Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Sarah potong usus untuk kelangsingan badan?

Isnin, 21 Ogos 2017

Kasihan Siti Sarah, apabila ada pihak mengatakan yang dia sengaja memotong usus untuk berbadan langsing dan memiliki tubuh badan yang cantik.

Namun itu semua dinafikan oleh Sarah, dia sebenarnya mengambil ubat produk yang di usahakannya sendiri, Monsta Lab.
"Saya tidak takut untuk membuat ujian bagi membuktikan tidak pernah melakukan pembedahan memotong usus untuk kurus.

"Apabila produk saya laris di pasaran, pelbagai tohmahan yang saya dapat.

"Kali ini, saya tidak boleh berdiam diri kerana berpendapat biadap sungguh orang yang memfitnah saya. Mengapa perlu saya potong usus untuk menipu orang?

"Ramai orang lain yang berjaya dengan produk ini. Jangan tipu orang. Hanya kerana awak nak jual barang awak, saya difitnah," katanya kepada BH Online

Kisah cinta Shuib, Sarah yang buat korang terharu nak sebak

Jumaat, 21 Julai 2017

Bukan main untung pasangan Shuib dengan Siti Sarah, siap ada orang buatkan mereka nurkilan kisah cinta mereka di laman Facebook. Nurkilan itu mendapat banyak like dan share kerana menyentuh hati bila dibacanya.

Bagi korang yang tiada Facebook, ini lah dia perkongsian tersebut. -Facebook Putera Nur Muhammad Raihan

Siti Sarah manis bertudung, ini ucapan Sweet Shuib.. (3 gambar)

Khamis, 8 Jun 2017


Baru-baru ini, Siti Sarah Raisuddin memuatnaik gambar dia manis bertudung. Reaksi itu turut mendapat perhatian suaminya, Shuib yang teruja melihat isterinya bertudung.

Disamping itu Shuib juga membuat satu ucapan manis buatnya. Namun Siti bukanlah bertudung kekal, ianya adalah untuk mempromosikan produk sahaja.

Sekitar resepsi Siti Sarah, Shuib (50 gambar HD)

Isnin, 27 Februari 2017



Sekitar malam berinai Siti Sarah, Shuib (50 gambar HD)

Shuib, Siti Sarah bakal timang anak ke-4?

Rabu, 7 Disember 2016

Memetik portal MediaHiburan, Siti Sarah dan Shuib difahamkan bakal menimang anak yang ke-4. Mereka ditemui selepas acara program Gegar Vaganza ketiga (GV3), Ahad lalu, dimana Siti Sarah Raisuddin, telah menjadi naib juara

Soalan yang diajukan kepada Shuib Sepahtu, "nak ‘belanja’ anak keempat lagi ke?"
"Berehat dulu," -Jelas Shuib
dan ini pula kata Siti Sarah.
"Allah macam tak ada kerja lain (gelak). Sebenarnya dari 70 kilogram nak ke 44 kilogram susah tau," kata Siti

Siti Sarah akui ubah 'Sesuatu' pada giginya

Rabu, 28 September 2016

Tampak semakin berseri dan juga bersinar wajah penyanyi Siti Sarah Raisuddin sejak kebelakangan ini.

Jika anda rajin membelek laman Instagram miliknya, pasti akan perasan akan perubahan terhadap Siti Sarah.

Bercakap kepada Berita Harian, Sarah tidak menafikan dia telah melakukan 'sesuatu' terhadap giginya yang kini nampak lebih rapi dan cantik.
"Mungkin faktor usia juga yang membuatkan saya nekad dengan keputusan memperbetulkan gigi jarang saya. Apabila usia meningkat, gigi saya sebenarnya renggang juga pada bahagian kiri dan kanan.

