Mila dituduh Simpan Sugar Daddy

Pada: Isnin, 23 Mac 2009
Pengunduran Mila dari MC Voices & Stars Sdn Bhd (MCV) sebagai ahli lembaga pengarah syarikat yang membantu kerjaya seninya itu, sudahpun berlalu lebih setahun lalu.

Pengunduran tersebut dibuat kerana Mila mahu lebih fokus mengendalikan syarikat barunya iaitu LuvMila Corporation bagi mengelakkan konflik kepentingan antara syarikat. Namun, dalam tempoh itu masih ada pihak yang mengaitkan penyanyi kecil molek itu dengan bekas rakan niaganya, Bernard Cheah.

Ada yang mengaitkan Bernard adalah Sugar Daddy kepada Mila. Malah ada juga yang membuat andaian bahawa pengunduran penyanyi itu kerana berlakunya perselisihan faham antara dia dan Bernard.


Temubual Eksklusif

Orang masih bergosip Bernard adalah sugar daddy Mila. Komen Mila?

Mila: Dah puas Mila bagi tahu kepada semua siapa dia. Mila tak berselindung dan Mila tak pernah berselindung. Malah mak dan ayah Mila pun kenal siapa Bernard.

Macam mana isu ini boleh timbul lagi?

Mila: Sebenarnya orang salah sangka. Ia bermula apabila Bernard terbabit dalam pembikinan klip video Aku Lebih Tahu dan Ilham Di Matamu. Ketika itu Mila masih bersama MCV tapi sekarang tidak lagi kerana Mila sudah keluar dari MCV dan menguruskan LuvMila Corporation. Tapi Bernard masih lagi aktif menguruskan album bersama Maestro.

Bagaimana Mila menghadapi tanggapan dan andaian ini?

Mila: Isu ini timbul apabila cerita yang disampaikan tidak tepat. Dari individu A dan kemudian B, sudah tentu tanggapannya jadi lain. Mereka hanya buat andaian sendiri, jadi timbullah isu Sugar Daddy ini.

Adakah Mila mahu terus dikaitkan dengan isu Sugar Daddy ini?

Mila: Kalau Mila ada Sugar Daddy, tak payahlah Mila kerja penat. Kerja siang malam, show sana-sini. Mila malas nak jawab sebab bagi Mila perkara ini sudah lama berlalu.

Ada juga yang mengaitkan hubungan cinta Mila dan Ebi sebenarnya untuk menutup gosip Sugar Daddy ini. Betul ke?

Mila: Mila akui, Mila dan Ebi memang kawan baik. Sebenarnya, tidak menjadi isu kehadiran Ebi untuk menutup cerita Sugar Daddy Mila itu.

Bagaimana pula bagi pihak Bernard berhadapan dengan isu ini?

Mila: Isteri Bernard pernah memberitahu Mila sendiri untuk datang ke Kuala Lumpur dan bercadang untuk mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara ini. Tapi masing-masing nampaknya sibuk.

Bagaimana pula perasaan keluarga Mila apabila melihat isu ini masih berlarutan?

Mila: Mak dan ayah Mila berpesan supaya Mila banyak bersabar, sebab kata mereka kalau Mila nak melenting sekalipun, tiada sebab dan faedahnya. Kita tak mampu nak tutup mulut orang. Syukurlah keluarga banyak menyokong Mila, kalau tidak mungkin boleh sakit jiwa juga.

Bagaimana Mila mengenali Bernard?

Mila: Sudah lebih 5 tahun Mila mengenali Bernard. Dulu ayah Mila bermain muzik di lounge sebuah hotel dari situ mereka dipertemukan. Isterinya juga rapat dengan keluarga Mila dan sering datang ke Malaysia dan bertemu kami. Pendek kata kami seperti sebuah keluarga.

Dengan timbulnya isu ini, bagaimana hubungan Mila bersama Bernard dan keluarganya?

Mila: Apa yang boleh kami lakukan hanya bersabar dan jika ada urusan kerja, kami jalankannya secara profesional. Dia kerap bertemu keluarga Mila bersama isteri dan 2 orang anaknya.

Kata-kata terakhir Mila mengenai gosip ini?

Mila: Perkara seumpama ini lumrah hidup artis, orang boleh buat pandangan sendiri. Mila percaya, lagi banyak orang kata, lagi banyak rezeki akan datang kepada Mila.

-Murai-

Tag : ,