Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Izara Aishah, Adib Khalid umum tarikh kahwin (3 gambar)

Sabtu, 8 Julai 2017

Izara Aishah dan kekasih, Adib Khalid (anak Datuk Seri Khalid) yang sudah bercinta selama 3 tahun, bakal diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 17 November depan. Menurut Izara tarikh berkenaan dipilih hasil perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak selepas majlis merisik oleh keluarga kekasihnya, Adib Khalid, petang semalam.

Majlis berkenaan berlangsung secara tertutup di kediaman pelakon J Revolusi itu di Shah Alam. Ia hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

"Pinang saya cepat-cepat" - Rita Rudaini

Rabu, 11 Januari 2017


Baru-baru ini Rita Rudaini ada memuatnaik video berdurasi 5 saat dengan ayat seperti ini, "Siapa nak pinang saya? Cepat-cepat, siapa cepat dia dapat,"

Video berkenaan menjadi viral di pelbagai media sosial dan ianya amat menyedihkan Rita sendiri.

Sharnaaz dah merisik Nabila semalam tapi...

Isnin, 19 Disember 2016

Walaupun mengalami sedikit masalah hubungan sebelum ini, akhirnya Pelakon Shaarnaz mengaku telah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya, Noornabila pada tengah hari tadi (Ahad).

Menurut Shaarnaz, dia dan Noornabila tidak akan bertunang tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan.

Kamal Adli bakal merisik Emma Maembong?

Selasa, 25 Oktober 2016

Dengar cerita yang pasangan dua sejoli, Kamal Adli dan Emma Maembong, status hubungan mereka akhirnya terjawab apabila Miss J daripada Utusan Online melaporkan Emma bakal “diikat” dengan Kamal.

Difahamkan, satu majlis merisik bakal diadakan pada penghujung tahun ini bagi menandakan Emma milik Kamal seorang. Wah, nampaknya hubungan mereka sudah ke tahap yang lebih serius.

Malah, kedua-dua belah keluarga sudah mencapai persetujuan untuk mengadakan majlis berkenaan. Khabarnya, Emma sebenarnya sudah lama bersedia untuk menjadi seorang isteri.

Sekitar pertunangan Amyra Rosli, Amar Baharin (31 gambar HD + video)

Sabtu, 23 Julai 2016


Amar Baharin, Amyra Rosli akan berkahwin pada...

Rabu, 20 Julai 2016

Teka-teki mengenai perkahwinan pelakon Amar Baharin, 31, akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan aktres Amyra Rosli, 26, pada 11 November depan.

Pasangan ini bakal mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang akan diadakan secara tertutup pada 22 Julai ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Amar dalam sidang media khas dan majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana Club House, di sini, malam Isnin.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung dakwaan pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
"Alhamdulillah, Allah mendekatkan hati kami apabila bekerja di bawah pengurusan yang sama.

"Saya merisik pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu selepas merasakan Amyra adalah orang paling istimewa yang saya pernah jumpa dalam hidup saya," ujar Amar.

Majlis resepsi akan diadakan pada 12 November bagi sebelah Amar manakala 19 November bagi sebelah Amyra. -mStar

Inilah bakal isteri AG Coco (3 gambar)

Ahad, 22 Mei 2016

Gitaris kumpulan Hujan, AG Coco mengesahkan bakal bernikah dengan seorang daripada penyanyi duo Hani & Zue, Zue atau Zuliana Eusoff, 22, pada 10 Disember depan.

AG atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz, 32, berkata dia menghantar rombongan merisik semalam dan kedua-dua keluarga memilih tarikh itu sebagai hari pernikahan manakala majlis persandingan menyusul pada 24 Disember.

Azwan Kombos sudah merisik Ezzaty Abdullah

Rabu, 16 Mac 2016

Memetik portal mStar, pelakon Azwan Kombos akan merisik pelakon Ezzaty Abdullah sudah menghantar rombongan merisik pada Isnin kelmarin.

Difahamkan majlis berkenaan diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
"Semalam (Isnin) saya bersama keluarga dari Sabah bertandang ke rumah Ezzaty untuk merisik dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

"Bagaimanapun kami hanya akan mengikat tali pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti," kata Azwan

Shahir AF sudah melamar Erra Fazira?

Selasa, 26 Januari 2016

Dengar cerita yang Shahir AF telah pergi melamar Erra Fazira. Namun cerita itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Erra sendiri sebagai cerita yang mengarut kerana keberadaan Erra diluar daripada Malaysia kerana terlibat dalam penggambaran filem Soulmate di Chiang Mai, Thailand.

“Bila masa pula Shahir masuk meminang? Saya tengah kerja di Chiang Mai,” katanya kepada Kosmo!

