Pada:
Jumaat, 7 Disember 2012
Afdlin yang menyertai delegasi Aqsa Syarif ke negara itu sejak Isnin berkata, dia tidak menyangka rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak masih lagi boleh tersenyum dalam keadaan getir malah mereka tidak pernah meminta sedekah meskipun kehidupan di negara itu begitu daif.
"Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.Beliau dan juga delegasi termasuk artis Zain Saidin, Bront Palarae serta enam orang kru produksi Vision Works telah berangkat ke nagara itu sejak Isnin lalu selama seminggu. -sumber
"Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.
"Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil," katanya
PS: Malam ini MaharajaLawak Mega, kumpulan Boboi tiada kelibat Afdlin.
Tag : Afdlin Shauki , Bront , Gambar Artis , Gaza , Israel , Maharaja Lawak , Palestine , Zain Saidin









.jpg)






