Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar perkahwinan Farah Asyikin (11 gambar HD)

Isnin, 9 Januari 2017


Dengan sekali lafaz, Farah Asyikin Zulkifli, 37, sah menjadi isteri kepada pengurus sebuah syarikat minyak dan gas, Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51, kira-kira jam 11.57 pagi Sabtu lalu. Majlis berkenaan dilangsungkan di Dewan Lavender, Pusat Komuniti Bukit Damansara yang dihadiri 500 tetamu.

Selain menerima mas kahwin RM80, Farah menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Ia merupakan perkahwinan ketiga Farah, manakala yang kedua buat suaminya. Hasil perkahwinan keduanya, Farah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, manakala Raja Iskandar mempunyai tiga anak.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Saya mengenali suami sejak setahun lalu dan pada Mac lalu, dia melamar saya.

“Suami sempat mengenali arwah bapa yang meninggal dunia pada bulan dia melamar saya dan hubungan kami direstui keluarga. Arwah bapa dan keluarga begitu menyayanginya," katanya kepada Berita Harian.
Farah mengenali suaminya ketika terbabit dalam kerja amal bersama Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakaf), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan program kemanusiaan. -gambar Facebook Farah Asyikin

Farah Asyikin mahu khawin lagi.. Ini bakal suaminya..

Ahad, 18 Disember 2016

Selepas bercerai talak satu secara tebus talak dengan bekas suaminya Zaahier Stanley yang berasal daripada Capetown, Afrika Selatan sekitar bulan Januari lepas, bekas penyanyi Farah Asyikin memberitahu beliau bakal berkahwin buat kali ketiga pada 7 Januari depan.

Difahamkan, bakal suaminya yang bernama Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51 tahun, merupakan duda anak tiga dan bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat minyak dan gas.
Bakal suami saya duda dan kematian isterinya sejak 18 tahun lalu. Kami kenal sejak Disember tahun lalu. Beliau melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau sempat mengenali arwah bapa. Arwah juga menyenanginya.

Semua ini kuasa Allah. Mula-mula dulu memang saya tak yakin dengan hubungan ini. Malah saya juga bersikap jual mahal. Ditambah dengan kes penjagaan anak yang baharu saja selesai beberapa bulan lalu, saya masih teragak-agak. Namun jodoh saya dengannya jadi kuat. Di sebalik kegagalan dua perkahwinan terdahulu, saya banyak belajar.

Walaupun ada yang anggap saya salah pilihan, ada hikmah di sebalik dugaan dan ujian yang hadir. Semua pengalaman itu mahal, termasuk belajar menerima lamaran lelaki baharu dalam hidup, sekali gus memikirkan niat untuk membina hidup bersamanya." -Kata Farah. -Bharian

Farah Asyikin sah bercerai talak satu..

Jumaat, 29 Januari 2016

Farah Asyikin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.

Lafaz berkenaan dibuat oleh hakam lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier, 39, selaku defendan kes berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Farah selaku plaintif kes berkenaan membayar wang tebus talak kepada Zaahier sebanyak RM100.

Punca Farah Asyikin juga baju dalam dan baju tidur seksi...

Rabu, 20 Januari 2016


Luahan Farah Asyikin yang kini jual baju dalam
Farah Asyikin memberitahu dia tidak hairan dan bimbang dengan pandangan bersertakan kritikan dan cemuhan segelintir pihak terhadap dirinya kerana menjalankan perniagaan pakaian dalam wanita juga baju tidur seksi.

Memetik laporan BH Plus, Farah juga beranggapan yang perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu.

Katanya, idea mahu menjalankan perniagaan itu tercetus selepas dia terfikir bahawa ada di kalangan wanita terutama wanita betudung yang berasa malu untuk menadapatkan pakaian tersebut di butik tertentu lapor Malaysian Digest.
“Lumrah bagi masyarakat tempatan, terutama wanita bertudung yang agak keberatan untuk mendapatkan pakaian dalam di butik tertentu. Mereka mungkin segan dengan pandangan skeptikal segelintir pihak, sedangkan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu”

“Bertitik tolak daripada itu, saya mula terfikir untuk menjalankan perniagaan ini. Mungkin ada yang kurang selesa, tetapi niat saya ikhlas ingin memudahkan wanita bertudung mendapatkan pakain dalam yang menjadi kegemaran mereka”

“Sebagai wanita bertudung, saya akui pernah berdepan situasi yang sama. Jangankan membeli, untuk memulakan perniagaan ini juga saya serba salah,” katanya

