Farah Asyikin bertunang untuk lelaki ke-6 yang melamarnya

Pada: Jumaat, 16 Julai 2010
Farah Asyikin menyatakan kini dirinya sudah menjadi tunangan orang. Pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang hubungannya dengan duda berusia 36 tahun berasal dari Singapura seperti dihebahkan oleh media tempatan sejak Oktober lalu. Namun, dia menafikan akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini selepas mengikat tali pertunangan pada Jun lalu. Mereka saling mengenali sejak setahun lepas.

“Saya akan umumkan tarikh pernikahan kami apabila tiba masanya. Saya tidak mahu beri apa-apa komen tentang perkahwinan kami terlebih awal kerana belum tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Saya pernah berkahwin sebelum ini dan mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kerana ia tidak mendatangkan kebaikan sebaliknya keburukan,” katanya.
Khabarnya, selepas Farah diceraikan oleh bekas suaminya Dr. Fariz Yahya, 32, pada 26 Mei 2008, dia pernah dilamar oleh lima orang lelaki. Namun akhirnya dia memilih untuk menerima pinangan lelaki yang keenam yang menjadi tunangannya sekarang ini. Apakah keistimewaan lelaki itu, biarlah ia menjadi rahsia Farah.

Tunangannya menetap dan bekerja di Macau, sebagai jurutera bunyi. Disebabkan kesibukan tunang dan dirinya sendiri, sebab itu dia mengambil jalan untuk tidak memberi komen tentang tarikh pernikahan mereka. -mStar

Tag : , , ,