Pada:
Jumaat, 6 November 2009
"Syukur alhamdulillah, Lis sudah selamat melahirkan anak kami. Dia sepatutnya bersalin pada semalam. Doktor kata kalau dia tak bersalin juga hari ini kemungkinan dia akan bersalin secara pembedahan," ujarnya ketika dihubungi.
Tambah Fauzi, dia pula yang lebih resah dan gelisah walaupun isterinya yang menjalani proses bersalin itu."Dalam tiga hingga empat hari ini memang saya tak cukup tidur sebab memikirkan hal ini. Saya bersyukur sebab saya sudah mempunyai empat orang anak perempuan yang cantik dan comel belaka," katanya yang tidak sabar untuk melihat anak-anaknya membesar di depan mata.Mengenai maksud nama anak keenamnya itu, Fauzi berkata Nur bermaksud cahaya, Aina (Mata) manakala Fazneesya (kesempurnaan atau kebaikan). Hasil perkahwinan mereka, Fauzi dan Lis mempunyai seorang lagi anak bernama Nur Aini Farhana berusia setahun enam bulan. Sementara itu, Fauzi juga mempunyai empat orang anak menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Nurul Hainil Fatihah, 14, Mohd Fariz Hazwan, 12, Nurul Hana Farisya, 10, dan Mohd Fikri Hakimi, 7.
Tag : Anak Artis , Berita Artis , Fauzi Nawawi , Lisdawati

