Pada:
Rabu, 4 November 2009


"Lama-kelamaan kita akan maafkan juga orang yang membuat salah pada kita, lebih-lebih lagi bila hati Nora ni lembut. Cuma Nora terkilan bila perkara itu diperbesarkan," dedah Nora.Baru-baru ini, Fasha Sandha mewar-warkan pada para media bahawa Nora telah menegurnya apabila mereka terserempak di sebuah pusat membeli-belah. Seolah-olah memberi gambaran bahawa Nora sudah memaafkannya.

"Kita kebetulan terjumpa dan Nora pun bersalam dengannya. Masa tu, Nora bangga dengan diri sendiri kerana dapat memaafkannya dan takde perasaan benci pun terhadapnya. Tapi iya-lah, Nora terkilan sebab benda bersalam itu dihebohkan. Sepatutnya kita 'take things slow and easy' dan tak perlu diperbesarkan. Kejadian di 'shopping mall' itu berlaku selepas kita dah lama tak berjumpa. Kami bukan baik sepenuhnya. Nora pun perlukan masa. Nora tak kisah nak memaafkannya sebab manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan dia pun dah kena teruk akibat darinya. Tapi jujur Nora katakan, sukar untuk Nora melupakan (apa yang Fasha telah lakukan). 'To forget I need time' kerana kepedihan itu masih terasa."Walau apapun kesalahan Fasha padanya, Nora mempamerkan sifat profesionalisme yang tinggi apabila bersetuju menerima tawaran berlakon di dalam drama 'Spa Qistina'. Lebih-lebih lagi selepas mengetahui Fasha akan terlibat sama.
Tag : Fasha Sandha , Gossip Artis , Nora Danish , Perceraian Artis