Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Majlis Pertunangan Emelda Rosmila Dan Adlin Aman Ramlie

Isnin, 23 Mac 2009

Selepas empat tahun bercinta, pelakon dan hos, Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29, serta Adlin Aman Ramlie, 37, yang juga anak pasangan pelakon AR Tompel dan Ruminah Sidek mengikat tali pertunangan, semalam (14/3).

Emelda atau lebih dikenali dengan panggilan manja Mel, memakai baju kurung rona putih rekaan Kia Konggo dihiasi selendang sedondon memilih hari pertunangan (14/3), sempena tarikh lahirnya yang ke-29.

"Kami sudah merancang majlis ini tahun lalu, tetapi memandangkan bapa saya, Abdul Hamid Mad Ally, 64, meninggal dunia Februari tahun lalu kerana sakit jantung, majlis ini tertunda.

"Lagipun, kesibukan kerja menyebabkan saya dan Adlin terpaksa memikirkan tarikh sesuai untuk pertunangan ini," kata Emelda selepas majlis itu di rumahnya, Kampung Melayu, Batu Lapan (14/3).

Rombongan Adlin dari Kuala Lumpur yang disertai enam kereta tiba di rumah Emelda jam 12.30 tengah hari dengan membawa tujuh hantaran.


Emelda yang terkenal menerusi drama Manjalara memilih Adlin sebagai suami kerana terpikat dengan kematangan pelakon yang memegang watak sebagai Sultan Mahmud dalam filem Puteri Gunung Ledang itu.

Mel menerima sebentuk cincin emas putih bertatah berlian, sementara Adlin menerima cincin perak sebagai tanda pertunangan.

Mengikut perjanjian, pihak lelaki memberi hantaran RM30,000, mas kahwin RM1,001 dan majlis perkahwinan diadakan 23 Mei ini.

Sementara itu, Adlin yang menyemai harapan bersama Mel sehingga ke akhir hayat berkata, majlis perkahwinan mereka diadakan sederhana dan secara 'rewang' iaitu kenduri gotong-royong di kampungnya di Meru, Klang.

-Bharian-

akbaradlinrosmila-bertunang

adlin-aman-ramli-emilia-bertunang2



3 Artis 'Kontroversi' Jayakan Kelab POP

Selasa lepas Linda Onn, Abby Abadi dan Zarina An Julie telah ke Wisma Ali Bawal ,PJ untuk rakaman Kelab POP bersama pengacaranya Reza. Group diorang diberi nama SURVIVORS ! dengan tagline… “Sorry ! Kami bukan perampas !!” Auchhhh… Team lawan terdiri dari wartawan Elly , Ayie dan Ajieb dari laman web gosip terkini iaitu Murai yang menamakan group mereka MURAI dengan tagline…..”Eiiiiiii propalah Murai!!” so, macam biasa … dalam Kelab Pop, peserta dikehendaki menyanyi dengan lirik yang berkaitan dengan prop yang diberikan…korang kena tunggulah Kelab Pop kat Astro Ria ye. MC tak tau bila tayangannya…


Azwan Ali Bangga Dapat 250 Juta Pelawat ke Blognya

Penulis tak tahulah apa nak jadi dengan artis seorang ni. Katanya dan diakuinya, dia memang ramai musuh, tapi musuh yang macamana? itu penulis tidak tahu, namun terpulang kepada Azwan sendiri nak tanganinya dan selesaikannya. Pada dasarnya memang ramai orang tidak suka dengan Azwan Ali ni, yalah rata-rata menyampah dengan gelagat yang dipamerkan olehnya. Terbaru, dia dengan bangganya mengumumkan blog rasminya, telah mencecah pelawat sebanyak 250 juta! biar betul. Anda percaya? baca potongan artikel yakni pengakuannya yang dilampirkan di blognya ini..

Ha....TERJOJOL lah BIJIK BIJIK MATA MUSUH MUSUH AZWAN ALI kan???? Bila BLOG NO 1 DUNIA SENI HIBURAN NEGARA ni TERUS mendapat SAMBUTAN HANGAT....walaupunnnnnnnnnnnnnn ADA YANG DAKWA .....BLOG ni dah HAUSS !!!!!