Sekitar Usrah bersama Farah, Heliza dan Bob Lokman (5 gambar)

Khamis, 19 November 2015

Pelakon, Farah Asyikin dan beberapa kawan artis lain seperti Heliza Helmy dan Bob Lokman telah menghadiri majlis agama Usrah Musika di bersama-sama penceramah, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani semalam. -gambar Facebook Farah Asyikin Zulkifli

Anak Farah Asyikin suka dengar al Fatihah (5 Gambar)

Isnin, 29 September 2014

Ibu dan anak semakin berseri-seri keceriaannya. Farah Asyikin dan anaknya, Owais. Dengarnya perkembangan Owais juga semakin bertambah mengagumkan. Bahkan Farah juga mengingkan anaknya itu seorang yang mendalami ilmu agama dan menjadi anak yang soleh.

Mengikut perbualan di portal GUA, Owais sememangnya anak yang suka mendengar bacaan al Fatihah dan beberapa surah al Quran yang lain.

Kehidupan terkini Farah Asyikin

Rabu, 23 Julai 2014

Farah Asyikin difahamkan kini sudah lama berehat di dalam bidang nyanyian. Kisah ini terselit disebalik penghijraannya bertudung dan meganggap suara itu aurat.

Namun Farah disyorkan oleh Ulama untuk kembali aktif di dalam bidang nyanyian, yang lebih memfokuskan di dalam bidang dakwah seperti lagu yang baru dihasilkannya, I'm Nothing Without You (Allah).

Anak Farah kini sudah berusia 3 bulan.

Farah Asyikin selamat melahirkan anak

Isnin, 31 Mac 2014

Tahniah kepada penyanyi Farah Asyikin yang selamat melahrikan anak sulung pada hari Khamis lalu, 27 Mac sekitar jam 2.40 petang.

Farah melahirkan anak berjantina lelaki dengan berat 3.87kg. -gambar GUA

Farah Asyikin Nikah 16 Februari

Isnin, 18 Februari 2013

Rupa-rupanya berita perkahwinan Farah Asyikin yang disiarkan minggu yang lalu adalah salah satu salah faham yang telah terjadi mengenai informasi bahawa Farah sudah bernikah dengan seorang lelaki dari Afrika Selatan bernama Zahier Stanley.

Baru-baru ini Farah sendiri mengakui melalui laman sosialnya yang dirinya sudah bernikah dengan suaminya itu beberapa hari yang lalu, kalau tidak silap, hari Sabtu yang lalu. Namun Farah tidak menyalahkan mana-mana pemberi informasi ketidaktepatan tarikh dia bernikah selain berterima kasih kerana saling memberitahu perkara yang baik. :)

Suami Farah Ashikin orang Afrika Selatan

Selasa, 12 Februari 2013

Dahulu penyanyi sekarang dah bukan dah, itu lah Farah Asyikin yang dikhabarkan sudah bernikah dengan seorang jejaka yang beragama Islam dan juga berasal dari Cape Town, negara Afrika Selatan yang memetik daripada sumber yakni pada hari Khamis, 7 Februari 2013.

Difahamkan ini adalah perkahwinan ke-2 Farah Asyikin setelah bercerai/eberpisah dengan bekas suaminya yang juga seorang berkerjaya sebagai doktor beberapa tahun yang dahulu.

Selain daripada itu Farah Asyikin juga bergiat aktif dalam beberapa aktiviti dakwah Islamiyah dan mungkin disitu rasanya dia bertemu jodohnya yang ke-2 ini. Semoga berbahagia dan selamat pengantin baharu.

Farah Asyikin Terlibat Kemalangan Kereta

Rabu, 29 Ogos 2012

Syukurlah apabila mendapat berita yang Farah Asyikin tidak mengalami sebarang kecedaran serius apabila kereta yang dikatakan milik keluarga beliau terlibat dalam dalam satu kemalangan jalan raya sekitar pagi semalam berdeaktan Bukit Kiara.

Melihat daripada kereta yang dipandu Farah, model Mitsubishi remuk dibahagian hadapan manakala satu lagi kenderaan model Suzuki remuk di bahagian belakang. Siapa langgar belakang, orang belakang tetap salah kan. huhu.

gambar portal RotiKaya

Farah Asyikin kini Bertudung kerana?

