Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tiara Jacquelina dipilih Jadi Pengetua AF 7

Isnin, 23 Mac 2009

Datin Seri Tiara Jacquelina dilantik sebagai pengetua bagi musim Akademi Fantasia 7 ini. Pengumuman ini dibuat oleh Astro di Jalan Dungun, Damansara, malam tadi menerusi program Diari AF7.

Perubahan itu menonjolkan satu kelainan drastik kerana sepanjang penerbitan AF, belum pernah pengetua wanita dilantik untuk mengemudikannya. Ia turut mengakhiri spekulasi siapa pengetua AF7 selama ini selepas tenaga pengajar dan barisan pelajarnya diumumkan lebih awal.

Pengetua AF musim terdahulu adalah Freddie Fernandez, Ramli MS, M Nasir, Ramli Sarip dan Roslan Aziz. Pemilihan Tiara turut menepis desas-desus bahawa Dato' Sheila Majid dan Anita Sarawak akan duduk di kerusi pengetua musim ini.

Di kalangan peminat hiburan, Tiara dikenali sebagai pelakon, penyanyi, produser dan usahawan. Beliau mula aktif dalam lakonan sejak 1980-an. Kemuncak pencapaian beliau ada berlakon dan menerbitkan filem serta teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM). Selain itu beliau juga menerbitkan teater Muzikal P Ramlee dengan jayanya.

Tiara yang baru kembali dari mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah selepas selesai PGLM musim ke-3 ternyata gembira dengan perlantikan itu dan berazam membimbing pelajar AF7 ke tahap cemerlang. Antara artis terkenal yang pernah digilap oleh Tiara di bawah agensinya Kit Kat Klub adalah Sofia Jane, Aida Rahim, Maria Farida dan Jay KOOL.

Tiara juga pernah merakamkan single Asmaradana ketika filem PGL ditayangkan. Hujung tahun lalu, Tiara melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Tasmania, Australia dalam bidang seni persembahan dan vokal.

Dalam Diari AF pertama yang ke udara hari ini, Tiara tampil memperkenalkan diri beliau dan membuat sesi suai kenal dengan kesemua 14 pelajar. Tiara juga memberikan taklimat kepada semua pelajar tentang misi serta perjuangan mereka dalam AF7 dan mahu AF7 menjadi program yang realiti terbaik dalam sejarah penganjurannya.

-Murai-

Zarina An Julie Bergaduh Dalam Tandas

Tak habis-habis si Anju ni wat kontroversi MC rasa dah malas nak tulis pasal die ni…dalam Melodi semalam ada tunjuk pasal si Anju lebam lebam kene belasah dek pelakon (pelakon tu minah saleh celup), Insiden ni berlaku masa Si Anju ni tengah sedap sedap megutuk pelakon lagi sorang tu kat dalam tandas di sebuah kelab malam di Jakarta, tapi dia tak sedar yg pelakon tu ada kat situ.hehehe lepas tu jadilah adegan tumbuk menumbuk dan cakar mencakar serta adegan biasa kalau perempuan bergaduh tarik rambut la…biasalah masa sedap mengumpat tak sedar tuannya diri ada kat situ…si pelakon tu di katakan antara orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar tak elok si Anju di internet…sape la pelakon tu ek?


Liena Hangat Sah bergelar isteri Mohd. Zaipul

Setelah empat tahun hidup bersendirian, penyanyi Liena Hangat kini isteri kepada Mohd. Zaipul Bahri Ghazali, selepas selamat diijabkabulkan di Masjid Negara (8/3).
Berwalikan bapa Liena, Abdul Rahman Ahmad, 66, pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Abdullah Hashim dengan mas kahwin RM404.

Dengan sekali lafaz, Liena atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 37, dan Zaipul, 35, sah menjadi suami isteri tepat pukul 10.45 pagi. Pasangan mempelai kelihatan berseri mengenakan busana sedondon rona putih.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi penyanyi yang popular dengan lagu Ceria Dalam Gundah itu setelah berjaya menuntut fasakh daripada bekas suaminya, Muhammad Jamal Deluloy Abdullah pada Ogos tahun lalu.

