Shima Anuar disahkan hamil, tapi kehamilan pertamanya ini.....

Pada: Khamis, 8 Jun 2017
Tahniah, pelakon Shima Anuar mengesahkan dia kini sedang hamil tujuh minggu. Kata Shima, 26, sepanjang tempoh kehamilan dia mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.
"Syukur kerana hajat kami untuk menimang cahaya mata di awal usia perkahwinan dimakbulkan Allah biarpun saya mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.

"Dek kerana muntah, selera makan saya juga terjejas selain turut alah dengan beberapa bau wangian," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , ,