Saya Dengan Caprice Memang Rapat! - Neelofa

Pada: Isnin, 9 Disember 2013
Menjawab isu hubungan yang dikatakan rapat diantara Neelofa dengan penyanyi rap Caprice adalah tidak di nafikan oleh Neelofa sendiri.

Caprice ada membuat kenyataan di Melodi lalu dengan menyatakan mempunyai hubungan dengan Neelofa. Neelofa sebagai selebriti yang menjadi perhatian kaum Adam ini, pastinya mahu memberikan balasan komen segera melalui portal GUA kepada orang ramai agar tidak salah faham dikemudian hari.

"Kami memang sudah lama berhubungan rapat. Sewaktu dia mula-mula bertapak dalam industri, saya banyak memberikan sokongan kepadanya seperti muncul dalam muzik videonya dan membantu membina hubungannya dengan nama-nama lain dalam industri.

Malah, hubungan rapat tersebut masih kekal ke hari ini. Tapi tidaklah sampai ke tahap bercinta. Bagi saya, Caprice seorang yang sangat kuat berusaha untuk membina nama dalam industri dan itu adalah satu kualiti yang sangat bagus." -Neelofa.

Tag : , , , , , ,