Pekin doakan kebahagian Ayu Raudhah

Pada: Sabtu, 27 November 2010
Pelakon Pekin Ibrahim, merupakan orang yang paling gembira berikutan ex-girlfriend, Ayu Raudhah bakal melangsungkan pernikahan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aquan Adha pada Januari 2011. Pekin mendoakan kebahagian Ayu dan berharap agar perkahwinan mereka nanti kekal hingga akhir hayat.

"Mungkin sudah sampai jodohnya untuk berkahwin, saya doakan yang terbaik buatnya. Walaupun kami putus, masing-masing masih lagi bertanya khabar seperti biasa,"
Tegas Pekin, kehilangannya seketika daripada industri seni bukan kerana dia melarikan diri selepas putus cinta dengan Ayu pada tahun lalu, sebaliknya sibuk dengan pelajarannya di Institut Seni Indonesia (ISI), Jogjakarta.

"Tidaklah, mana ada. Saya yang minta putus, buat apa saya nak lari. Sebenarnya saya sibuk dengan pengajian saya di Jogjakarta dan baru saja tamat pengajian pada Ogos lalu." katanya kepada mStar.

Tag : , , ,