Hauus TAK HAUSS..............EH HELLO???? Dah PUN CECAH 250,000 JUTA PELAYAR wokay???? DI ULANGI???? 250,000 JUTA....JUTA PELAYAR !!!! AKU BUKAN BUDAK BINGAI tak HABIS SEKOLAH......ini BAHASA AZWAN ALI jer.....PAHAM???? 250,000 ribu .....tetapi DENGAN SENGAJA aku PANGGIL.....'250,000 JUTA'......!!!!

SALAH KER???? SUKA hati aku lah.....SAJE SAJE BEDAH ooi....UNTUK SEMARAK KAN SEMANGAT SI LASER NO 1....DIVA PALING GEBUSS pastinya???? AZWAN ALI.....macam lah aku ni TAK SEKOLAH kan???? RIBU dengan JUTA pun AKU TAK TAHU???? EXCUSE ME.......u juzz got the wrong number wokay????


MAIS: Lagu Agnes Monica di Haramkan

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul "Allah Peduli" kerana liriknya antara lain menyebut "...sebab Allah Yesusku mengerti."

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.

"Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.

"Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik lagu ini secara senyap memesong keimanan dan akidah," kata Mohamad Adzib.

Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.

"Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya.

-Bernama-

Anak Riezman Khuzaimi Dibedah akibat Gegeran

Wajah pasangan pelakon, Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayob kelihatan lesu ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Ampang, (13/3). Manakan tidak, dalam kesibukan mengejar penggambaran dan urusan kerja lain mereka juga perlu berulang alik ke hospital untuk menjenguk anak bongsu, Ruzain Nars yang baru genap berusia 6 bulan hari ini.
Ruzain sudah lebih sepuluh hari dimasukkan ke wad. Pada mulanya Riezman dan Kartina menyangka keadaan anak mereka yang kerap muntah selepas diberikan susu dan mengalami ketegangan berpunca daripada masalah bronkitis yang pernah dialami sebelum ini. Justeru, mereka terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa Ruzain perlu dibedah segera kerana terdapat darah beku yang perlu dikeluarkan di kepalanya. Keadaan ini disyaki berpunca daripada gegaran ataupun goncangan yang kuat.

“Jika sekarang ini badannya kelihatan berisi, sebelum ini berlebih-lebih lagi. Syukurlah Ruzain kini sudah kembali aktif tetapi dia masih tidak mahu makan. Tidurnya juga tidak nyenyak dan sering tersentak, mungkin akibat trauma,” ujar Kartina yang jelas sugul dengan tragedi yang menimpa keluarganya itu.



Kini, dia dan Riezman menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa.

Apa pun, pasangan ini sempat melahirkan rasa terharu kerana ramai rakan termasuk di kalangan artis sudi meluangkan masa untuk datang melawat dan memberikan sokongan. Antaranya Deja Moss, Ahmad Idham serta Den Wahab dan isteri.

Dalam pada itu, Riezman bercadang untuk membawa pulang Ruzain buat sementara waktu bagi menyempurnakan kenduri kesyukuran yang dirancang secepat mungkin.

Kenduri itu bakal berlangsung di rumah baru mereka yang terletak di Kemensah, Ulu Kelang sebagai tanda memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

-Sinarharian-

(Indonesia) Yasmine Leeds Wildblood Memiliki Breast Besar?

Jasmine Leeds Wildblood sememangnya artis Indonesia baru dalam dunia hiburan. Tapi, jangan salah anggap, Jasmine sudah pernah bermain beberapa buah FTV dan Sinetron Lia di RCTI (TV Indonesia). Salah satu kelebihan yang ada pada dirinya adalah ukuran buah dada Jasmine Leeds Wildblood yang terlalu besar dari usianya, tapi ini boleh jadi aset berharga seperti aktress Julia Perez.

Ulang Tahun Jasmine Leeds Wildblood ke-16 baru-baru ini berlangsung penuh dengan aksi kejutan yang diberi pihak keluarga. Di usia yang masih muda ini, Jasmine mengakui bakal serius memantapkan hidup, mulai dari single sehingga ke pencarian pacar. Jadi anda lihatlah koleksi photo beliau yang pernuh dengan keriangan.

