Pada:
Khamis, 16 Jun 2016
Sarah sebenarnya mengetahui mengenai rumah berkenaan namun tidak menyangka rumah yang sudah siap diubah suai itu akan dihadiahkan kepadanya.
"Kebiasaannya setiap kali saya melahirkan anak suami akan memberikan saya hadiah tetapi untuk anak ketiga ini, dia senyap sahaja.
"Tetapi saya memang tidak pernah menyangka untuk anak ketiga ini dia memberikan hadiah paling besar iaitu sebuah rumah.
"Alhamdulillah ini dikatakan berkat bulan Ramadan dan tiada kata dapat saya lafazkan kerana menjadi kelu dengan tindakannya itu,"
"Jujurnya saya tidak pernah memandangnya kerana harta dan sebab itu saya langsung tidak kisah apabila suami tidak dapat menyediakan kelengkapan yang selesa untuk kami ketika awal perkahwinan dahulu.
"Tetapi tangisannya kerana tidak dapat memenuhkan ruang dalam rumah ketika itu membuatkan hati saya terusik dan tidak pernah meminta apa-apa daripadanya," katanya memetik mStar Online
Tag : Berita Artis , Gambar Artis , Pelawak , Penyanyi , Rumah Artis , Shuib Sepah , Siti Sarah , Suami Isteri