Rabu, 8 Ogos 2012

Lagi seorang selebriti tempatan kita sudah beralih arah bertudung. Sudah seperti perlumbaan bertudung pula sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan menampakkan ramai selebriti yang mahu berbuat demikian. Namun tidak tahu samaada ianya satu keikhlasan kerana Allah Taala atau hanya terikut-ikut ketika masuk parti politik tertentu.

Dan yang terbaru adalah Farah Asyikin mula bertudung pada usia 33 tahun. Namun pengkaitan dirinya berhijrah ada kaitannya dengan beberapa aktiviti yang dia sertai anjuran parti politik tertentu. Soal itu pastinya yang nombor dua, yang pasti kita dapat melihat seorang lagi selebriti berubah kepada kearah kebaikan.

"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," -Farah Asyikin, baca lagi di HarakahDaily..

Hattan, Farah CERAI talak satu!

Sabtu, 14 Januari 2012

Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab. Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, baru-baru ini.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Farah Asyikin di Festival Filem Malaysia 23

Isnin, 25 Oktober 2010

Penyanyi, Farah Asyikin siapa tidak kenal. Seorang artis dan juga pelajar di Universiti Lim Kok Wing. Farah ni sebelum ni pernah menyertai Malaysian Idol dan juga One In a Million. Namun kedua-duanya tidak lah menjadi juara, tetapi mendapat perhatian pelbagai pihak produser terhadap bakatnya itu. Jadi tak hairanlah kenapa Farah lebih top daripada yang lainnya di kedua-dua program berkenaan. Farah pun tak kalah daripada segi bentuk badan, memang dia memiliki pakej.

Farah Asyikin

Farah Asyikin

Farah Asyikin

Farah Asyikin

Farah Asyikin


Farah Asyikin putus tunang dengan duda

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kalau anda masih ingat, Jun lalu penyanyi Farah Asyikin sudah pun bertunang dengan seorang duda yang berasal dari Singapura. Jejaka yang menetap dan bekerja di Macau sebagai jurutera bunyi itu menurut Farah mula dikenalinya melalui laman sosial Facebook sebagai salah seorang peminatnya. Lamaran daripada duda tersebut merupakan lamaran keenam untuknya selepas berpisah dengan suaminya Dr Fariz Yahya pada Mei 2008.

Farah akhirnya muncul membuat pengakuan baru-baru, dia kini bukan lagi tunangan orang sejak dua bulan lalu. Kata Farah, dia mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangannya kerana sudah tidak mampu untuk mempertahankannya.

“Terlalu banyak perkara negatif yang melingkari hubungan saya dan dia. Bukan saya tidak sayangkan ikatan yang sudah terjalin, tetapi saya perlu lakukannya kerana ia adalah jalan terbaik. Saya redha dengan apa yang berlaku dan saya juga gembira dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya ini adalah yang terbaik,” jelas Farah. -Gua

Farah Asyikin bertunang untuk lelaki ke-6 yang melamarnya

Jumaat, 16 Julai 2010

Farah Asyikin menyatakan kini dirinya sudah menjadi tunangan orang. Pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang hubungannya dengan duda berusia 36 tahun berasal dari Singapura seperti dihebahkan oleh media tempatan sejak Oktober lalu. Namun, dia menafikan akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini selepas mengikat tali pertunangan pada Jun lalu. Mereka saling mengenali sejak setahun lepas.

“Saya akan umumkan tarikh pernikahan kami apabila tiba masanya. Saya tidak mahu beri apa-apa komen tentang perkahwinan kami terlebih awal kerana belum tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Saya pernah berkahwin sebelum ini dan mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kerana ia tidak mendatangkan kebaikan sebaliknya keburukan,” katanya.
Khabarnya, selepas Farah diceraikan oleh bekas suaminya Dr. Fariz Yahya, 32, pada 26 Mei 2008, dia pernah dilamar oleh lima orang lelaki. Namun akhirnya dia memilih untuk menerima pinangan lelaki yang keenam yang menjadi tunangannya sekarang ini. Apakah keistimewaan lelaki itu, biarlah ia menjadi rahsia Farah.

Tunangannya menetap dan bekerja di Macau, sebagai jurutera bunyi. Disebabkan kesibukan tunang dan dirinya sendiri, sebab itu dia mengambil jalan untuk tidak memberi komen tentang tarikh pernikahan mereka. -mStar

Gambar terbaru Farah Asyikin

Khamis, 17 Disember 2009

Penyanyi yang berusia 30 tahun ini memang masih lagi mengekalkan status bujang. Walaupun digossipkan dengan skandal isu mempunyai hubungan dengan suami orang, namun Farah Asyikin tetap tidak mempersetujuinya. Kerana dia merupakan salah seorang wanita yang menentang merampas hak suami orang lain. Soal cintanya pula, dia tidak mahu memikirkannya lagi, ketika ini, Farah baru saja merakamkan single terbarunya, Ada Mu yang merupakan hasil nukilannya sendiri.