Pada majlis itu, rombongan lelaki membawa sembilan dulang hantaran antaranya wang hantaran RM22,000 termasuk RM15,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN), sirih junjung, tas tangan dan kasut berjenama Louis Vuitton, produk penjagaan wajah serta senaskhah al-Quran.

Liena membalas dengan 11 hantaran termasuk sirih junjung, kasut, kek, tali pinggang serta jam tangan dan minyak wangi Mont Blanc.

Ketika ditemui, pasangan itu memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar. Inilah yang kami mahu, semuanya sederhana dan tidak berlebihan. Harap-harap perkahwinan kami diberkati selamanya,” kata Liena.

Majlis persandingan khusus untuk rakan-rakan artis, media dan keluarga terdekat diadakan malam ini bertempat di restoran Bora Ombak, Ampang, Selangor.

Majlis resepsi keluarga Liena bakal diadakan pada 14 Mac ini di kediaman mereka di Skudai, Johor, manakala bagi pihak Zaipul pula akan berlangsung di Kelantan pada 21 Mac ini.

-utusan-

Arni Nazira (Ex-Bini Awie) Kahwin 11 April

Penyanyi dan pelakon, Arni Nazira Anuar,31, bakal menamatkan zaman solonya apabila dijadual melangsungkan pernikahan dengan seorang rakan sekolahnya pada 10 April ini.

Sumber rapat keluarga bakal suaminya memberitahu Kosmo!, majlis resepsi akan diadakan di rumah lelaki pada 11 April dan disusuli dengan majlis di pihak Arni pada keesokan hari.

Katanya, Arni mengenali bakal suaminya yang masih bujang dan seorang kontraktor sejak di bangku sekolah lagi.

"Persiapan akhir sudah dibuat termasuk menempah pakaian untuk hari perkahwinan mereka nanti.

Kad jemputan pula akan diedarkan tidak lama lagi,'' katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Arni pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi rock, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 41, pada 10 Disember 1998 namun berpisah pada 16 Oktober 2007.

(Indonesia) Gambar Seksi Acha Septriasa?

Lama kita tidak mendengar khabar dan berita mengenai artis comel dari Indonesia ini, yang terkenal dengan lakonannya bersama Irwansyah. Terbaru mengikut sumber lokal, dia kelihatan sungguh seksi dan menghairahkan apabila melihatnya tambahan lagi dia kaki merokok, mungkin ini hadiah gambar kepada peminatnya di Malaysia.


Riz AF6 Miliki Kereta BMW 320i

Baru melangkahkan kaki keluar daripada Akademi Fantasia 6 (AF6) setahun lepas lantas cuba memperjudikan diri demi bergelar anak seni, namun Riz dilihat sudah memandu kereta mewah.

Pasti ada yang terkejut melihat anak muda berusia 24 tahun itu memegang stereng kereta mewah BMW 320i walaupun bakat serta kredibilitinya sebagai insan seni di negara ini masih terlalu mentah untuk dibicarakan.

Lantaran itu, timbul gosip nakal yang mengaitkan dia ditaja oleh individu tertentu lebih-lebih lagi undangan nyanyiannya yang diperolehi tidaklah sekencang ibarat penyanyi popular lain.

Maka tidak hairanlah apabila dia mampu hidup mewah dalam sekelip mata, tanpa perlu bersusah payah berbanding dengan kesukaran yang dijalani oleh anak seni lain yang baru melibatkan diri dalam dunia seni.

Riz bagaimanapun menyedari dirinya diperhatikan masyarakat yang meragui kemampuan dirinya memiliki kereta mewah.

Justeru, Riz mengaku memang benar dia memandu kereta import yang disifatkan boleh tahan harganya di pasaran.

"Sebenarnya saya beli kereta ini daripada komposer terkenal, Ajai beberapa bulan yang lalu. Ia merupakan kereta terpakai.