"Orang ramai selalu nampak gigi jarang saya di bahagian depan. Hakikatnya, di dua bahagian lain ia turut mengalami masalah sama. Kadang-kadang apabila menonton rakaman diri saya di TV, gigi kelihatan seperti rongak dan patah,

"Saya ubah gigi ini kerana mempertimbangkan banyak perkara. Ketika menyanyi, faktor pernafasan adalah amat penting," katanya lagi

Sekitar Hari Raya Shuib, Siti Sarah (11 gambar)

Rabu, 13 Julai 2016

Siti Sarah dihadiahkan kondominium berkembar oleh Shuib!

Khamis, 16 Jun 2016

Siti Sarah Raissuddin memberitahu dia menjadi kelu apabila suaminya pelawak Shuib (Sepahtu) membuat kejutan dengan menghadiahkannya sebuah kondominium berkembar sebagai tanda penghargaan kerana melahirkan anak ketiga mereka Ariq Matin pada November tahun lalu.

Sarah sebenarnya mengetahui mengenai rumah berkenaan namun tidak menyangka rumah yang sudah siap diubah suai itu akan dihadiahkan kepadanya.

Hidung diejek ini tindakan Siti Sarah yang mengejutkan!

Selasa, 12 April 2016

Sarah Raisuddin mengakui pernah terfikir untuk melakukan pembedahan plastik.

Sarah, 32, berkata, sebagai manusia biasa dia juga ingin kelihatan cantik seperti wanita lain biarpun hasratnya itu tidak pernah diluahkan secara terbuka.

Siti Sarah sedih dihina disebabkan ini.. (4 gambar)

Jumaat, 1 April 2016

Sedih juga mendapat tahu yang ada segelintir manusia yang masih menghina ciptaan Tuhan. Sedangkan apa yang diciptakan Tuhan itu cukup sempurna.

Memang orang-orang seperti ini harus menerima balasan yang setimpal akibat memperlekehkan ciptaan Tuhan. Siti Sarah juga harus banyak bersabar dengan tolmahan ini terhadap bentuk fizikal terutama hidungnya.

Berikut adalah paparan segelintir manusia berkenaan dan sekali komen balas dari Siti Sarah.

Shuib, Siti Sarah timang anak ke-3 (gambar)

Sabtu, 21 November 2015

Shuib Sepahtu dan isterinya Siti Sarah yang telah selamat bersalin cahaya mata ketiga mereka semalam tepat jam 12.27pm. Bayi lelaki dengan berat 3.1 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah tepat pukul 12.27pm hari Jumaat 20 Nov 2015 lahirnya putera ke-3 kami dgn berat 3.1kg. Syukur ke hadrat mu Ya Allah. Terima kasih pd semua yg mendoakan kami sekeluarga. Alhamdulillah #persuibofhappyness#babybaru #Alhamdulillah #syukur. -IG Shuib

Bila Ramadhan, Siti Sarah bertudung..Lepas Ramadhan?

Khamis, 25 Jun 2015

Isteri pelawak Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raisuddin kini dah bertudung. Namun akui Sarah ini bukan kali pertama dia bertudung pada bulan Ramadan, tapi sudah dilakukan pada tahun-tahun yang lalu.

Ini dibuat untuk menghormati kedatangan bulan Suci memetik laporan portal Murai semalam.

"Sebenarnya setiap Ramadan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini.

"Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini. Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini.

"Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan.

"Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main," -Siti Sarah.

Siti Sarah hamil anak ke-3? (gambar hamil)

Rabu, 22 April 2015

Memetik portal Utusan, Siti Sarah isteri kepada Shuib Sepahtu hamil anak ke-3. Namun belum disahihkan lagi empunya badan. Buat masa ini cuma ada sekeping gambar yang diambil dari isntagram milik Shuib yang menunjukkan perut Siti Sarah.

