah jadi simbol icon untuk dicontohi. Pelakon sensasi kelahiran Utara, Faezah Elai ni seperti biasalah bila berjumpa kawan, makin bertanding lah mereka siapa lebih seksi menyeksa (mungkin). Yer lah kan, si Faezah ni terkenal kerana keseksian dan kecantikkannya.

Radhi OAG dikenakan waran tangkap

Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif, hari ini memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi OAG kerana gagal hadir pada perbicaraan hari ini. Mahkamah Rendah Syariah PJ sekali lagi tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai pelakon dan penyanyi Radhi dari kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali dengan isterinya Shazlin Sharif kerana pelakon itu tidak datang.

Justru itu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi berkuat kuasa hari ini dan menetapkan tarikh bicara pada 1 Disember 2009 pukul 10.30 pagi. Di peringkat awal prosiding, Rubiah memberitahu anak guamnya, Shazlin telah dimaklumkan oleh Radhi bahawa dia tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.

Pada 20 Oktober lalu, mahkamah yang sama tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai Radhi dengan isterinya Shazlin kerana pelakon itu gagal hadir pada perbicaraan. Hakim Syarie, Ghazali Ahmad berkata, ini kerana mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan lafaz cerai kedua oleh Shazlin yang didakwa dilafazkan suaminya melalui telefon pada 25 Februari lalu.

Inikah Kekasih Mamat Exist?

Mamat yang pernah naik dan popular satu masa dahulu disebabkan lagu Oh Ibu kini makin menyepi dan tiada khabar berita. Yang terbaru pun hanyalah gossip dia dengan kekasihnya yang belum lagi ada kata putus oleh empunya badan. Gambar di bawah dikatakan adalah kekasih kepada Mamat, memandangkan cara dan pengambilan gambar itu sangat mesra. Tak mengapalah, mungkin itu cara mereka bermesra-mesraan kot. Kita mana taw juga kan. Yang penting kahwinlah cepat-cepat.

Mek Siti ikut Fesyen Siti Nurhaliza?

Mek atau nama betulnya Nik Sayyidah Fatiha Yazid kini adalah isteri orang, telah melakukan perubahan pada dirinya, yakni dari segi pemakaianan tudung. Dahulu tudung yang dipakai Mek, habis tutup semua. Sekarang ni cara pengayaannya seperti mengikuti penyanyi numbor satu negara, Siti Nurhaliza. Ya ke? yang tue tak dapat dipastikan lagi tapi sebijik lah cara pengayaan mek tue.

Kakak Heliza Seksi?

Rabu, 4 November 2009

Gambar di bawah didakwa oleh pemilik laman web/blog berkenaan ianya adalah kakak kepada artis kelahiran program realiti termasyuk, Akademi Fantasia iaiti Heliza. Perwatakkan Heliza memang tidak dinafikan lagi, alim dan menutup aurat. Tapi bila keluar gambar di bawah ni, macam tak percaya pula, kakaknya pulak yang seksi menyeksa. Ntah lah kebenaran yang didakwanya itu betul atau tidak, korang nilai lah sendiri, sama atau tidak wajah mereka.

Nora Danish Maafkan Fasha Sandha

Lebih setahun selepas perceraiannya dengan Rizal Ashram Ramli, Nora Danish nampaknya sudah bersedia memaafkan orang ketiga yang dipercayai ramai menyebabkan keruntuhan rumah tangganya, yang dibina tak sampai dua tahun itu.

"Lama-kelamaan kita akan maafkan juga orang yang membuat salah pada kita, lebih-lebih lagi bila hati Nora ni lembut. Cuma Nora terkilan bila perkara itu diperbesarkan," dedah Nora.
Baru-baru ini, Fasha Sandha mewar-warkan pada para media bahawa Nora telah menegurnya apabila mereka terserempak di sebuah pusat membeli-belah. Seolah-olah memberi gambaran bahawa Nora sudah memaafkannya.

