Kereta Jimmy Shanley Dibakar Sebab...

Pada: Rabu, 9 Oktober 2013
Mengikut portal Harian Metro, kereta milik Jimmy Shanley ditemui terbakar baru-baru ini berdekatan dekat Simpang Pulai.

Kereta model Chevrolet Optra itu dilarikan penjenayah sebelum dibakar sehingga rentung. Jimmy ketika itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh untuk majlis keluarga.

Kereta itu ditemui oleh orang ramai keesokan harinya. Polis dan JPJ telah mengenal pasti identiti sebenar kereta itu yang dipercayai milik Jimmy. Jimmy mengesahkan membuat laporan polis diatas kehilangan keretanya itu, namun dia enggan komen bila dihubungi wartawan.

Motif sebenar kereta di samun dan di bakar masih dalam siasatan.
"Kes itu kini diambil alih pihak polis Ipoh untuk siasatan lanjut dan Jimmy dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan. Bagaimanapun, saya anggap kes ini pelik kerana kereta itu dibakar selepas dicuri

"Bagaimanapun, tiada mangsa ditemui dan kereta itu baru saja dibakar beberapa jam sebelum ditemui. Polis menyiasat sebarang kemungkinan dan kaitan perbuatan jenayah itu dengan unsur khianat atau sebagainya," -Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon

Tag : , , , , , ,