Arni Nazira (Ex-Bini Awie) Kahwin 11 April

Pada: Isnin, 23 Mac 2009
Penyanyi dan pelakon, Arni Nazira Anuar,31, bakal menamatkan zaman solonya apabila dijadual melangsungkan pernikahan dengan seorang rakan sekolahnya pada 10 April ini.

Sumber rapat keluarga bakal suaminya memberitahu Kosmo!, majlis resepsi akan diadakan di rumah lelaki pada 11 April dan disusuli dengan majlis di pihak Arni pada keesokan hari.

Katanya, Arni mengenali bakal suaminya yang masih bujang dan seorang kontraktor sejak di bangku sekolah lagi.

"Persiapan akhir sudah dibuat termasuk menempah pakaian untuk hari perkahwinan mereka nanti.

Kad jemputan pula akan diedarkan tidak lama lagi,'' katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Arni pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi rock, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 41, pada 10 Disember 1998 namun berpisah pada 16 Oktober 2007.

Tag : ,