(Gambar) Noni AF5 Yang Comel

Lama erk tak dengar cerita mengenai Noni AF5. Untuk pengetahuan, Noni buat masa sekarang tengah sibuk dengan show gempak desa setiap minggu dan show Astro fest di Sabah. Walaupun si Noni ni antara bekas pelajar AF yang suam-suam kuku jer tapi Alhamdulillah lah masih ader job untuk dier dan jadual seninya agak padat dengan show & shooting telefilem. So kita sama sama la nantikan telefilem terbaru dari Noni ye. Apa-apa pon mari layan gambar terbaru Noni ini.



SPM: Diana Danielle 2A, 5B

Walaupun tidak cemerlang keputusan peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh pelakon remaja popular, Diana Danielle Beeson (Danielle), 18, yang diumumkan semalam boleh dianggap baik.

Pelajar Sekolah Menengah Sri Inai, Hulu Klang itu memperoleh dua A dalam amata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan lima B membabitkan mata pelajaran Sains dan Teknologi, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Geografi.

Ketika dihubungi, ibunya Norsiah Ramli memberitahu walaupun keputusan diterima Diana boleh dianggap memuaskan, namun pelakon utama drama bersiri Janji Diana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya itu.

“Sebaik menerima keputusan itu, dia kecewa kerana tidak dapat mencapai apa yang disasarkan. Mengikut daripada pencapaian peperiksaan percubaan dia memperoleh lima A.

Bagaimanapun, peperiksaan percubaan tidak sama dengan SPM sebenar dan saya sebagai ibu tetap bersyukur kerana dia sudah melakukan yang terbaik,” katanya.

Tambah Norsiah lagi, sebaik menerima keputusan itu dia berpuas hati kerana ketika berhadapan persiapan untuk menghadapi peperiksaan sebelum ini, Diana sibuk di lokasi penggambaran.

(Indonesia) Pelakon Wulan, Hanny Mati diBunuh

Pelakon sinetron Indonesia yang juga pemilik agensi model, Hanny Wahab (53), dipercayai dirogol sebelum dibunuh di rumahnya di Cengkareng, Jakarta Barat, semalam (11/3).

Tubuh pelakon ibunda Aline di dalam sinetron Wulan itu ditemui dalam keadaan tanpa pakaian. Mayatnya ditemui di bilik oleh anak keduanya, Ahmad Sutrisno pada pukul 11.30 pagi. Ahmad yang sudah siap untuk ke sekolah hairan kerana belum bertemu ibunya.

"Sebelum meninggal, terjadi kerosakan pada alat kelamin korban, sudah rosak dan di robek. Ada cairan sperma kering," kata petugas HCM yang enggan disebutkan namanya di HCM, Jakarta Pusat, Rabu (11/3/2009) - detiknews.com


Apabila dibuka pintu bilik tidur, Ahmad terkejut melihat ibunya berbujur tanpa pakaian di atas katil dengan kesan luka di kepala.

Pesuruhjaya Polis Metro Jaya, Zulkarnain Adinegara berkata, setakat ini enam orang telah dipanggil bagi diambil keterangan. Berdasarkan kenyataan Ahmad, katanya, Hanny ada di datangi tiga lelaki pada pukul 10 malam kejadian dan polis sedang menyiasat kemungkinan mereka terlibat dalam kejadian itu.

Hingga kini, ujar beliau, polis belum mempunyai suspek pembunuhan janda beranak tiga itu.

-Utusan-

Mawi Bawa Ekin Pergi Berbulan Madu di Sepanyol?

Hampir tiga bulan bergelar suami isteri, pasangan Mawi dan Ekin semakin bahagia melayari bahtera rumahtangga. Terbaru, Mawi dikatakan akan membawa Ekin ke Sepanyol pula pada pertengahan April depan.

Mungkinkah ia merupakan destinasi 'honeymoon' kedua pasangan ini setelah pertama kali berbulan madu di Korea Selatan pada Januari lalu?

"Kami ke sana bukan untuk berbulan madu. Sebenarnya, saya akan menyambung semula program Langkah Mawi terbitan Mawi World dan destinasi pertama yang akan kami pergi ialah Sepanyol.

"Jadi, sudah tentu saya akan bawa Ekin bersama. Tetapi kami ke sana lebih di atas dasar kerja.