Farah Asyikin Bercinta Suami Orang?

Rabu, 21 Oktober 2009

Nada suaranya jelas menggambarkan kesedihan hatinya apabila dilemparkan dengan tohmahan kononnya dia menjalinkan hubungan dengan suami orang. Bagi Farah Asyikin, dia tidak menyangka perkenalan ikhlas dengan seorang lelaki berusia 35 tahun yang akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka itu akan membuatkan dirinya 'terjerumus' dalam kontroversi ini.

Semuanya gara-gara satu e-mail yang tersebar dikatakan dihantar oleh seseorang kepada pihak-pihak tertentu termasuklah wartawan yang mendakwa Farah bercinta dengan suami orang dan mereka turut bercuti bersama di Hong Kong, baru-baru ini. Tutur Farah, dia tidak menafikan lelaki yang dimaksudkan di dalam e-mail itu ialah M, berasal dari Singapura, yang mana hubungan mereka baru saja benar-benar serius sejak empat bulan yang lalu. Namun, kata penyanyi berusia 30 tahun ini, apa yang diperkatakan di dalam email tersebut tentang dirinya adalah tidak benar.

"Kami sebenarnya berkenalan menerusi laman web Facebook sejak setahun lalu. Kami hanya kawan biasa saja ketika itu, sehinggalah beberapa bulan kemudiannya kami bertemu dan dari situ kami mula mengenali diri masing-masing.
"Pada waktu itu, dia beritahu saya bahawa dia baru bercerai beberapa bulan sebelum kami bertemu. Saya faham keadaannya ketika itu apatah lagi saya juga pernah melalui perkara yang sama dulu. Jadi, kami lebih senang berkawan saja waktu itu dan hanya benar-benar serius sejak empat bulan lalu," kata Farah yang juga pernah melalui perceraian dengan bekas suaminya, pada 26 Mei tahun lalu.
Lantaran itu, kata penyanyi yang popular dengan lagu 1000 Penipuan dan Hello ini, tidak sepatutnya timbul dakwaan sedemikian ke atasnya memandangkan dia tidak ada kena-mengena di dalam perceraian pasangan tersebut sehinggalah mereka bertemu dan berkawan rapat selepas itu. Farah juga tidak menafikan pernah bercuti ke Hong Kong baru-baru ini, tetapi menyangkal dakwaan yang kononnya dia ke sana dengan lelaki tersebut.

Transformasi Farah Asyikin Makin Ayu

Sabtu, 17 Oktober 2009

Peminat : Tadi baca paper ada iklan baru jam Roscani (bawah 2009). Wah nmpak cantik dan muda model baru dia. Sekali terKejut nama dia FARAH ASYIKIN. Wah...lain giler muka dia. Tahun lepas punya iklan ponyalah x lawa (atas 2008). Nmpak semua struktur kulit muka dia. Sekali hari ni, nmpak mcm remaja. Kulit muka licin cerah mulus. Apa rahsianya? Produk kecantikan ke overly-photoshopped?? Hehehe..

Gambar Panas Farah Asyikin di ABPBH

Isnin, 20 April 2009

Walaupun dah seminggu berlalu, namun ABPBH yang telah 'berjaya' dalam majlisnya yang kini makin terasa kehangatannya yang semakin menyejuk. Tak pe, penulis akan tambah kehangatnnya lagi dengan aksi Farah Asyikin. Bukan aksinya yang melampau, namun aksinya di atas pentas. Ketika penarinya menjulangnya, nampak paha penulis katakan. Tu pun nasiblah ada penarinya yang ter-cover line atau 'prihatin' menutupkan sisa-sisa lubang yang ada.
Dan tak juga disangka ada juga jurugammbar ini mengambilnya secara kebetulan semasa tarian berkenaan dan ternampaklah pahanya yang putih gedebu mix keitam-itaman. Bukannya per, takut gaun pendek Farah terselak dan menampakkan seluar dalamnya. Kan tak manis dipandang gitu.

Penulis rasa Farah boleh memilih fesyen yang lebih sesuai, misalnya memakai legging atau sarung kaki berwarna atau lebih praktikal memakai seluar tetapi masih kelihatan funky. Hikhik.