3 Artis 'Kontroversi' Jayakan Kelab POP
Azwan Ali Bangga Dapat 250 Juta Pelawat ke Blognya
Ha....TERJOJOL lah BIJIK BIJIK MATA MUSUH MUSUH AZWAN ALI kan???? Bila BLOG NO 1 DUNIA SENI HIBURAN NEGARA ni TERUS mendapat SAMBUTAN HANGAT....walaupunnnnnnnnnnnnnn ADA YANG DAKWA .....BLOG ni dah HAUSS !!!!!
Hauus TAK HAUSS..............EH HELLO???? Dah PUN CECAH 250,000 JUTA PELAYAR wokay???? DI ULANGI???? 250,000 JUTA....JUTA PELAYAR !!!! AKU BUKAN BUDAK BINGAI tak HABIS SEKOLAH......ini BAHASA AZWAN ALI jer.....PAHAM???? 250,000 ribu .....tetapi DENGAN SENGAJA aku PANGGIL.....'250,000 JUTA'......!!!!
SALAH KER???? SUKA hati aku lah.....SAJE SAJE BEDAH ooi....UNTUK SEMARAK KAN SEMANGAT SI LASER NO 1....DIVA PALING GEBUSS pastinya???? AZWAN ALI.....macam lah aku ni TAK SEKOLAH kan???? RIBU dengan JUTA pun AKU TAK TAHU???? EXCUSE ME.......u juzz got the wrong number wokay????
MAIS: Lagu Agnes Monica di Haramkan
Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.
"Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica.
Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.
"Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik lagu ini secara senyap memesong keimanan dan akidah," kata Mohamad Adzib.
Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.
"Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya.
-Bernama-
Anak Riezman Khuzaimi Dibedah akibat Gegeran
Ruzain sudah lebih sepuluh hari dimasukkan ke wad. Pada mulanya Riezman dan Kartina menyangka keadaan anak mereka yang kerap muntah selepas diberikan susu dan mengalami ketegangan berpunca daripada masalah bronkitis yang pernah dialami sebelum ini. Justeru, mereka terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa Ruzain perlu dibedah segera kerana terdapat darah beku yang perlu dikeluarkan di kepalanya. Keadaan ini disyaki berpunca daripada gegaran ataupun goncangan yang kuat.“Jika sekarang ini badannya kelihatan berisi, sebelum ini berlebih-lebih lagi. Syukurlah Ruzain kini sudah kembali aktif tetapi dia masih tidak mahu makan. Tidurnya juga tidak nyenyak dan sering tersentak, mungkin akibat trauma,” ujar Kartina yang jelas sugul dengan tragedi yang menimpa keluarganya itu.
Kini, dia dan Riezman menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa.
Apa pun, pasangan ini sempat melahirkan rasa terharu kerana ramai rakan termasuk di kalangan artis sudi meluangkan masa untuk datang melawat dan memberikan sokongan. Antaranya Deja Moss, Ahmad Idham serta Den Wahab dan isteri.
Dalam pada itu, Riezman bercadang untuk membawa pulang Ruzain buat sementara waktu bagi menyempurnakan kenduri kesyukuran yang dirancang secepat mungkin.
Kenduri itu bakal berlangsung di rumah baru mereka yang terletak di Kemensah, Ulu Kelang sebagai tanda memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
-Sinarharian-
(Indonesia) Yasmine Leeds Wildblood Memiliki Breast Besar?
Ulang Tahun Jasmine Leeds Wildblood ke-16 baru-baru ini berlangsung penuh dengan aksi kejutan yang diberi pihak keluarga. Di usia yang masih muda ini, Jasmine mengakui bakal serius memantapkan hidup, mulai dari single sehingga ke pencarian pacar. Jadi anda lihatlah koleksi photo beliau yang pernuh dengan keriangan.










