Pada:
Isnin, 2 November 2009

Orang itu minta sampaikan, buat masa ni mereka tak boleh pergi luar negara takut nanti ditahan oleh pihak Imigresen. Jadi, orang berkenaan minta Awal dan Fahrin jelaskan dulu hutang tertangguh dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Kalau sesiapa terjumpa dia orang tolong beritahu berita ni ya. Saya ni peminat dia orang. Tak mahu nanti timbul masalah pula bila dia orang nak keluar negara,” kata orang itu.Menurut sumber PTPTN pula, nama Fahrin dan Awal baru saja disenaraihitamkan apabila agensi itu gagal mendapatkan respons selepas notis tuntutan dihantar. Kepada Fahrin dan Awal, jangan nanti jadi macam Faizal Tahir pula. Gara-gara hutang PTPTN, dia hampir-hampir tak boleh ke Jakarta untuk Anugerah Planet Muzik tak lama dulu.
Tag : Awal Ashaari , Berita Artis , Fahrin , PTPTN