Pada:
Selasa, 22 Ogos 2017
Azhar juga mengakui yang mereka telah 3 bulan menjalinkan hubungan cinta namun masih belum bersedia untuk berkahwin.
“Kami mengenali satu sama lain dalam sebuah acara pembukaan sebuah butik pakaian beberapa bulan lalu. Kemudiannya kami bertukar-tukar nombor telefon.
“Pada mulanya dia tidak tahu identiti saya, sehinggalah dia mengesyaki jumlah pengikut saya yang ramai di Instagram saya.
“Walaupun kami sudah mengenali keluarga masing-masing, namun masih terlalu awal untuk saya membawa hubungan ini ke fasa selanjutnya.
“Biasalah, mesti akan ada sedikit sebanyak rasa syakwasangka dengan status saya bergelar penyanyi,” jelas Azhar kepada Astro Gempak.
Tag : Akademi Fantasia , Artis Bercinta , Azhar Osman , Gambar Artis , Gossip Artis , IPTS , Kekasih Artis , Pelakon , Penyanyi