"Saya baru saja tamat menjalani penggambaran filem Magika dan ketika ini sedang terlibat dengan teater Sirah Junjungan. Selepas habis teater itu nanti, saya akan tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap projek Langkah Mawi ini," kata Mawi yang ditemui pada rakaman program Kelab Pop di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, semalam.

-Mstar-

Rozie Othman Bertudung Tapi Pakai Baju

Rozie Othman sememangnya seorang pelakon veteran yangs serba boleh. Selalu memegang watak yang jahat dan juga bersifat keibuan. Namun terkejut penulis apabila tanpa sedari baju yang dipakai Rozie Othman ketika majlis pelancaran Drama Cinta Untuk Ain di Sri Pentas bulan lepas, rupa-rupanya menembusi badannya sehinggakan menampakkan colinya. Tak tahu lah kalau Rozie tak perasan dengan pemakaiannya sedemikian, iyalahkan camera digital zaman sekarang makin canggih, flash yang dikeluarkan mengalahkan lampu di rumah-rumah kampung dan bandar jadi kita sendiri pun tak sedar walaupun baju berkenaan tidak seperti yang bakal terjadi kelak.

Jaafar Onn Mahu Pergi Umrah Jun 2009

Sudah lama Jaafar Onn, 58, ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci namun baru kali ini dia berpeluang ke sana. Hatinya tidak sabar untuk mengadap Kaabah dan mengabdikan seluruh jiwa raganya kepada Allah SWT.

Menurut Jaafar, pemergiannya ke sana juga untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana mengabulkan doanya untuk melakonkan wataknya sendiri dalam drama 13 episod, Chef Jo, terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.
Mengenai hasrat ke Makkah, kata Jaafar, dia bersyukur kerana hajatnya termakbul dan semua itu juga secara kebetulan apabila bertemu Siti Murni Datuk Sheikh Ahmad dan suaminya, Mohamad Ismail dari Al-Amin Travel Management & Services Sdn Bhd.

"Siapa tahu selepas ini setiap tahun saya akan mengerjakan umrah. Dengan usia yang kian lanjut, tiba masa mendekatkan diri dengan Allah. Insya-Allah selepas balik mengerjakan umrah, saya bercadang menunaikan fardu haji pula.

"Oleh itu saya turut menjemput semua peminat menyertai Pakej Umrah Bersama Jaafar Onn, 8 hingga 20 Jun ini, pada harga berpatutan. Mereka yang berminat boleh hubungi pembantu saya, Ahmad di talian 012-3062291," katanya.

Sebagai persediaan ke sana, Jaafar membaca buku panduan umrah dan haji serta bertanya kawan yang sudah mengerjakan umrah terlebih dulu.

-myMetro-

(Indonesia) Gambar Kekasih Titi Kamal

Titi Kamal popular kerana lagunya 'Lebih Baik Sendiri' lagu tema filem 'tipu kanan tipu kiri' yang melonjakkan namanya ke pesada industri musik. Titi juga terkenal kerana keayuannya yang semula jadi. Tanpa sangka artis ini sudah memiliki buah hatinya sendiri. Namanya, Tora Sudiro yang juga rakan baiknya. Jadi dikhbarkan mereka sedang hangat bercinta dan sayangnya cinta itu tidak bertahan lama dengarnya kerana Titi sudah berkahwin senyap-senyap Christian Sugiono di Australia.

Hujan Jadi Duta Kereta Perodua Myvi

Ha, belum lagi kahwin, rezeki semakin melimpah-limpah bagi kugiran Hujan dan penyanyinya Noh, yang barangkali semakin sesuai digelar “Mawi versi indie”.

Di ambang menjayakan jelajah sulung mereka ke Indonesia bulan ini, sebelum bertolak tempoh hari Hujan dikurniakan dua biji kereta Myvi model terkini, selaku duta indie yang pertama buat kereta Perodua itu. Sifu rock tanahair, M.Nasir, telah dimartabatkan sebagai selebriti tanahair pertama menjadi duta rasmi Myvi.Kedua-dua buah kereta itu kini dipakai oleh Noh dan Am, drummer Hujan yang menjadi anggota terawal kumpulan itu bersama Hang Dimas tiga tahun lepas. Mereka turut mendapat sebanyak RM200,000 wang tunai sebagai bonus menandatangani kontrak ‘endorsement’ selama setahun.

