Isnin, 23 Mac 2009






Berwalikan bapa Liena, Abdul Rahman Ahmad, 66, pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Abdullah Hashim dengan mas kahwin RM404.
Sumber rapat keluarga bakal suaminya memberitahu Kosmo!, majlis resepsi akan diadakan di rumah lelaki pada 11 April dan disusuli dengan majlis di pihak Arni pada keesokan hari.



Riz bagaimanapun menyedari dirinya diperhatikan masyarakat yang meragui kemampuan dirinya memiliki kereta mewah.Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi VS Diana Danielle
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.Kes 2
Pelakon Diana Danielle Danny Beeson , 19, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada bulan disember 2008.
















Nampaknya tak ramai artis yang disenaraikan. Hanya Nas Adilla sahaja yang agak dikenali. Kakak Tomok, Ismaliza Ismail yang juga isteri Zul 2By2 juga tersenarai. Turut sama terpilih, isteri pelakon Ezany Nizariff, Lizda. Adik kepada Izwan Pilus, Khairil Azam juga berjaya ke senarai Top 20.
Tambah Fara, sebelum ini dia sering mendengar cerita mengenai ketenangan yang dirasai ketika menjejakkan kaki di Tanah Suci. Hampir tiga tahun memendam hasrat untuk ke sana, akhirnya rezeki itu datang jua.

Tidak ada pula sebarang tanda yang menunjukkan Waheeda akan bersara dari bidang ini, sedangkan tahun lalu, dia telah menegaskan pendiriannya itu tidak akan berubah sama sekali.
"Memang saya pernah melahirkan hasrat saya untuk berundur. Ketika itu saya cakap saya akan meninggalkan bidang ini selepas album baru saya dikeluarkan.
"Tetapi nampaknya banyak pula perkara yang berlaku. Album saya pula yang sepatutnya sudah siap terpaksa ditunda sehingga hari ini. Memang saya masih lagi menyimpan hasrat untuk tinggalkan bidang seni.
"Tetapi nampaknya lagi banyak pula tawaran yang datang. Insya-Allah, saya tetap akan berundur juga...mungkin selepas album baru saya nanti siap.
"Buat masa ini, album saya itu masih lagi dalam proses pembikinan. Saya juga ingin buat sebuah lagu tentang mangsa Gaza. Banyak benda lagi yang ingin saya telitikan apatah lagi album ini juga akan turut dijayakan oleh beberapa individu lain, termasuklah Ustaz Akhil Hayy sendiri," kata Waheeda.
Terbaru, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini turut membintangi sitkom bersiri, Nana Tanjung arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen yang telah mula bersiaran di TV9 pada 2 Mac lalu.
Waheeda yang pernah menjayakan siktom Anak Mami tidak lama dulu berkata, karektornya di dalam sitkom Nana Tanjung juga tidak ada banyak perbezaan dengan Anak Mami.
"Saya membawakan watak anak kedua dalam keluarga Pak Piee. Saya tidak ada masalah bawakan watak ini, cuma banyak perkara sebenarnya saya perlu teliti ketika berlakon dalam sitkom ini.
"Antaranya dari segi dialog dan perwatakan. Saya kena berhati-hati juga dari segi percakapan, maklumlah saya sedar tentang penampilan dan imej saya yang perlu bersesuaian dengan gaya bercakap dan tingkah laku.
"Ditambah pula ada juga adegan menari diselitkan. Saya perlu jaga antara syariat dan komersial. Itu lah yang cukup mencabar sebenarnya. Tetapi, berbanding dengan Anak Mami, watak dalam Nana Tanjung lebih senang untuk saya bawakan.
"Dan seronok juga dapat kembali berlakon bersama Saiful Apek," ujarnya yang juga pernah membintangi Nana Tanjung dalam versi filem sebelum ini.
Sitkom ini masih mengekalkan Saiful Apek sebagai Akhbar Khan dan juga menantu kepada Pak Piee dan Mak Bee. Telatah dan kelakuannya sering membuatkan Pak Piee dan Mak Bee pening kepala kerana memikirkan sikapnya yang mengambil mudah akan urusan rumahtangga.
Ditanya tentang projek terbarunya selepas ini, kata Waheeda, selain meneruskan penghasilan album barunya, dia juga sedang meneliti beberapa lagi tawaran lain termasuklah tawaran menjayakan program Cafe Akhil Hayy di Astro Oasis, membawakan watak isteri kepada penceramah itu.
"Belum ada kata putus tentang perkara itu dan sebab itu saya tidak mahu ulas lanjut lagi," kata Waheeda yang tiada masalah bekerja dengan Akhil walaupun kisah panas yang melanda dirinya dan penceramah itu masih terus diperkatakan.
Waheeda juga kemungkinan akan berduet bersama Akhil pada persembahan Maulidurrasul di Dataran Merdeka pada 9 Mac ini.
-mStar-
“Saya sebenarnya tidak ambil pusing tentang apa yang diperkatakan hinggalah pihak itu menulis yang tidak relevan dan tindak-tanduknya membawa kepada yang negatif.
Tidak pula dia datang berjumpa saya untuk mendapatkan penjelasan. Seperti dia membaca cerita orang lain dan dari situ membuat ulasan,” cerita Misha Omar tentang seorang blogger yang tidak dikenalinya tetapi telah menulis perkara buruk tentang dirinya.

Tambahnya, telah berlaku beberapa insiden baru, antaranya ketika di Hot FM Big Jam yang berlangsung baru-baru ini di Johor. Blogger tersebut telah mengambil gambarnya tanpa kebenaran atau sebarang amaran ketika dia sedang menyarungkan sehelai baju luaran.

“Dalam situasi begitu, sudah tentu kakak bertindak. Dia pun meminta maaf dan beredar dari situ. Tapi lepas itu, di blognya pula, diluahkan rasa tidak puas hatinya, menuduh saya berlagak diva.”
Sebelum ini, menurut Misha, gambar pertamanya berambut pendek yang diletakkan di Facebook untuk dikongsi dengan rakan-rakan telah diambil untuk diletakkan pada blog individu tersebut.

“Sebagai seorang blogger, dia bebas menulis apa saja tapi jangan ikutkan perasaan kerana ia akan membawa parah. Kalau ruangan gosip, mungkin sukar dikesan siapa penulisnya tetapi berlainan untuk seorang blogger. Jika perkara ini dibawa ke undang-undang, ia akan membawa padah kepada individu itu. Saya tidak mahu panjangkan isu ini tetapi mata masih memandang. Nasihat saya kepada yang menulis, jangan mudah membuat persepsi. Tulis berdasarkan kebenaran dan fakta. Saya ada tahap kemarahan saya, sekarang ini hanya baru sikit saja.”
Tentang tuduhan blogger tersebut yang dia telah ketawakan baju yang dipakai Siti Sarah ketika di konsert akhir MyStarz LG, jelas Misha, tidak akan dia memalukan dirinya dengan berbuat demikian di hadapan umum. Dan jika benarlah itu yang dilakukannya, akan diakuinya perbuatan itu.