Cincin merisik? ini komen Fara Fauzana..

Rabu, 15 April 2015

Dengarnya Fara Fauzana memakai cincin dan cincin berkenaan menjadi bahan guraun di Hot FM Am Krew pagi Isnin lalu dimana cincin berkenaan dikatakan cincin merisik.

Namun jelas Fara, cincin berkenaan dibelinya sendiri dan tiada kena mengena perancngannya untuk mendirikan rumahtangga lagi.
"Itu cuma usikan nakal rakan-rakan di Hot FM berikutan usikan Awal Ashaari di program hiburan Melodi semalam (Ahad).

"Rakan-rakan penyampai radio di sini sememangnya sentiasa mencari peluang untuk mengenakan saya, jadi pagi ini saya terkena.

"Saya harap tiada pihak yang keliru atau salah sangka pula yer," -Fara petikan portal mStar

Gambar Merisik Puteri Sarah Liyana oleh Keluarga Syamsul Yusof

Rabu, 15 Januari 2014

Akhirnya hubungan Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah Liyana terjawab, bila ibunda Syamsul, Datin Patimah mengesahkan mereka akan berkahwin pada bulan hadapan, Februari 2014.

Datin Patimah dengan suaminya, Datuk Yusof Haslam telah merisik Puteri di kediamanya dekat Damansara pada hari Ahad yang lalu secara sederhana dengan kedua-dua pihak keluarga turut hadir.

Niat Syamsul nak menikahi Puteri adalah disebabkan selepas Syamsul selesai mengerjakan umrah pada 28 Disember lalu yang mengikut Datin, anaknya itu selalu berdoa untuk ditemukan seorang isteri, dan Puteri Sarah adalah calon yang diberi petunjuk ketika berada di kota Suci Makkah. -sumber mStar | gambar forum Cari

Fizz Merisik Almy Minggu Ini, Kahwin Pada....

Isnin, 4 November 2013

Memetik portal Utusan semalam, Almy Nadia akan dirisik oleh Fizz Fairuz yang akan dijadualkan minggu depan, namun tidak dinyatakan hari apa.

Acara merisik itu akan diadakan di rumah Almy dekat Balik Pulau, Penang. Kemungkinan besar, acara pernikahan akan diadakan awal tahun 2014. :)

Gambar Merisik Zain, Rozita Tersebar

Isnin, 30 September 2013

Semalam portal mStar ada memaparkan gambar ekslusif dimana Zain Saidin dan Rozita Che Wan (che Ta) merisik yang berlangsung pada hari Ahad semalam di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Ini disahkan lagi oleh pengurus Che Ta sendiri dimana majlis itu berlangsung jam 3 petang dengan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir.
"Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” -pengurus
Zain yang dihubungi tidak menafikan hal itu, namun merasa hairan mengapa media boleh dapat tahu hal privasi ini. :(

Nur Fathia Tolak Risikan Kerabat diRaja!

Khamis, 14 Februari 2013

gambar terbaru Nur Fathia untuk telemovie NURSARAH
Pelakon cantik molek, Nur Fathia mengakui yang dirinya pernah dirisik oleh golongan bukan calang-calang dari kerabat Diraja.

Namun Nur Fathia menolak risikan itu kerana dianggap salah faham diatas hubungan mereka selama ini. Memang tidak disangka seorang rakyat biasa menolak risikan orang berdarah diRaja. Sebenarnya Nur Fathia inginkan jejaka yang sederhana dan memiliki ilmu agama setidak-tidaknya.

Dan kini dia serik untuk berkawan dengan lelaki-lelaki di luar sana dan memberikan fokus kepada kerjaya serta matlamat hidupnya kini.
“Ya saya akui saya memang dirisik oleh seorang kerabat Diraja pada tahun lepas tetapi semua ini terjadi disebabkan salah faham yang berlaku di atas perhubungan akrab kami. Saya tidak nafikan sepanjang perkenalan kami, kami agak rapat  dan keakraban ini mungkin disalah ertikan oleh beliau. Selepas dirisik, saya menolak dengan cara yang baik kerana saya belum bersedia udan tidak pernah terfikir hubungan kami akan pergi sejauh itu,

“Saya tidak serik untuk berkawan dengan mana-mana lelaki, cuma harap selepas ini tiada orang yang tangkap cintan atau tersalah tafsir apabila berkawan dengan saya nanti. Mengenai ciri-ciri lelaki idaman, saya mahukan lelaki yang bersederhana dalam segala hal, kuat agama supaya boleh memimpin saya ke jalan yang benar serta berpelajaran,” ujar Fathia, petikan portal GUA