(Gambar) Noni AF5 Yang Comel
SPM: Diana Danielle 2A, 5B
Pelajar Sekolah Menengah Sri Inai, Hulu Klang itu memperoleh dua A dalam amata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan lima B membabitkan mata pelajaran Sains dan Teknologi, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Geografi.Ketika dihubungi, ibunya Norsiah Ramli memberitahu walaupun keputusan diterima Diana boleh dianggap memuaskan, namun pelakon utama drama bersiri Janji Diana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya itu.
“Sebaik menerima keputusan itu, dia kecewa kerana tidak dapat mencapai apa yang disasarkan. Mengikut daripada pencapaian peperiksaan percubaan dia memperoleh lima A.
Bagaimanapun, peperiksaan percubaan tidak sama dengan SPM sebenar dan saya sebagai ibu tetap bersyukur kerana dia sudah melakukan yang terbaik,” katanya.
Tambah Norsiah lagi, sebaik menerima keputusan itu dia berpuas hati kerana ketika berhadapan persiapan untuk menghadapi peperiksaan sebelum ini, Diana sibuk di lokasi penggambaran.
(Indonesia) Pelakon Wulan, Hanny Mati diBunuh
Tubuh pelakon ibunda Aline di dalam sinetron Wulan itu ditemui dalam keadaan tanpa pakaian. Mayatnya ditemui di bilik oleh anak keduanya, Ahmad Sutrisno pada pukul 11.30 pagi. Ahmad yang sudah siap untuk ke sekolah hairan kerana belum bertemu ibunya.
"Sebelum meninggal, terjadi kerosakan pada alat kelamin korban, sudah rosak dan di robek. Ada cairan sperma kering," kata petugas HCM yang enggan disebutkan namanya di HCM, Jakarta Pusat, Rabu (11/3/2009) - detiknews.com
Apabila dibuka pintu bilik tidur, Ahmad terkejut melihat ibunya berbujur tanpa pakaian di atas katil dengan kesan luka di kepala.
Pesuruhjaya Polis Metro Jaya, Zulkarnain Adinegara berkata, setakat ini enam orang telah dipanggil bagi diambil keterangan. Berdasarkan kenyataan Ahmad, katanya, Hanny ada di datangi tiga lelaki pada pukul 10 malam kejadian dan polis sedang menyiasat kemungkinan mereka terlibat dalam kejadian itu.
Hingga kini, ujar beliau, polis belum mempunyai suspek pembunuhan janda beranak tiga itu.
-Utusan-
Mawi Bawa Ekin Pergi Berbulan Madu di Sepanyol?
Mungkinkah ia merupakan destinasi 'honeymoon' kedua pasangan ini setelah pertama kali berbulan madu di Korea Selatan pada Januari lalu?
"Kami ke sana bukan untuk berbulan madu. Sebenarnya, saya akan menyambung semula program Langkah Mawi terbitan Mawi World dan destinasi pertama yang akan kami pergi ialah Sepanyol."Jadi, sudah tentu saya akan bawa Ekin bersama. Tetapi kami ke sana lebih di atas dasar kerja.
"Saya baru saja tamat menjalani penggambaran filem Magika dan ketika ini sedang terlibat dengan teater Sirah Junjungan. Selepas habis teater itu nanti, saya akan tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap projek Langkah Mawi ini," kata Mawi yang ditemui pada rakaman program Kelab Pop di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, semalam.
-Mstar-
Rozie Othman Bertudung Tapi Pakai Baju


Jaafar Onn Mahu Pergi Umrah Jun 2009
Menurut Jaafar, pemergiannya ke sana juga untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana mengabulkan doanya untuk melakonkan wataknya sendiri dalam drama 13 episod, Chef Jo, terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

Mengenai hasrat ke Makkah, kata Jaafar, dia bersyukur kerana hajatnya termakbul dan semua itu juga secara kebetulan apabila bertemu Siti Murni Datuk Sheikh Ahmad dan suaminya, Mohamad Ismail dari Al-Amin Travel Management & Services Sdn Bhd.
"Siapa tahu selepas ini setiap tahun saya akan mengerjakan umrah. Dengan usia yang kian lanjut, tiba masa mendekatkan diri dengan Allah. Insya-Allah selepas balik mengerjakan umrah, saya bercadang menunaikan fardu haji pula.
"Oleh itu saya turut menjemput semua peminat menyertai Pakej Umrah Bersama Jaafar Onn, 8 hingga 20 Jun ini, pada harga berpatutan. Mereka yang berminat boleh hubungi pembantu saya, Ahmad di talian 012-3062291," katanya.
Sebagai persediaan ke sana, Jaafar membaca buku panduan umrah dan haji serta bertanya kawan yang sudah mengerjakan umrah terlebih dulu.
-myMetro-
(Indonesia) Gambar Kekasih Titi Kamal

Hujan Jadi Duta Kereta Perodua Myvi
Di ambang menjayakan jelajah sulung mereka ke Indonesia bulan ini, sebelum bertolak tempoh hari Hujan dikurniakan dua biji kereta Myvi model terkini, selaku duta indie yang pertama buat kereta Perodua itu. Sifu rock tanahair, M.Nasir, telah dimartabatkan sebagai selebriti tanahair pertama menjadi duta rasmi Myvi.
Kedua-dua buah kereta itu kini dipakai oleh Noh dan Am, drummer Hujan yang menjadi anggota terawal kumpulan itu bersama Hang Dimas tiga tahun lepas. Mereka turut mendapat sebanyak RM200,000 wang tunai sebagai bonus menandatangani kontrak ‘endorsement’ selama setahun.Dikhabarkan teman-teman terdekat Noh, bahawa disebalik silap faham dan buruk sangka terhadapnya di kanta mata umum, dia ni memang rajin bersedekah. Sekali bagi, 10 riya, 20 riya. Di kediaman sementaranya di kondominium Prima 16, Petaling Jaya yang dikongsi bersama bassis Hujan, Jaja, Noh juga biasa menapau berbelas-belas bungkusan teh ais untuk para pak guard Myanmar yang bertugas mengawal kondo itu.
Untuk kita, usah cemburu, sebaliknya jadikannya sebagai satu contoh, insya Allah, rezeki masing-masing pun turut murah nanti. Syabas dan terus maju Hujan!
-Gua-
Jadual Uji Bakat Mentor 3, Pilih Mentor Anda Sendiri!

Jac
"Pada awalnya saya menolak tawaran ini kerana merasakan pengalaman saya tidaklah begitu hebat. Tetapi pihak produksi meyakinkan saya dan akhirnya saya bersetuju untuk menggalas peranan mentor. Saya ingin mencari protege yang mampu menyanyi dengan baik, tidak kiralah apa saja genre. Lelaki atau perempuan saya tidak kisah, asalkan dia mempunyai keyakinan tinggi dan mempunyai semangat untuk belajar."
Adibah Nor
"Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya mencari anak didik dan cuba bantunya berjaya dalam bidang ini. Tetapi yang penting, saya ingin cari orang yang benar-benar berbakat, boleh ditegur dan tidak 'gedik'. Dan kalau boleh, saya inginkan protege wanita. Saya ingin protege saya nanti menjadi seorang yang versatile. Tetapi jika yang saya jumpa itu hanya mempunyai kekuatan pada satu genre saja, saya terima saja dan akan fikirkan cara lain untuk jadikannya menyerlah."
Awie
"Sebenarnya, sudah dua musim saya ditawarkan untuk menjadi mentor, tetapi ketika itu jadual saya cukup padat dan hanya musim ini baru saya berpeluang untuk terima semula tawaran itu. Saya akan memilih protege wanita yang mampu menyanyikan lagu rock dengan baik. Setakat ini, hanya Ella saja penyanyi rock wanita di Malaysia dan kalau boleh saya ingin cari pelapisnya. Tetapi saya tidak menghadkan kepada rock saja, dia perlulah ada kebolehan untuk menyanyi lagu genre lain juga. Cuma, saya tetap beri penekanan kepada rock."
Mas Idayu
"Sudah lama saya saya berada dalam bidang ini dan saya rasa dengan pengalaman yang saya ada, saya boleh curahkan kepada protege saya. 'At least' nanti, kalau bakat yang dilahirkan nanti bagus, orang akan memuji inilah anak didik Mas Idayu. Saya mahu protege saya bukan saja mampu menyanyi lagu dangdut, tetapi lagu asli juga. Saya percaya, jika dia mampu menyanyi dua genre lagu ini, dia juga boleh menyanyi pelbagai genre lagu lain."
Lah Ahmad
"Saya akui pengalaman saya berbanding mentor yang lain agak kurang. Tetapi saya sahut cabaran ini dan akan cuba lakukan yang terbaik untuk protege saya kelak. Jika boleh, saya ingin mencari protege lelaki, tetapi jika sesi ujibakat nanti peserta wanita yang lebih menyerlah, tidak mustahil saya akan pilih wanita pula."
Bagi yang berminat untuk menghadiri ujibakat dan menjadi protege kepada penyanyi idola masing-masing, tarikh ujibakat itu adalah seperti berikut:
14 Mac - ujibakat mentor 1 (Jaclyn Victor)
15 Mac - ujibakat mentor 2 (Mas Idayu)
21 Mac - ujibakat mentor 3 (Lah Ahmad)
22 Mac - ujibakat mentor 4 (Adibah Nor)
28 Mac - ujibakat mentor 5 (Ajai)
04 April - ujibakat mentor 6 (Awie)
Peserta harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R serta membawa minus one lagu yang ingin dinyanyikan.
Ac Mizal: Ex-Isteri Saya Seorang Lesbian