"Kita kebetulan terjumpa dan Nora pun bersalam dengannya. Masa tu, Nora bangga dengan diri sendiri kerana dapat memaafkannya dan takde perasaan benci pun terhadapnya. Tapi iya-lah, Nora terkilan sebab benda bersalam itu dihebohkan. Sepatutnya kita 'take things slow and easy' dan tak perlu diperbesarkan. Kejadian di 'shopping mall' itu berlaku selepas kita dah lama tak berjumpa. Kami bukan baik sepenuhnya. Nora pun perlukan masa. Nora tak kisah nak memaafkannya sebab manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan dia pun dah kena teruk akibat darinya. Tapi jujur Nora katakan, sukar untuk Nora melupakan (apa yang Fasha telah lakukan). 'To forget I need time' kerana kepedihan itu masih terasa."
Walau apapun kesalahan Fasha padanya, Nora mempamerkan sifat profesionalisme yang tinggi apabila bersetuju menerima tawaran berlakon di dalam drama 'Spa Qistina'. Lebih-lebih lagi selepas mengetahui Fasha akan terlibat sama.

Aksi Manja Mawi Ekin

Kemanakah sudah menghilangnya kisah dan jalan cerita Raja SMS Malaya ini erk. Sepi tanpa sebarang berita dan gosip. Mungkin terlalu sibuk menguruskan kedai butik mereka kot. Mawi dan Ekin ni selalu sahaja ditemui di mana-mana majlis penting. Cuma itulah perkembangan mereka berdua. Yang ni pun kiriman untuk peminat mereka yang mahu melihat aksi manja mereka berdua sambil makan roti bersama. Nyum3.

Gambar Rita, Aidil Dan Rayyan

Pasangan yang dahulunya penuh kontroversi akibat dek kahwin lari, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan kini sangat berbahagia dengan kehadiran orang ketiga dalam kehidupan mereka, iaitu Rayyan. Anak comel ini sememangnya masih tidak mengerti apa-apa mengenai kisah percintaan ibu dan ayahnya itu, namun biarlah ianya menjadi sejarah dalam kelahiran anak berkenaan. Mungkin itulah lumrah bekeluarga, dugaan pun masih juga ada.

Jehan Miskin Pandai Bahasa Kantonis

Selasa, 3 November 2009

Pelakon yang dicop sebagai diantara artis paling 'berjaya' dalam mencari teman hidup, Jehan Miskin mengakui masih bujang lagi dan dia sememangnya mengimpikan seorang gadis yang memahami kariernya sebagai seorang pelakon. Itu pun jika dapat diketemuilah, memandangkan Jehan ni suka tukar-tukar kekasih.

“Saya tertarik pada seseorang yang stabil dari segi emosi, tahu bersosial tapi pada masa yang sama bertanggungjawab, serta berkongsi minat yang sama dengan saya,” jelas pelakon yang telah berkecimpung dalam bidang lakonan selama enam tahun.
Menurut Jehan yang memakai sut berwarna hitam semasa menghadiri yang majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ pada Jumaat lalu, semua gadis ada kelebihan masing-masing tetapi apa yang penting adalah keserasian yang ada pada si dia dan Jehan.
“Pada saya, gadis yang saya suka tidak semestinya cantik. Dia mestilah menarik di mata saya dari segi luaran dan dalam,” kata pelakon yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
Beliau yang mempunyai susuk badan yang tegap ini juga akan bersenam di gim sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Apabila ditanya sama ada masih solo atau sudah berpunya, Jehan tidak memberi apa-apa komen.

“Buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan apa-apa mengenai kehidupan peribadi saya,” kata pelakon yang mempunyai darah kacukan Cina (sebelah ibu) dan Arab-Melayu (sebelah bapa).
Selain itu, Jehan juga boleh berkomunikasi dalam dialek Kantonis dan boleh memahami Hokkien.
“Saya mempunyai ramai kawan Cina semasa saya menetap di Seksyen (SS2) Petaling Jaya,” jelas pelakon yang akan menyambut harijadinya yang ke-30 pada 4 Disember ini.

Gambar Baru Marsha Milan Londoh

Lama sudah tidak melihat bintang finalist Akademi Fantasia musim ke-3. Anak kelahiran Sabah yang lahir pada November 6, 1985 di Michigan, United States memang dalam proses pembuatan album baru dan jarang balik ke Sabah. Tidak tahu nak perkatakan apa lagi, kepada peminat Marsha, jom kita lihat gelagat Marsha terbaru di bawah ini.