Dikhabarkan teman-teman terdekat Noh, bahawa disebalik silap faham dan buruk sangka terhadapnya di kanta mata umum, dia ni memang rajin bersedekah. Sekali bagi, 10 riya, 20 riya. Di kediaman sementaranya di kondominium Prima 16, Petaling Jaya yang dikongsi bersama bassis Hujan, Jaja, Noh juga biasa menapau berbelas-belas bungkusan teh ais untuk para pak guard Myanmar yang bertugas mengawal kondo itu.

Untuk kita, usah cemburu, sebaliknya jadikannya sebagai satu contoh, insya Allah, rezeki masing-masing pun turut murah nanti. Syabas dan terus maju Hujan!

-Gua-

Jadual Uji Bakat Mentor 3, Pilih Mentor Anda Sendiri!

Keenam-enam mentor popular yang tidak asing lagi, seperti Jac, Adibah Nor, Awie, Mas Idayu, Ajai dan Lah Ahmad akan 'turun padang' ke sesi ujibakat yang bakal bermula 14 Mac hingga 4 April depan pada pukul 10 hingga 5 petang di Sri Pentas, Bandar Utama dan akan memilih sendiri seorang protege yang memenuhi kriteria mereka.
Jac

"Pada awalnya saya menolak tawaran ini kerana merasakan pengalaman saya tidaklah begitu hebat. Tetapi pihak produksi meyakinkan saya dan akhirnya saya bersetuju untuk menggalas peranan mentor. Saya ingin mencari protege yang mampu menyanyi dengan baik, tidak kiralah apa saja genre. Lelaki atau perempuan saya tidak kisah, asalkan dia mempunyai keyakinan tinggi dan mempunyai semangat untuk belajar."

Adibah Nor

"Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya mencari anak didik dan cuba bantunya berjaya dalam bidang ini. Tetapi yang penting, saya ingin cari orang yang benar-benar berbakat, boleh ditegur dan tidak 'gedik'. Dan kalau boleh, saya inginkan protege wanita. Saya ingin protege saya nanti menjadi seorang yang versatile. Tetapi jika yang saya jumpa itu hanya mempunyai kekuatan pada satu genre saja, saya terima saja dan akan fikirkan cara lain untuk jadikannya menyerlah."

Awie

"Sebenarnya, sudah dua musim saya ditawarkan untuk menjadi mentor, tetapi ketika itu jadual saya cukup padat dan hanya musim ini baru saya berpeluang untuk terima semula tawaran itu. Saya akan memilih protege wanita yang mampu menyanyikan lagu rock dengan baik. Setakat ini, hanya Ella saja penyanyi rock wanita di Malaysia dan kalau boleh saya ingin cari pelapisnya. Tetapi saya tidak menghadkan kepada rock saja, dia perlulah ada kebolehan untuk menyanyi lagu genre lain juga. Cuma, saya tetap beri penekanan kepada rock."

Mas Idayu

"Sudah lama saya saya berada dalam bidang ini dan saya rasa dengan pengalaman yang saya ada, saya boleh curahkan kepada protege saya. 'At least' nanti, kalau bakat yang dilahirkan nanti bagus, orang akan memuji inilah anak didik Mas Idayu. Saya mahu protege saya bukan saja mampu menyanyi lagu dangdut, tetapi lagu asli juga. Saya percaya, jika dia mampu menyanyi dua genre lagu ini, dia juga boleh menyanyi pelbagai genre lagu lain."

Lah Ahmad

"Saya akui pengalaman saya berbanding mentor yang lain agak kurang. Tetapi saya sahut cabaran ini dan akan cuba lakukan yang terbaik untuk protege saya kelak. Jika boleh, saya ingin mencari protege lelaki, tetapi jika sesi ujibakat nanti peserta wanita yang lebih menyerlah, tidak mustahil saya akan pilih wanita pula."