"Kereta ini saya beli dengan harga tidak sampai RM200,000, tetapi saya tidak mahu cakap lebih lanjut tentang harga sebenar yang saya bayar untuk beli kereta ini dengan hasil titik peluh saya selepas digelar naib juara AF6.

"Saya sedar orang ramai berprasangka buruk dengan pembelian kereta mewah ini, sedangkan saya masih baru sahaja memulakan kerjaya sebagai artis dan tawaran pertunjukan pentas tidaklah lebat dalam setiap bulan.

"Pernah terdengar jugalah kononnya saya dibela oleh sugar mummy, malah ada juga yang mengaitkan saya ditaja sugar daddy.

"Memang kelakar rasanya apabila saya terdengar tohmahan yang tidak berasas sama sekali ini," katanya sambil tertawa semasa ditemui dalam majlis pra dengar album pertamanya, Bermula Semula di Maestro Talent & Management Sdn. Bhd., di Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

-Kosmo-

(Indonesia) Video Porno Dhea Imut

Satu video lucah amatur dikatakan kelihatan seperti Dhea Imut, sedang hangat diedarkan dalam internet atau blog-blog murahan. Lihat video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang video berkenaan yang bertajuk, Dhea Imut skandal. Dalam amatan dan pendapat penulis (selepas melihat video) sepertinya gadis pada video itu bukanlah Dhea Imut. Jadi anda tentukanlah kebenaranya.


Antara Dua Darjat: Artis dan Insan Miskin

Artikel ini berkaitan kisah hidup yang dialami oleh seorang insan miskin dan juga seorang artis bertaraf mewah yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Lihatlah betapa adilnya dunia zaman sekarang, yang miskin di tindas, yang kaya di puja-puja demi wang semata-mata.

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi VS Diana Danielle


Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.

Kes 2



Pelakon Diana Danielle Danny Beeson , 19, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada bulan disember 2008.

Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan, dan dia akan melaporkan diri pada 19 mac 2009.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana..

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari 2009.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN. Malahan dia dan 3 artis yang lain, Suki dan Aliff Satar mahu mereka masuk dalam program realiti di 8TV yang akan menayangkan gelagat mereka di sana.

Nora Danish Bakal Miliki Kedai Bunga

Kini, selepas dua bulan berehat, Nora bersedia untuk kembali memeriahkan persada seni.

Akan memulakan penggambaran drama dengan beberapa produksi bermula April depan, kata Nora, kali ini dia harus lebih selektif terutama dari segi masa kerana tidak mahu masanya bersama Raiqal terabai.

Jelas Nora: "Saya harus memilih watak dan lokasi penggambaran yang hanya memerlukan saya berada di sekitar Kuala Lumpur.

"Buat masa ini saya bimbang dan tidak sanggup untuk berjauhan dengan Raiqal. Dia umpama udara saya untuk bernafas dan jantung saya untuk terus berdegup."

Selain akan mula aktif dalam bidang lakonan, satu impian besar yang ditanam tetapi tertangguh sejak tahun lalu ialah Nora ingin memiliki sebuah kedai bunga.

"Sekarang saya sedang mencari lokasi yang sesuai untuk memulakan perniagaan ini," katanya yang sudah memikirkan konsep penjualan dan penghantaran bunga yang akan dilakukannya.

(Video) Trailer Movie Saus Kacang

Sebelum kita tonton filem ini, jom kita tengok dulu trailer atau rangkuman padat yang telah diolah. Sebuah filem komedi romantik atau romantis lakonan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari aka BCL. Marsha Londoh pun juga turut berlakon dan Bams pun ada dalam filem ni. Pasti tonton ya dong!


(Gambar) Pelakon Ramona Nana Tanjung Pesta di Clubbing

Biasalah, nama pun artis. Kalau tidak berclubbing, tak kelas gitu. Pelakon Nana Tanjung, Ros Ramona Qadira Binti Mohd Roslan @ Zamzam, atau lebih mesra dipanggil Ramona Zamzam juga tidak ketinggalan bersantai gembira bersama teman hotchick-nya. Kepada yang tidak mengenali dirinya, beliau memakai baju warna purple. Tapi ianya agak curious, siapakah gerangan 2 hotchick di sebelahnya? Marvellous beb!










