Pada:
Selasa, 3 November 2009


“Saya tertarik pada seseorang yang stabil dari segi emosi, tahu bersosial tapi pada masa yang sama bertanggungjawab, serta berkongsi minat yang sama dengan saya,” jelas pelakon yang telah berkecimpung dalam bidang lakonan selama enam tahun.Menurut Jehan yang memakai sut berwarna hitam semasa menghadiri yang majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ pada Jumaat lalu, semua gadis ada kelebihan masing-masing tetapi apa yang penting adalah keserasian yang ada pada si dia dan Jehan.
“Pada saya, gadis yang saya suka tidak semestinya cantik. Dia mestilah menarik di mata saya dari segi luaran dan dalam,” kata pelakon yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.Beliau yang mempunyai susuk badan yang tegap ini juga akan bersenam di gim sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Apabila ditanya sama ada masih solo atau sudah berpunya, Jehan tidak memberi apa-apa komen.

“Buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan apa-apa mengenai kehidupan peribadi saya,” kata pelakon yang mempunyai darah kacukan Cina (sebelah ibu) dan Arab-Melayu (sebelah bapa).Selain itu, Jehan juga boleh berkomunikasi dalam dialek Kantonis dan boleh memahami Hokkien.
“Saya mempunyai ramai kawan Cina semasa saya menetap di Seksyen (SS2) Petaling Jaya,” jelas pelakon yang akan menyambut harijadinya yang ke-30 pada 4 Disember ini.
Tag : Berita Artis , Jehan Miskin , Kekasih Artis , Playboy