Nora Danish Bakal Miliki Kedai Bunga

Pada: Isnin, 23 Mac 2009
Kini, selepas dua bulan berehat, Nora bersedia untuk kembali memeriahkan persada seni.

Akan memulakan penggambaran drama dengan beberapa produksi bermula April depan, kata Nora, kali ini dia harus lebih selektif terutama dari segi masa kerana tidak mahu masanya bersama Raiqal terabai.

Jelas Nora: "Saya harus memilih watak dan lokasi penggambaran yang hanya memerlukan saya berada di sekitar Kuala Lumpur.

"Buat masa ini saya bimbang dan tidak sanggup untuk berjauhan dengan Raiqal. Dia umpama udara saya untuk bernafas dan jantung saya untuk terus berdegup."

Selain akan mula aktif dalam bidang lakonan, satu impian besar yang ditanam tetapi tertangguh sejak tahun lalu ialah Nora ingin memiliki sebuah kedai bunga.

"Sekarang saya sedang mencari lokasi yang sesuai untuk memulakan perniagaan ini," katanya yang sudah memikirkan konsep penjualan dan penghantaran bunga yang akan dilakukannya.

Tag : ,