Ziana Zain Disahkan Hamil anak Kembar

Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain, 40, hari ini memberitahu beliau kini hamil tiga bulan dan kandungannya disahkan kembar.

Penyanyi yang popular dengan lagu Menadah Gerimis itu berkata, dia cukup teruja dan tidak menyangka akan mendapat anak kembar.


“Saya juga sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menimang cahaya mata dan ini semua adalah rezeki daripada Allah,” jelasnya dalam nada gembira ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ziana tidak menolak kemungkinan rezeki mengandung anak kembar mewarisi keturunan sebelah ibunya, Robiah Abdul yang juga merupakan pasangan kembar.

“Buat masa ini, semuanya berjalan lancar dan tentang simptom seperti mabuk dan lemah badan, itu perkara yang memang saya tidak boleh elak. Walaupun sudah tiga kali hamil, saya tetap mengalaminya,” ujar pelakon filem Sembilu itu.

-utusan-

Aqasha Dan Wany Omar Bercinta?

Berpeluk erat nampak Aqasha dengan seorang pelakon baru bernama Wany Omar, ada apa-apa ke? Wany Omar adalah pelakon yang bersama-sama berlakon dengan Aqasha dalam drama Bicara Cinta di’Astro. Dalam drama tersebut, Wany Omar melakonkan watak sebagai adik Aqasha, eh cinta lokasi’kah Aqasha?

Wany dahulunya juga pernah berlakon dalam drama Graduan & Lima. Nampaknya hubungan cinta lokasi Aqasha & Wany makin erat agaknya, lihat’lah gambar mereka berdua, bukan main mesra lagi. Mana-mana wartawan yang terbaca artikel ini, sila ambush Aqasha ya!

Mila dituduh Simpan Sugar Daddy

Pengunduran Mila dari MC Voices & Stars Sdn Bhd (MCV) sebagai ahli lembaga pengarah syarikat yang membantu kerjaya seninya itu, sudahpun berlalu lebih setahun lalu.

Pengunduran tersebut dibuat kerana Mila mahu lebih fokus mengendalikan syarikat barunya iaitu LuvMila Corporation bagi mengelakkan konflik kepentingan antara syarikat. Namun, dalam tempoh itu masih ada pihak yang mengaitkan penyanyi kecil molek itu dengan bekas rakan niaganya, Bernard Cheah.

Ada yang mengaitkan Bernard adalah Sugar Daddy kepada Mila. Malah ada juga yang membuat andaian bahawa pengunduran penyanyi itu kerana berlakunya perselisihan faham antara dia dan Bernard.


Temubual Eksklusif

Orang masih bergosip Bernard adalah sugar daddy Mila. Komen Mila?

Mila: Dah puas Mila bagi tahu kepada semua siapa dia. Mila tak berselindung dan Mila tak pernah berselindung. Malah mak dan ayah Mila pun kenal siapa Bernard.

Macam mana isu ini boleh timbul lagi?

Mila: Sebenarnya orang salah sangka. Ia bermula apabila Bernard terbabit dalam pembikinan klip video Aku Lebih Tahu dan Ilham Di Matamu. Ketika itu Mila masih bersama MCV tapi sekarang tidak lagi kerana Mila sudah keluar dari MCV dan menguruskan LuvMila Corporation. Tapi Bernard masih lagi aktif menguruskan album bersama Maestro.

Bagaimana Mila menghadapi tanggapan dan andaian ini?

Mila: Isu ini timbul apabila cerita yang disampaikan tidak tepat. Dari individu A dan kemudian B, sudah tentu tanggapannya jadi lain. Mereka hanya buat andaian sendiri, jadi timbullah isu Sugar Daddy ini.

Adakah Mila mahu terus dikaitkan dengan isu Sugar Daddy ini?

Mila: Kalau Mila ada Sugar Daddy, tak payahlah Mila kerja penat. Kerja siang malam, show sana-sini. Mila malas nak jawab sebab bagi Mila perkara ini sudah lama berlalu.