Itu pun gambar awal bulan Mac lalu. Kalau betul, tahniahlah kan, kami juga tumpang gembira. :)

Gambar anak Shuib, Sarah 2014

Khamis, 10 Julai 2014

Inilah gambar kedua-dua anak Shuib Sepahtu dan Siti Sarah yang terkini 2014 setelah posting terakhir mengenai mereka pada bulan puasa 2013 yang lalu. Kedua-duanya sudah besar, yang sulung Uwais al Qarni, dan yang bongsu Dzakirat al Ita Zahara yang berusia 1 setahun lebih. Bahagia betul keluarga Shuib dan Sarah ni kan. :) -Gambar http://instagram.com/shuibsepahtu | http://instagram.com/sitisarahraissuddin

Gambar Siti Sarah Kini Langsing

Rabu, 30 Oktober 2013

Memang agak mengejutkan bila melihat selebriti kita menjadi duta produk pelangsingan badan apatah lagi perubahannya dapat dilihat dengan beberapa minggu sahaja.

Terbaru Siti Sarah telah menjadi duta atau menjual produk pelangsingan badan yang cukup WOW kesannya. Produk yang dinamakan Royal Slim Lishuo Magic kelihatan masih baru lagi kita dengar.

Gambar Anak ke-2 Shuib, Sarah

Ahad, 19 Mei 2013

Tahniah kepada pasangan selebriti, Shuib Sepah dan isterinya, Siti Sarah yang menimang anak ke-2 hari Jumaat lalu. Iniyang ditag oleh Shuib, Namanya adalah dzakiratalitazahra atau, Dzakiratal Itazahara (macamni ke). Difahamkan beberapa keping gambar anak perempuan berkenaan sempat dikongsi oleh oleh Shuib yang tidak lokek untuk dikongsikan bersama peminat melalui laman sosial Instagram miliknya. -IG Shuib









Siti Sarah Bakal Melahirkan Anak ke-2 Esok

Selasa, 14 Mei 2013


Gambar ini menunjukkan Siti Sarah yang sarat hamil/mengandung anak ke-2 dia dengan Shuib Sepah. Dan difahamkan akan dijadualkan melahrikan anak ke-2 nya itu pada 15 Mei atau esok. Siti Sarah yang ditemui di PWTC mengakui yang kini dia sedang bergiat berjalan-jalan daripada duduk rumah, kerana mahu proses kelahirannya nanti berjalan dengan lancar.

gambar http://www.murai.com.my

Siti Sarah Lahirkan Anak ke-2 Mei Nanti

Ahad, 7 April 2013


Pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib Sepah dikhabarkan yang Siti Sarah akan dijadualkan melahirkan anak perempuan dan anak ke-2 bagi mereka pada pertengahan Mei hadapan.

Sarah memilih Hospital Pakar Ampang Puteri untuk bersalin nanti. Dan Shuib masih memilih nama anak yang sesuai untuk yang ke-2 ini. Anak sulung mereka iaitu anak lelaki, Uwais, yang kini berusia setahun
AKTIVITI LAPANG ADALAH MEMANCING
"Allah itu Maha Agung, Dia memberikan pengalaman yang berbeza-beza buat ibu mengandung merasai keterujaan setiap anak yang dilahirkan.

"Jika ketika saya mengandungkan anak lelaki sulung, Uwais Alqarni, saya sering mengalami masalah muntah-muntah. Berbeza pula dengan kandungan anak kedua, saya rasa pening-pening pula.

"Alhamdulillah, saya dan suami akan dapat anak perempuan. Isyak-Allah, sepasanglah anak kami nanti," -Sarah. -mStar.

Gambar Siti Sarah Mengandung

Isnin, 25 Mac 2013

Wah dah semakin membesar usia kehamilan anak ke-2 penyanyi, Siti Sarah isteri kepada pelawak Shuib Sepah. Baharu-baharu ini kelihatan mereka bertiga bersama anak sulung mereka, Uwais Al Qarni yang berusia setengah tahun yang pandai berjalan dah.

Mereka kelihatan melakukan aktiviti di dalam pejabat, tidak tahu apa yang ingin ditunjukkan oleh mereka, nampak seperti sebuah mesin inovatif yang didemonstari oleh Shuib.