Bagi yang berminat untuk menghadiri ujibakat dan menjadi protege kepada penyanyi idola masing-masing, tarikh ujibakat itu adalah seperti berikut:

14 Mac - ujibakat mentor 1 (Jaclyn Victor)
15 Mac - ujibakat mentor 2 (Mas Idayu)
21 Mac - ujibakat mentor 3 (Lah Ahmad)
22 Mac - ujibakat mentor 4 (Adibah Nor)
28 Mac - ujibakat mentor 5 (Ajai)
04 April - ujibakat mentor 6 (Awie)

Peserta harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R serta membawa minus one lagu yang ingin dinyanyikan.

Ac Mizal: Ex-Isteri Saya Seorang Lesbian

Dalam melodi 8 Mac lalu AC Mizal ade cerita kat krew Melodi pasal bekas isteri die yang suka hubungan sejenis (lesbian la tu) dan die juga ade tunjukkan gambar2 yang diberi oleh peminat beliau yang diorang dapat dari internet, maybe diorang korek dari Friendster or Facebook. Pada pandangan MC, salah ke Shafnie bergambar sesame perempuan? jadi lepas ni Shafnie tak leh bergambar dengan sesiapa la? kalau dengan perempuan dia kata lesbian, kalau dengan lelaki? Tak tau la apa pulak dia pusing cerita. Setakat gambar shafnie balik dari keluar makan malam dan lepas gambar beramai-ramai? boleh jadik isu? korang fikir la sendiri tengok gambar tu, AC cakap Shafnie saje je menangis dalam Melodi… ingat Shafnie terhegeh hegeh kat Melodi tu ke?


Yang Shafnie perjuangkan ialah hak anak² dia dengan nafkah Rm 300 + 200 (tambahan tunggakan yg dituntut) boleh ke nak pegi enjoy sakan dengan nilai tu? AC dah lupa ke Shafnie ni kesian kat dia dulu .. .daripada Rm 300 sorang anak yg mahkamah perintahkan, Shafnie kurangkan menjadi RM 150 tapi dengan bersyarat dan dia mesti di lunaskan jika ekonomi dia stabil. Sekarang lah masanya Shafnie tuntut kembali dan 50k itu lah jumlah tunggakan selama 5 tahun yg AC tak bayar, kalau Bank pon payment kereta kita tertunggak 3 bulan kita dah kena kejar bagai nak rak dengan bank, inikan pula bayar nafkah? Shafnie memperjuangkan hak beliau yang termaktub dalam undang-undang Syariah, undang-undang ISLAM wahai AC Mizal!

(Gambar) Norman Hakim Buka Restoran?

Selepas berlakon dalam pelbagai drama dan juga filem serta menjadi model selain kontroversi yang melanda dirinya dengan Memey, kini Norman Hakim dikatakan membuka sebuah gerai atau restoran Western Taste di sekitar kawasan Ukay Perdana. Benar atau tidak belum ada jaminan dari penulis samaada restoran ini miliknya atau peminatnya atau pun juga kebetulan. Namun signboard ini mungkin dapat menjelaskan segala-galanya terhadap tuduhan ini.

(Gambar) Kenali Isteri-isteri Arits Pelawak

Mereka ni memang ditakdirkan buat lawak jer dalam drama mahupun filem. Dan lawak mereka sentiasa menghiburkan di mata peminat. Namun tahukah anda, disebalik rahsia mereka ini, ada udang di sebalik mee rupanya, iaitu isteri tercinta mereka. Mari kita lihat gambar mereka di bawah ini ketika berada di final Raja Lawak musim ke-3, betapa bahagianya mereka berada di suami yang tersayang..


(Gambar) Nurul Alis Posing Tunduk

Nurul Alis Aidil Akhbar atau nama pinangan popularnya, Kiki, bukan sahaja penyampai berita RTM yang serba boleh malah boleh menampilkan gaya yang berstyle ala-ala seorang pemodel. Terkini seorang ibu atau mama hot ini merupakan finalis bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular untuk anugerah ABPBH 2008 yang dicalonkan pada tahun 2008.

(Indonesia) Kiki Fatmala Marah Babak Panas Saipul Jamil

Saipul Jamil dan Kiki Fatmala pada mulanya melakonkan aksi panas yang tidak keterlaluan spontan untuk dirakam secara amatur dalam pembuatan filem pendek. Namun Saipul mengambil kesempatan (sikit-sikit aja dong) ke atas diri Kiki, lalu Kiki mula naik marah dengan cara Saipul berkenaan. Saksikan video di bawah ini..

