Farah Asyikin kini Bertudung kerana?

Pada: Rabu, 8 Ogos 2012
Lagi seorang selebriti tempatan kita sudah beralih arah bertudung. Sudah seperti perlumbaan bertudung pula sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan menampakkan ramai selebriti yang mahu berbuat demikian. Namun tidak tahu samaada ianya satu keikhlasan kerana Allah Taala atau hanya terikut-ikut ketika masuk parti politik tertentu.

Dan yang terbaru adalah Farah Asyikin mula bertudung pada usia 33 tahun. Namun pengkaitan dirinya berhijrah ada kaitannya dengan beberapa aktiviti yang dia sertai anjuran parti politik tertentu. Soal itu pastinya yang nombor dua, yang pasti kita dapat melihat seorang lagi selebriti berubah kepada kearah kebaikan.

"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," -Farah Asyikin, baca lagi di HarakahDaily..

Tag : , , , ,