Yang Shafnie perjuangkan ialah hak anak² dia dengan nafkah Rm 300 + 200 (tambahan tunggakan yg dituntut) boleh ke nak pegi enjoy sakan dengan nilai tu? AC dah lupa ke Shafnie ni kesian kat dia dulu .. .daripada Rm 300 sorang anak yg mahkamah perintahkan, Shafnie kurangkan menjadi RM 150 tapi dengan bersyarat dan dia mesti di lunaskan jika ekonomi dia stabil. Sekarang lah masanya Shafnie tuntut kembali dan 50k itu lah jumlah tunggakan selama 5 tahun yg AC tak bayar, kalau Bank pon payment kereta kita tertunggak 3 bulan kita dah kena kejar bagai nak rak dengan bank, inikan pula bayar nafkah? Shafnie memperjuangkan hak beliau yang termaktub dalam undang-undang Syariah, undang-undang ISLAM wahai AC Mizal!
(Gambar) Norman Hakim Buka Restoran?


(Gambar) Kenali Isteri-isteri Arits Pelawak




(Gambar) Nurul Alis Posing Tunduk

(Indonesia) Kiki Fatmala Marah Babak Panas Saipul Jamil
(Gambar) Sharifah Amani Temui Cinta Baru?



Radhi Mahu Cabar ex-Isteri di Mahkamah
Menurut Radhi, ketika pertengkaran hebat berlaku antaranya dengan isteri, dia telah terlepas cakap dengan mencabar isterinya, iaitu satu tindakan yang dia sendiri kesali.
"Biasalah bila tengah 'panas', saya ada cabar dia. Mungkin sebab itu dia terus ke mahkamah dan membuat tuntutan fasakh.