Ada juga yang mengaitkan hubungan cinta Mila dan Ebi sebenarnya untuk menutup gosip Sugar Daddy ini. Betul ke?

Mila: Mila akui, Mila dan Ebi memang kawan baik. Sebenarnya, tidak menjadi isu kehadiran Ebi untuk menutup cerita Sugar Daddy Mila itu.

Bagaimana pula bagi pihak Bernard berhadapan dengan isu ini?

Mila: Isteri Bernard pernah memberitahu Mila sendiri untuk datang ke Kuala Lumpur dan bercadang untuk mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara ini. Tapi masing-masing nampaknya sibuk.

Bagaimana pula perasaan keluarga Mila apabila melihat isu ini masih berlarutan?

Mila: Mak dan ayah Mila berpesan supaya Mila banyak bersabar, sebab kata mereka kalau Mila nak melenting sekalipun, tiada sebab dan faedahnya. Kita tak mampu nak tutup mulut orang. Syukurlah keluarga banyak menyokong Mila, kalau tidak mungkin boleh sakit jiwa juga.

Bagaimana Mila mengenali Bernard?

Mila: Sudah lebih 5 tahun Mila mengenali Bernard. Dulu ayah Mila bermain muzik di lounge sebuah hotel dari situ mereka dipertemukan. Isterinya juga rapat dengan keluarga Mila dan sering datang ke Malaysia dan bertemu kami. Pendek kata kami seperti sebuah keluarga.

Dengan timbulnya isu ini, bagaimana hubungan Mila bersama Bernard dan keluarganya?

Mila: Apa yang boleh kami lakukan hanya bersabar dan jika ada urusan kerja, kami jalankannya secara profesional. Dia kerap bertemu keluarga Mila bersama isteri dan 2 orang anaknya.

Kata-kata terakhir Mila mengenai gosip ini?

Mila: Perkara seumpama ini lumrah hidup artis, orang boleh buat pandangan sendiri. Mila percaya, lagi banyak orang kata, lagi banyak rezeki akan datang kepada Mila.

-Murai-

Gambar Nubhan Dan Stacy

Dimana ada Stacy, disitu lah juga ada Nubhan. Tak tahu lah kalau dorang ni tengah bercinta, tapi tengok dari sudut agama, agaknya memang susahlah bagi Nubhan. Stacy pun comel dan juga seksi.



Azwan Ali Bakal disingkir Mengacara Jangan Tidur Lagi'?

Azwan berkata setakat ini dia belum mendengar kata putus daripada pihak TV3 sama ada hal tersebut akan berlaku namun setakat ini dia belum mendapat apa-apa notis daripada TV3.

Kumpulan 'muka pecah pintu' Juarai Raja Lawak 3

Sorakan dan tepukan daripada penonton Gelanggang Raja Lawak Astro musim ketiga peringkat akhir di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, (6/3) malam tadi telah membuktikan yang kumpulan Sepah memang layak bergelar juara.

Kemenangan Sepah sekaligus menepati ramalan ramai pihak termasuklah pihak juri lebih-lebih lagi apabila undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berpihak kepada tiga jejaka berasal dari Johor iaitu Shahmira Muhamad atau Shuib, 24; Mohd. Nadzri Zainal atau Jep, 23, dan Mohd. Noor Murad atau Mamat, 23.


Sepah yang mengutip undian sebanyak 48.12 peratus berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta jenama Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.

Menurut pelakon dan pengarah teater, Fauziah Nawi selaku pengkritik tetap program ini, dia memang nampak kesungguhan yang dipamerkan oleh Sepah pada malam ini seolah-olah bersetuju dengan kemenangan kumpulan yang pernah digelarnya sebagai ‘muka pecah pintu’ itu.


“Saya juga menyukai persembahan Sepah yang konsisten pada setiap minggu. Namun, saya memang tidak sangka dengan persembahan mereka pada malam ini.

