Pada:
Isnin, 23 Mac 2009
Tubuh pelakon ibunda Aline di dalam sinetron Wulan itu ditemui dalam keadaan tanpa pakaian. Mayatnya ditemui di bilik oleh anak keduanya, Ahmad Sutrisno pada pukul 11.30 pagi. Ahmad yang sudah siap untuk ke sekolah hairan kerana belum bertemu ibunya.
"Sebelum meninggal, terjadi kerosakan pada alat kelamin korban, sudah rosak dan di robek. Ada cairan sperma kering," kata petugas HCM yang enggan disebutkan namanya di HCM, Jakarta Pusat, Rabu (11/3/2009) - detiknews.com
Apabila dibuka pintu bilik tidur, Ahmad terkejut melihat ibunya berbujur tanpa pakaian di atas katil dengan kesan luka di kepala.
Pesuruhjaya Polis Metro Jaya, Zulkarnain Adinegara berkata, setakat ini enam orang telah dipanggil bagi diambil keterangan. Berdasarkan kenyataan Ahmad, katanya, Hanny ada di datangi tiga lelaki pada pukul 10 malam kejadian dan polis sedang menyiasat kemungkinan mereka terlibat dalam kejadian itu.
Hingga kini, ujar beliau, polis belum mempunyai suspek pembunuhan janda beranak tiga itu.
-Utusan-
Tag : Artis Indonesia



