Pada:
Jumaat, 20 Mei 2016
Rizal, 40, berkata, dia memohon kerjasama pihak berkuasa agar melakukan siasatan terperinci terhadap laporan yang dibuat oleh Fasha, 32, di Balai Polis Ampang Jaya dekat sini pada petang Isnin lalu atas dakwaan tersebut.
"Saya benar-benar berharap dan meminta pihak polis menyiasat kes ini untuk mengetahui kebenarannya.Jejai berkata, liputan secara meluas oleh media sejak tengah malam Isnin berhubung repot polis oleh bekas isterinya adalah perkara yang memeranjatkan.
"Kalau saya salah, siasatlah! Saya tidak takut dan tiada apa yang hendak disembunyikan," katanya
"Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan peguam berhubung hal ini dan dinasihatkan untuk tidak bercakap banyak dulu.Isu terbaharu ini hangat diperkatakan apabila sebuah blog hiburan pada malam Isnin lalu mendakwa ada beberapa individu melihat kehadiran Fasha bersama peguamnya di balai polis Ampang Jaya dipercayai bertujuan membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan gangguan daripada Rizal.
"Saya sangat malu dan terkejut apabila media melaporkan kes itu sejak semalam dan pada hari ini saya lagi terkejut.
"Apa yang saya boleh tegaskan adalah apa juga yang dilaporkan adalah sama sekali tidak benar. Saya akan ambil tindakan terhadap pihak yang memalukan saya," katanya.
Difahamkan, Rizal, sering memasuki kediaman Fasha tanpa kebenaran dan mengganggu kehidupan Fasha apabila aktres itu bersama rakan-rakannya.
Fasha yang tertekan dengan situasi itu dipercayai mengambil tindakan tersebut untuk perlindungan diri. -mStar Online.
Tag : Artis Janda , Berita Artis , Fasha Sandha , Gossip Artis , Kes Polis , Kontroversi , Pelakon , Perceraian Artis


