Fattah Amin buat aksi romantik kepada Nur Fazura!

Pada: Isnin, 21 Ogos 2017
Wah dengar khabar yang Fattah Amin buat kejutan dengan memberikan jambangan bunga kepada Nur Fazura. Kejadian berlaku ketika Fazura selesai mempragakan rekaan jenamanya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 (KLFW2017).

Ramai yang bersorak melihat aksi Fattah ketika itu yang dikatakan sangat romantik sekali. Tidak tahu ianya gimik atau mereka memang menjalinkan hubungan yang lebih jauh lagi.

Dan ini komen Fazura terhadap aksi Fattah itu.


“Saya terkejut sebenarnya, masih dalam karakter dan susah sikit hendak ‘move on’. Memang tak akan ‘move on’,” kata Fazura kepada mStar Online.

Tag : , , , , , , ,