Azwan Ali Menangis Dicop Sebagai Anjing

Ada menonton Melodi pada hari Ahad yang lepas tak (1/11). Memang ada satu babak tragis yang mana artis paling kontroversi, Azwan Ali diwawancara oleh Melodi selepas mana dia selesai mengerjakan umrah. Ada satu soalan ditanya kepada Azwan, soalan itu berbunyi (anda lihat video di bawah). Memang tidak wajarlah penghinaan itu dikeluarkan oleh anti kepadanya, depan Kaabah lagi tu. Tapi sewajarnya kita sebagai seorang Muslim tidak harus mengatakan begitu, amal dan iman itu masing-masing mempunyainya.

Scha al Yahya Pandai Simpan Rahsia?

Baru-baru nie Penulis ada belek2 "Wajah Buku" si Scha al Yahya ni ternampak cover Intrend Nov 2009 yang tertepek muka Scha dengan gaya rambut menggerbang tu. pastu kat tepi Cover tu ada headline "Scha Pandai Simpan Rahsia".. apa rahsianya tu? sapa2 yang ada beli dan terbaca tu bleh la share kat sini ye. Mungkin ianya satu rahsia bahawa dia ada pakwe baru? siapa tahu. kan3.

Fahrin, Awal Lupa Bayar PTPTN

Isnin, 2 November 2009

Apa pula jadi dengan dua bintang filem hebat Awal Ashaari dan Fahrin Ahmad ni? Dia orang buat salah apa sampai disenarai hitamkan dan tak boleh keluar negara? Jangan terkejut pula. Dia orang tak bunuh orang pun cuma khabarnya ada hutang yang tak dibayar. Dalam minggu lepas ada orang bertanya macam mana nak cari Awal dan Fahrin sebab nak bagi tahu berita sedih kepada mereka?

Orang itu minta sampaikan, buat masa ni mereka tak boleh pergi luar negara takut nanti ditahan oleh pihak Imigresen. Jadi, orang berkenaan minta Awal dan Fahrin jelaskan dulu hutang tertangguh dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kata orang itu lagi, Awal dan Fahrin ada buat pinjaman dengan tabung berkenaan ketika mereka belajar di UiTM Shah Alam tak lama dulu. Fahrin garaduan ijazah dalam bidang undang-undang manakala Awal pula diploma komunikasi di universiti berkenaan. Tapi Awal sempat menyambung pelajaran di Universiti Limkokwing dan memiliki ijazah dalam bidang filem & Televisyen.
“Kalau sesiapa terjumpa dia orang tolong beritahu berita ni ya. Saya ni peminat dia orang. Tak mahu nanti timbul masalah pula bila dia orang nak keluar negara,” kata orang itu.
Menurut sumber PTPTN pula, nama Fahrin dan Awal baru saja disenaraihitamkan apabila agensi itu gagal mendapatkan respons selepas notis tuntutan dihantar. Kepada Fahrin dan Awal, jangan nanti jadi macam Faizal Tahir pula. Gara-gara hutang PTPTN, dia hampir-hampir tak boleh ke Jakarta untuk Anugerah Planet Muzik tak lama dulu.

Engku Emran Letak Jawatan Suria FM?

Eh... betul ke berita yang didengar ni? Ataupun satu spekulasi yang dibuat atau disebarkan untuk mengejar rating? Tapi itulah... Nampaknya stesen radio Suria FM sudah mengeluarkan cahaya suria yang semakin panas. Sebelum ni ada beberapa staf stesen radio itu dah meletak jawatan seperti KC Ismail, Zaryn, Zana (AF) dan terbaru pula deejay Akhtar. Bulan lepas pengarah Rancangannya iaitu Subi telah ditukar ke bahagian lain.

Terbaru dapat tahu Ketua Pegawai Operasinya (COO) iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin yang popular tu pun akan ikut langkah serupa untuk meninggalkan stesen radio itu. Sejauhmana benar cerita ini tak dapat dipastikan sebab bila dikorek dari sumber Suria FM sendiri, mereka semua bagi jawapan tak dengar apa-apa. Ataupun mereka sengaja nak simpan rahsia ni sehingga pengumuman rasmi dibuat.

