Pada:
Jumaat, 11 Julai 2014
Pada beberapa hari lalu, Rejim Zionis Yahudi telah melancarkan serangan dasyat ke Gaza dengan dilaporkan hingga kini mencecah 50 orang mati akibat serangan itu.
Namun serangan ini mendapat perhatian pelakon, Emma Maembong yang mambuat inisiatif sendiri untuk mengempen anti terhadap serangan tidak berperikemanusian itu dengan menulis perkataan di sebuah kotak.
Namun sikap baik Emma itu disambut dingin dan negatif oleh segelintir peminatnya. Mereka berhasrat meminta Emma bukan sahaja prihatin melalui laman sosial namun mahu lebih daripada sekadar prihatin dan doa sahaja.
Pada zahirnya, tindakan Emma ini adalah baik, bukan semua orang yang mempunyai laman sosial sanggup buat inisiatif seperti ini apatah lagi Emma menulis dengan tanpa rasa ragu-ragu pada tulisannya itu.
Doakan sahaja, mungkin Emma akan pergi membantu beberapa pertubuhan yang ada untuk membantu menyalurkan tenaga bantuan ke Palestin kelak.
Wallahualam, niat diri manusia hanya Allah sahaja yang dapat menilai..
Tag : Berita Artis , Emma Maembong , Gaza , Gossip Artis , Instagram , Palestine , Pelakon , World Cup



