Pada:
Jumaat, 25 Oktober 2013

Kisah menyulam percintaan sejak bulan Februari dan bertunang 5 bulan kemudian bukan jaminan sebenar bahkan ianya idak bertahan lama apabila Pekin mendedahkan yang Uqasha bersikap curang kepadanya dengan mempunyai hubungan dengan pelakon, Sharnaaz.
Semalam ibu Uqasha belum memutuskan yang mereka sudah putus, tapi rasanya pengakuan Pekin sepertinya sudah ke arah itu.
Saya ingin berterus terang bahawa saya dah Uqasha tidak mempunyai apa-apa lagi hubungan, atau dengan erti kata lain kami sudah putus. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.
Kalau ikut perancangan kami (Pekin dan Uqasha), berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan Oktober 2014 tetapi dengan apa yang telah berlaku sekarang ini nampaknya ia tidak akan menjadi realiti.
Pada mulanya memang ada sedikit perselisihan faham kecil yang berlaku antara kami berdua dan bagi saya ia merupakan suatu perkara yang normal dalam sesebuah hubungan itu.
Namun begitu, saya tidak menyangka pula dia tiba-tiba mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan sudah tentu ia suatu perkara yang sukar untuk diterima.
Ya, saya memang ada semua bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan sulit dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut.
Lagipun, ia bukan kali pertama dia berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini saya masih mampu memaafkan dirinya tetapi untuk kali ini saya rasa lebih baik kami berpisah sahaja.
Saya sudah bertekad untuk tidak lagi menerima dirinya setelah apa yang berlaku sekarang ini dan beranggapan tiada jodoh antara kami. Saya juga berpesan kepada Sharnaaz supaya menjaga Uqasha sebaik-baiknya kalau mereka memang benar-benar bercinta.
Secara jujurnya saya memang berasa sangat kecewa kerana sepanjang menjalinkan hubungan dengannya, saya tidak pernah bersikap curang.
Sepanjang kami bersama, saya berusaha untuk menjadi lelaki yang terbaik kerana saya serius mahu mengambilnya menjadi isteri saya." - Pekin
Tag : Gossip Artis , Pekin , Pelakon , Putus Tunang , Sharnaaz , Uqasha