“Mereka juga menunjukkan lawak yang semulajadi,” ulasnya yang turut meminta maaf kepada kumpulan tersebut termasuk keluarga dan peminat mereka secara langsung di dalam program itu.


Dalam pada itu, peserta wanita pertama yang layak ke peringkat akhir, Nuur Jihan Musa atau Jihan, 25, dinobatkan sebagai naib juara selepas berjaya meraih undi sebanyak 30.82 peratus.

Dengan kemenangan itu, Jihan turut tidak pulang dengan tangan kosong kerana sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro menjadi miliknya.

Sementara Mohd. Amirullah Azmi atau Amir yang dianggap sebagai peserta yang tidak layak memasuki peringkat akhir ini mendapat tempat ketiga dengan undian 21.07 peratus.

Amir tetap mendapat hadiah berupa wang tunai RM8,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.

Selain Fauziah Nawi, mereka yang turut memberikan kritikan pedas dan membina adalah Zaibo dan Shamsul Ghau Ghau selaku pengkritik tetap manakala Adlin Aman Ramli sebagai pengkritik jemputan.

Selain peserta lain dalam Raja Lawak 3, juara Raja Lawak 2, Nabil turut membuat persembahan sebelum hos program, Johan dan Zizan Raja Lawak 1 mengumumkan keputusan pemenang.

Pelawak dan pelakon veteran seperti Datuk Yahya Sulong, Param dan Hamid Gurkha juga merupakan antara mereka yang hadir menyaksikan program itu.

Turut serta adalah Along dan Azrul Cham yang turut ditugaskan membuat lintas langsung upacara karpet merah yang pertama kali diadakan dalam program tersebut, Radhi Khalid, Datuk Aziz Sattar, Mazin, Imuda, Sathiya dan Salih Yaacob.

-mStar-

Nas Adilla sertai Akademi Fantasia 7

Bakal pelajar Akademi Fantasia 7 diumumkan oleh Astro dalam sidang media di Hotel Park Royal Kuala Lumpur (3/3).

AF kali ini membuka tawaran kepada artis yang tidak terikat dengan syarikat rakaman untuk menyertainya. Warga Singapura juga diberi peluang.

Nampaknya tak ramai artis yang disenaraikan. Hanya Nas Adilla sahaja yang agak dikenali. Kakak Tomok, Ismaliza Ismail yang juga isteri Zul 2By2 juga tersenarai. Turut sama terpilih, isteri pelakon Ezany Nizariff, Lizda. Adik kepada Izwan Pilus, Khairil Azam juga berjaya ke senarai Top 20.

Ab yang pernah sertai One In A Million tahun lalu juga turut tersenarai. Bagaiamanapun tidak ada calon dari Singapura walaupun ada yang datang uji bakat.

Kalau musim lalu ada Mama Rina, kini ada calon pelajar lelaki yang berusia, Kelana.

Berjayakan Kelana curi hati pengundi? Tunggulah apabula senarai pelajar diumumkan nanti. Inilah calon pelajar AF7.

Senarai 10 calon pelajar lelaki
1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

Senarai 10 calon pelajar perempuan
1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

-ManggaOnline-

Fara Fauzana Pergi Ke Masjid Nabawi

Meskipun dalam kesibukan kerja, pelakon dan penyampai radio Hot FM ini tidak terlepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai orang Islam.

“Sungguh tenang ketika di sana,” sekilas kata Fara Fauzana mengenai pengalamannya ketika menunaikan umrah bersama keluarganya, 14 Januari 2009.

Tambah Fara, sebelum ini dia sering mendengar cerita mengenai ketenangan yang dirasai ketika menjejakkan kaki di Tanah Suci. Hampir tiga tahun memendam hasrat untuk ke sana, akhirnya rezeki itu datang jua.

“Kini baru saya tahu betapa tenangnya jiwa ketika di sana. Sebelum ini saya sering menggambarkan ketenangan yang diceritakan rakan. Begitupun, perasaan sewaktu menjejakkan kaki sana berlainan dengan apa yang digambarkan.