(Gambar) Sharifah Amani Temui Cinta Baru?

Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya sememangnya gadis pelakon yang comel dan cute. Namun dalam pada masa yang sama memang banyak timbul kontroversi melibatkan artis ini. Dahulu dia sanggup di botakkan rambut kerana bayaran dalam sebuah lakonan dan tidak menghiraukan tentangan dari para-para ulama. Itu kisah dahulu. Tapi sekarang, mungkinkah Amani sudah bertemu dengan cinta barunya, seorang artis lelaki juga namun kureng terkenal di kalangan orang ramai, iaitu Samuel Rizal. Mereka ditemui ketika majlis pelancaran Filem Sayang You Can Dance baru-baru ini.

Radhi Mahu Cabar ex-Isteri di Mahkamah

"SAYA yang cabar dia pergi ke mahkamah." Itulah pengakuan vokalis OAG, Mohd. Radhi Razali, 32, kepada Shazlin Sharif berhubung punca pergolakan rumah tangganya yang sudah berlarutan sejak lebih setahun lalu.

Menurut Radhi, ketika pertengkaran hebat berlaku antaranya dengan isteri, dia telah terlepas cakap dengan mencabar isterinya, iaitu satu tindakan yang dia sendiri kesali.

"Biasalah bila tengah 'panas', saya ada cabar dia. Mungkin sebab itu dia terus ke mahkamah dan membuat tuntutan fasakh.

"Tetapi saya masih sayangkan dia dan kalau boleh saya tak mahu berpisah dengannya," tuturnya tanpa mahu berselindung.

Ini adalah penjelasan pertama Radhi setelah sekian lama mendiamkan diri dan tidak bercakap dengan pihak media yang 'mengejar'nya bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung masalah rumah tangganya yang tiada titik noktah.

Radhi sebagai defendan kes itu juga gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sebanyak empat kali bagi mendengar permohonan yang dibuat oleh isterinya.

Mahu membela diri, menurut Radhi, dia mempunyai alasan kukuh kenapa tidak muncul di mahkamah.

"Selain sibuk dengan kerja, saya tak pergi mahkamah kerana tidak pernah mendapat sapina yang meminta saya hadir ke mahkamah. Kalau tak ada surat itu, kiranya saya tak diwajibkan hadir," katanya.

Selain itu, menurut Radhi, dia tidak mempunyai kekuatan untuk ke mahkamah memandangkan masih menyayangi isterinya dan berharap agar tidak berlaku perceraian antara mereka.

"Mungkin isteri saya tersilap isi borang untuk meminta saya hadir ke mahkamah. Lagipun bukan saya yang pinta perceraian itu," jelasnya.

Tambah Radhi, sebelum ini mereka pernah dinasihatkan supaya berbaik semula memandangkan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Mohd. Rifdhi Muslim, 4 tahun.

Namun, dengan wajah kesal, Radhi memberitahu, sehingga kini dia tidak berkesempatan untuk bertentang mata dengan isterinya untuk berbincang hal berkenaan secara serius.

"Kami telah berpisah dan tidak tinggal sebumbung sejak 15 bulan lalu. Sehingga kini saya tak dapat nak jumpa dia untuk selesaikan masalah kami. Tetapi nafkah anak, tetap saya jaga.

"Bila masalah ini sudah dibawa ke mahkamah, satu saja yang saya harapkan. Saya harap agar mahkamah mengeluarkan perintah supaya kami tinggal bersama di rumah saya, bukan di rumah keluarga isteri.

"Selama ini saya tak kisah, mungkin dia mahu belajar tentang hal rumah tangga dengan ibunya, tetapi saya rasa kami kena tinggal sendiri. Saya kahwin kerana dia. Jadi, dia perlu percaya dan memahami kehidupan artis seperti saya.

"Pernah sekali saya cuba praktis di rumah untuk lafaz cerai, tapi setiap kali saya nak ungkap perkataan itu, saya tak sanggup dan tak mahu kehilangannya," ujar Radhi lagi.

-kosmo-