Pada:
Rabu, 19 Julai 2017
Namun lain pula ceritanya, gambar terbaru menunjukkan Farid bersama anak-anaknya pergi menjenguk Diana di Litar Sepang, ini membuktikan gambaran yang mereka seperti tiada masalah.
Berbalik kepada cerita tak berbalik kampung Farid tadi, sebenarnya Diana terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk menjaga ibunya yang dijangkiti denggi.
“Memandangkan keadaannya begitu lemah, ibu memerlukan penjagaan rapi,” katanya.Diana berkata, dia tidak mahu melayan sebarang spekulasi yang ditimbulkan segelintir netizen.
“Ia bukan seperti didakwa pihak terbabit. Tiada apa-apa masalah di antara saya dengan Farid. Saya cuma menjalankan tanggung jawab saya sebagai anak. Itu saja.
“Aidilfitri tidak bermakna jika ibu saya tidak sihat dan sekiranya tiada orang yang menjaganya. Anak-anak gembira di Kedah kerana mereka ada ramai sanak-saudara di sana dan Farid juga bersama mereka,” katanya.
“Jika saya terus memberi maklum balas terhadap isu yang tidak berasas, saya semakin membuka ruang sebagai sasaran mudah mereka.
“Saya enggan menjadi sasaran mereka dan mangsa buli netizen. Lebih banyak perkara berfaedah yang perlu diberi tumpuan selain dapat membawa kebaikan,” tambah Diana memetik HarianMetro.
Tag : Diana Danielle , Farid Kamil , Hari Raya , Kontroversi , Pelakon , Pergaduhan , Rumah Tangga , Sepang Circut , Suami Isteri