Menurut sumber pula pengunduran Emran disebabkan rating terbaru yang dikeluarkan menunjukkan pendengar Suria FM merosot berbanding tahun lepas. Disebabkan tak nak pening kepala, Emran buat keputusan untuk “chow chin chow” sajalah. Dalam masa yang sama khabarnya Emran mendapat tawaran lebih tinggi dengan syarikat penyiaran lain. Wah... bagus!

Tapi kalau soal rating dijadikan ukuran untuk meletak jawatan tu kira tak adillah. Bukan apa, rating yang dikeluarkan pun kadang-kadang bukan boleh percaya sangat sebab sistem tinjauan yang dibuat mungkin boleh dipersoalkan. Tapi khabarnya juga ada beberapa nama yang sudah dikenal pasti untuk dipancing masuk ke stesen radio itu.
“Ada individu yang hebat berkemungkinan akan dipanggil untuk menyertai Suria FM. Mungkinkah orang dari stesen radio milik Astro? Siapa tahukan?,” kata sumber itu.

Aishah AF7 Syok kat Qhaud?

Ntah lah apa yang berlaku kepada peserta Akademi Fantasia musim yang sudah-sudah. Episod mereka kali ini adalah dalam proses mencari jodoh aka teman hidup. Aishah yang dilabelkan sebagai pelajar yang seksi dahulunya pernah digossipkan dengan Akim, tapi sekarang Qhaud pulak yang menjadi pilihan di hatinya. Mungkin penampilan Qhaud yang nampak matang berbanding Akim menarik minat Aishah untuk dijadikan teman. Apa-apa pun terserahlah kepada Aishah kepada untuk pilih siapa dia nak. Ngeh3.

Persandingan Akhil Hayy, Waheeda

Setelah sekian lama meyepi daripada hari pernikahan kedua-dua mempelai, Akhil Hayy dan Waheeda dulu, kini mereka berjaya mengumpulkan wang untuk membiayai majlis bersanding beralakan stail Moroccan, yang kononnya menjadi satu simbol ikatan cinta antara mereka berdua begitu kuat. Tahniahlah diucapkan. Pun begitu, kritikan terhadap episod lama mungkin masih ada lagi. Tapi apa-apa pun kita tak payah dok kritik mereka berdua lagi kerana dah sah menjadi suami isteri. Biarlah dipendam rasa kiritikan kita itu di dalam hati.























Fasha Sandha Ambil Anak Angkat

Ahad, 1 November 2009

Peminat: Dalam majalah harmoni terbaru, cover rita n anak dia tu, kt dlm ada crite fs...fs ada ambik anak angkat, budak laki umur 8 tahun...budak ni bisu n pekak...asal nye fasha terpandang budak ni semasa tgh shooting...walopon budak ni bisu n pekak, tapi bila fasha tgok dia, fasha dpt rasakan budak ni seakan mengerti perasaan dia pd ms tu...so dia p jumpa ibu bapa budak ni mintak nk jdkan anak angkat...ibu bapa budak ni pon gembira dgn hajat fasha tu...walopon x tinggal bersama-sama fasha tapi sebulan skali fasha akan ambik budak ni bwk keluar jln2....

Amer Munawer Kahwin

Siapa dan anda masih kenal lagi tak Amer Munawer? (bukan yang dalam filem Zombi Kampung Pisang tue, pak munawer, ngeh3) Amer Munawer atau nama singkatnya Amer adalah salah seorang ahli kumpulan RUFFEDGE dahulu, kini dia bukan lagi bersama kumpulan berkenaan, mungkin nak tukar kerjaya kot. Baru-baru ini, Amer selamat di ijab kabulkan dengan pasangan pilihannya iaitu Julia Azizah. Tahniah lah diucapkan diatas majlis yang penuh bererti dan bermakna itu, semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin2.

Rozita Che Wan Berpurdah

Sebelum Hari Raya tahun ini, Rozita Che Wan dan emak tersayangnya ada pergi ke Makkah untuk mengerjakan umrah dan sempat beraya di tanah air selepas itu. Namun yang menjadi satu kejutan, Rozita mengayakan pemakaian berpurdah macam wanita arab-arab yang lain. Mungkinkah ini satu perubahan besar yang dilakukan oleh Rozita? atau sekadar gimik semata-mata. Kita lihatlah nanti penampilannya di mana-mana drama/filem terbarunya.