Pada:
Isnin, 25 April 2016
“Jiran hadapan rumah menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian pecah rumah yang disaksikan anaknya melibatkan tiga individu menaiki Toyota Wish berwarna gelap. Kumpulan berkenaan meletakkan kereta berdekatan rumah sambil menekan hon panjang sebelum disusuli dua lelaki mencampakkan barang dari rumah kami”Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, kediaman pasangan ini telah dipecah masuk oleh tiga lelaki menyebabkan mereka mengalami kerugian sebanyak RM200,000. Menurutnya lagi, kejadian ini merupakan kali ketiga telah menimpa keluarga mereka dan merupakan kejadian paling buruk yang pernah dialami mereka.
“Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah saya yang berselerak dan perompak dikesan masuk melalui bahagian dapur. Mereka membawa lari pelbagai barangan berharga termasuk 15 beg tangan berjenama milik isteri saya serta jam tangan pelbagai jenis milik saya dan juga isteri,” katanya melalui laporan Harian Metro.
Tag : Ayu Raudhah , Berita Artis , Jenayah , Kes Polis , Pencuri , Suami Isteri , Video Artis , Zaquan