"Tetapi saya masih sayangkan dia dan kalau boleh saya tak mahu berpisah dengannya," tuturnya tanpa mahu berselindung.
Ini adalah penjelasan pertama Radhi setelah sekian lama mendiamkan diri dan tidak bercakap dengan pihak media yang 'mengejar'nya bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung masalah rumah tangganya yang tiada titik noktah.
Radhi sebagai defendan kes itu juga gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sebanyak empat kali bagi mendengar permohonan yang dibuat oleh isterinya.
Mahu membela diri, menurut Radhi, dia mempunyai alasan kukuh kenapa tidak muncul di mahkamah.
"Selain sibuk dengan kerja, saya tak pergi mahkamah kerana tidak pernah mendapat sapina yang meminta saya hadir ke mahkamah. Kalau tak ada surat itu, kiranya saya tak diwajibkan hadir," katanya.
Selain itu, menurut Radhi, dia tidak mempunyai kekuatan untuk ke mahkamah memandangkan masih menyayangi isterinya dan berharap agar tidak berlaku perceraian antara mereka.
"Mungkin isteri saya tersilap isi borang untuk meminta saya hadir ke mahkamah. Lagipun bukan saya yang pinta perceraian itu," jelasnya.
Tambah Radhi, sebelum ini mereka pernah dinasihatkan supaya berbaik semula memandangkan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Mohd. Rifdhi Muslim, 4 tahun.
Namun, dengan wajah kesal, Radhi memberitahu, sehingga kini dia tidak berkesempatan untuk bertentang mata dengan isterinya untuk berbincang hal berkenaan secara serius.
"Kami telah berpisah dan tidak tinggal sebumbung sejak 15 bulan lalu. Sehingga kini saya tak dapat nak jumpa dia untuk selesaikan masalah kami. Tetapi nafkah anak, tetap saya jaga.
"Bila masalah ini sudah dibawa ke mahkamah, satu saja yang saya harapkan. Saya harap agar mahkamah mengeluarkan perintah supaya kami tinggal bersama di rumah saya, bukan di rumah keluarga isteri.
"Selama ini saya tak kisah, mungkin dia mahu belajar tentang hal rumah tangga dengan ibunya, tetapi saya rasa kami kena tinggal sendiri. Saya kahwin kerana dia. Jadi, dia perlu percaya dan memahami kehidupan artis seperti saya.
"Pernah sekali saya cuba praktis di rumah untuk lafaz cerai, tapi setiap kali saya nak ungkap perkataan itu, saya tak sanggup dan tak mahu kehilangannya," ujar Radhi lagi.
-kosmo-
Tiara Jacquelina dipilih Jadi Pengetua AF 7
Perubahan itu menonjolkan satu kelainan drastik kerana sepanjang penerbitan AF, belum pernah pengetua wanita dilantik untuk mengemudikannya. Ia turut mengakhiri spekulasi siapa pengetua AF7 selama ini selepas tenaga pengajar dan barisan pelajarnya diumumkan lebih awal.
Pengetua AF musim terdahulu adalah Freddie Fernandez, Ramli MS, M Nasir, Ramli Sarip dan Roslan Aziz. Pemilihan Tiara turut menepis desas-desus bahawa Dato' Sheila Majid dan Anita Sarawak akan duduk di kerusi pengetua musim ini.Di kalangan peminat hiburan, Tiara dikenali sebagai pelakon, penyanyi, produser dan usahawan. Beliau mula aktif dalam lakonan sejak 1980-an. Kemuncak pencapaian beliau ada berlakon dan menerbitkan filem serta teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM). Selain itu beliau juga menerbitkan teater Muzikal P Ramlee dengan jayanya.
Tiara yang baru kembali dari mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah selepas selesai PGLM musim ke-3 ternyata gembira dengan perlantikan itu dan berazam membimbing pelajar AF7 ke tahap cemerlang. Antara artis terkenal yang pernah digilap oleh Tiara di bawah agensinya Kit Kat Klub adalah Sofia Jane, Aida Rahim, Maria Farida dan Jay KOOL.
Tiara juga pernah merakamkan single Asmaradana ketika filem PGL ditayangkan. Hujung tahun lalu, Tiara melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Tasmania, Australia dalam bidang seni persembahan dan vokal.
Dalam Diari AF pertama yang ke udara hari ini, Tiara tampil memperkenalkan diri beliau dan membuat sesi suai kenal dengan kesemua 14 pelajar. Tiara juga memberikan taklimat kepada semua pelajar tentang misi serta perjuangan mereka dalam AF7 dan mahu AF7 menjadi program yang realiti terbaik dalam sejarah penganjurannya.
-Murai-