“Pendek kata, sukar untuk menceritakan perasaan itu. Mungkin perasaan itu kelebihan yang diberi Allah Yang Maha Esa kepada makhluk-Nya di sana,” katanya.

Fara memulakan perjalanannya ke Tanah Suci pada 14 Januari lalu dan kembali ke tanah air 10 hari kemudian. Bercerita mengenai pengalamannya sepanjang di sana, Fara terkejut apabila menyaksikan padang pasir mula ditumbuhi tumbuhan.

“Dalam satu perjalanan yang merentasi padang pasir, dari jauh saya melihat tumbuhan hijau yang tumbuh bagai padang bola. Namun yang memeranjatkan, tumbuhan seperti rumput itu tumbuh di tengah-tengah padang pasir.

“Setahu saya, mana mungkin tumbuhan hijau boleh hidup di padang pasir yang kering kontang. Semua jemaah terkejut melihat situasi itu.

“Namun, mungkin inilah kebesaran Allah yang Maha Kuasa. Mungkin juga, ia menjadi tanda mengenai sesuatu buat kita,” katanya yang masih teruja dengan pengalaman itu.

Pelakon Awan Dania Berparti

Pelakon Awan Dania ini sememangnya tidak asing bagi pengemar drama berkenaan. Drama berkenaan juga turut memiliki ciri-ciri yang hebat, mana tak nya di bintangi ramai artis-artis popular, Scha al Yahya, Nasha Aziz, Irma Hasmie, Remi Ishak, Zizan Nin dan Hans Isaac disamping pelakon-pelakon lain yang masih baru dalam dunia lakonan. Gambar di bawah berkemungkinan gambar salah seorang pelakon berkenaan, namun terpulang kepada anda kerana penulis tidak meminati drama berkenaan, jadi kureng jelas mengenai pelakon berkenaan.


Waheeda Pertimbang Jadi Isteri Akhil Hayy

Setahun yang lalu, Waheeda pernah menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan karier seni dan memberi tumpuan pada kerja-kerja belakang tabir serta urusan lain. Tindakan itu nyata mencetuskan tanda tanya ramai apatah lagi ketika itu isu kononnya penyanyi ini telah berkahwin dengan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy cukup hangat diperkatakan.


Namun, sehingga hari, penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun ini nampaknya semakin 'rancak' pula dengan aktiviti seninya.

Tidak ada pula sebarang tanda yang menunjukkan Waheeda akan bersara dari bidang ini, sedangkan tahun lalu, dia telah menegaskan pendiriannya itu tidak akan berubah sama sekali.

"Memang saya pernah melahirkan hasrat saya untuk berundur. Ketika itu saya cakap saya akan meninggalkan bidang ini selepas album baru saya dikeluarkan.

"Tetapi nampaknya banyak pula perkara yang berlaku. Album saya pula yang sepatutnya sudah siap terpaksa ditunda sehingga hari ini. Memang saya masih lagi menyimpan hasrat untuk tinggalkan bidang seni.

"Tetapi nampaknya lagi banyak pula tawaran yang datang. Insya-Allah, saya tetap akan berundur juga...mungkin selepas album baru saya nanti siap.

"Buat masa ini, album saya itu masih lagi dalam proses pembikinan. Saya juga ingin buat sebuah lagu tentang mangsa Gaza. Banyak benda lagi yang ingin saya telitikan apatah lagi album ini juga akan turut dijayakan oleh beberapa individu lain, termasuklah Ustaz Akhil Hayy sendiri," kata Waheeda.

Terbaru, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini turut membintangi sitkom bersiri, Nana Tanjung arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen yang telah mula bersiaran di TV9 pada 2 Mac lalu.

Waheeda yang pernah menjayakan siktom Anak Mami tidak lama dulu berkata, karektornya di dalam sitkom Nana Tanjung juga tidak ada banyak perbezaan dengan Anak Mami.

"Saya membawakan watak anak kedua dalam keluarga Pak Piee. Saya tidak ada masalah bawakan watak ini, cuma banyak perkara sebenarnya saya perlu teliti ketika berlakon dalam sitkom ini.

"Antaranya dari segi dialog dan perwatakan. Saya kena berhati-hati juga dari segi percakapan, maklumlah saya sedar tentang penampilan dan imej saya yang perlu bersesuaian dengan gaya bercakap dan tingkah laku.

"Ditambah pula ada juga adegan menari diselitkan. Saya perlu jaga antara syariat dan komersial. Itu lah yang cukup mencabar sebenarnya. Tetapi, berbanding dengan Anak Mami, watak dalam Nana Tanjung lebih senang untuk saya bawakan.

"Dan seronok juga dapat kembali berlakon bersama Saiful Apek," ujarnya yang juga pernah membintangi Nana Tanjung dalam versi filem sebelum ini.

Sitkom ini masih mengekalkan Saiful Apek sebagai Akhbar Khan dan juga menantu kepada Pak Piee dan Mak Bee. Telatah dan kelakuannya sering membuatkan Pak Piee dan Mak Bee pening kepala kerana memikirkan sikapnya yang mengambil mudah akan urusan rumahtangga.

Ditanya tentang projek terbarunya selepas ini, kata Waheeda, selain meneruskan penghasilan album barunya, dia juga sedang meneliti beberapa lagi tawaran lain termasuklah tawaran menjayakan program Cafe Akhil Hayy di Astro Oasis, membawakan watak isteri kepada penceramah itu.

"Belum ada kata putus tentang perkara itu dan sebab itu saya tidak mahu ulas lanjut lagi," kata Waheeda yang tiada masalah bekerja dengan Akhil walaupun kisah panas yang melanda dirinya dan penceramah itu masih terus diperkatakan.

Waheeda juga kemungkinan akan berduet bersama Akhil pada persembahan Maulidurrasul di Dataran Merdeka pada 9 Mac ini.

-mStar-

Misha Omar Bengang Dengan Penulis Blog

“Saya sebenarnya tidak ambil pusing tentang apa yang diperkatakan hinggalah pihak itu menulis yang tidak relevan dan tindak-tanduknya membawa kepada yang negatif. Tidak pula dia datang berjumpa saya untuk mendapatkan penjelasan. Seperti dia membaca cerita orang lain dan dari situ membuat ulasan,” cerita Misha Omar tentang seorang blogger yang tidak dikenalinya tetapi telah menulis perkara buruk tentang dirinya.

Tambahnya, telah berlaku beberapa insiden baru, antaranya ketika di Hot FM Big Jam yang berlangsung baru-baru ini di Johor. Blogger tersebut telah mengambil gambarnya tanpa kebenaran atau sebarang amaran ketika dia sedang menyarungkan sehelai baju luaran.

“Dalam situasi begitu, sudah tentu kakak bertindak. Dia pun meminta maaf dan beredar dari situ. Tapi lepas itu, di blognya pula, diluahkan rasa tidak puas hatinya, menuduh saya berlagak diva.”

Sebelum ini, menurut Misha, gambar pertamanya berambut pendek yang diletakkan di Facebook untuk dikongsi dengan rakan-rakan telah diambil untuk diletakkan pada blog individu tersebut.

“Sebagai seorang blogger, dia bebas menulis apa saja tapi jangan ikutkan perasaan kerana ia akan membawa parah. Kalau ruangan gosip, mungkin sukar dikesan siapa penulisnya tetapi berlainan untuk seorang blogger. Jika perkara ini dibawa ke undang-undang, ia akan membawa padah kepada individu itu. Saya tidak mahu panjangkan isu ini tetapi mata masih memandang. Nasihat saya kepada yang menulis, jangan mudah membuat persepsi. Tulis berdasarkan kebenaran dan fakta. Saya ada tahap kemarahan saya, sekarang ini hanya baru sikit saja.”

Tentang tuduhan blogger tersebut yang dia telah ketawakan baju yang dipakai Siti Sarah ketika di konsert akhir MyStarz LG, jelas Misha, tidak akan dia memalukan dirinya dengan berbuat demikian di hadapan umum. Dan jika benarlah itu yang dilakukannya, akan diakuinya perbuatan itu.