Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak ke-3 terkini Ayu Raudhah, Zaquan Adha (8 gambar)

Selasa, 19 September 2017

Anak ke-3 pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha iaitu Laura Zuleykha kini dah memasuki usia 3 bulan. Comel nampak anak perempuan mereka ni kan.

Sekitar Suasana Hari Raya Ayu Raudhah (16 Gambar)

Jumaat, 30 Jun 2017

Ayu Raudhah selamat melahirkan anak ke-3 (gambar baby)

Selasa, 13 Jun 2017


Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada pukul 10.52 pagi Isnin semalam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Lebih menggembirakan isteri kepada pemain bola sepak Perak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak itu menimang cahaya mata perempuan.

Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 4 dan Muhammad Aisy Aryann, 3.

Berita itu dimaklumkan oleh Mohd Zaquan menerusi Instagram miliknya.

Berita mengejutkan dari Ayu Raudhah!

Jumaat, 30 Disember 2016

Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha mengumukan beberapa hari lalu yang mereka bakal menerima kehadiran ahli keluarga baharu tidak lama lagi selepas Ayu mengesahkan beliau kini sedang hamil cahaya mata ketiga.

Berita gembira itu diumumkan oleh Ayu sendiri melalui satu foto beliau bersama suami yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Rumah Zaquan, Ayu Raudhah dirompak kali ke-3 (video CCTV)

Isnin, 25 April 2016

Pasangan suami isteri, Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha sekali lagi menerima nasib malang apabila kediaman mereka yang terletak di Pasir Gudang, dirompak oleh sekumpulan penyamun Jumaat lalu. Perkara itu turut didedahkan menerusi akaun Instagram Mohd Zaquan sendiri.

Sambutan ke-5 ulangtahun perkahwinan Ayu Raudhah, Zaquan Adha

Ahad, 24 Januari 2016

Sekitar ulang tahun ke-28 Aidil, Zaquan (12 gambar)

Selasa, 11 Ogos 2015

Baru-baru ini kembar pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha telah menyambut ulangtahun ke-28 mereka. Turut kelihatan isteri masing-masing Ayu Raudhah dan Zarema.

Mereka menyambut dengan sederhana dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan, tidak kelihatan Rita Rudaini.

Sekitar Hari Raya Ayu Raudhah (26 gambar)

Jumaat, 24 Julai 2015

Aidil buat laporan terhadap Rita Rudaini?

Sabtu, 23 Mei 2015

Pendedahan gangguan yang dikatakan nombor telefon Zarema isteri Aidil Zafuan terhadap Rita Rudaini sudah mendapat jawapannya. Aidil akui dia menggunakan nombor Zarema untuk menghubungi anak-anaknya.

Petang semalam, Aidil ada memuatnaik gambar dia membuat laporan polis tetapi tidak dinyatakan laporan berkenaan berkaitan Rita atau bukan.

Adik kembarnya, Zaquan Adha juga turut mengomen gambar yang dimuatnaik oleh Aidil itu dan sepertinya mengambarkan pelakunya ada lah Rita Rudaini.

Hmm macamana selepas ini?..
“Be strong Aidil Zafuan, Zarema Zainal. Orang tak suka tengok kita bahagia, jangan minta simpati orang untuk jatuhkan orang lain. Diam tidak bermakna kita salah. Ingatan untuk diri sendiri juga,” -Zaquan

Aksi cium yang menjanggalkan, siapa ni? (gambar)

Khamis, 7 Mei 2015

Gambar seperti ini sememangnya mesra tapi kadang kala tidak sepatutnya menjadi tontonan umum apatah lagi dimuat naik sendiri oleh pasangan suami isteri, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.

Kemesraan ini ditonjolkan dalam pelbagai aksi cium yang juga semamngnya bukan tradisi orang Melayu dan Islam untuk ditunjukkan.

Ianya sebenar cukup sekadar untuk 'private' kerana menyangkut paut soal maruah. Gambar diambil ketika mereka bercuti ke Pulau Rawa, Johor baru-baru ini.

Ayu Raudhah, Zaquan bercuti di Pulau Bali (18 gambar)

Rabu, 3 Disember 2014


Zaquan Adha dan Ayu Raudhah serta anak mereka baru-baru ini telah pergi bercuti di pulau peranginan terkenal dunia, Pulau Bali.

Banyak tempat yang mereka pergi, cuma beberapa keping gambar sahaja yang dimuatnaik oleh Ayu di dalam laman instagram miliknya.

Apa-apa pun jom kita lihat keluarga bahagia ini. ^^

Aidil, Zaquan sekeluarga ke LegoLand (13 gambar)

Selasa, 28 Oktober 2014

Baru-baru ini adik beradik Zaquan Adha dengan Aidil Zafuan serta ahli keluarga masing-masing telah melaungkan masa hunjung minggu ke pusat taman permainan Lego Land.

Ayu Raudhah dan Zarema juga baik-baik sahaja hubungan mereka. Sangat bahagia sekali melihat keluarga besar ni. Dengan anak-anak mereka yang dah membesar. Jom layan sat. -Instagram AyuRaudhah

Isu Zaquan, Iqram untuk promosi LBS3?

Isnin, 15 September 2014

Dengarnya kemelut yang melanda Zaquan Adha suami kepada pelakon, Ayu Raudhah dengan Iqram Dinzly berhubung dengan filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) dimana Zaquan berang atas tindakan dan aksi Iqram di dalam filem berkenaan terhadap isterinya adalah sebuah publisiti murahan atau promosi untuk menarik penonton menonton filem berkenaan.

Dengarnya juga, ramai yang mahu menonton untuk hanya melihat aksi Iqram terhadap Ayu Raudhah yang mendatangkan kemarahan Zaquan.

Memetik portal Kosmo!, pengarah filem berkenaan, Sharad Sharan menafikan hal itu dan ianya terjadi di luar penglibatan mereka di dalam set pengambaraan.

Ayu Raudhah serik untuk berlakon, Iqram minta maaf!

Khamis, 11 September 2014

Semalam berlaku pergaduhan perang laman sosial diantara, Zaquan Adha dengan Iqram Dinzly gara-gara selepas menonton filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (LBS3) babak yang tidak disenangi Zaquan mengenai isterinya, Ayu yang dipukul.

Memetik portal Bharian, Ayu tidak menafikan perkara itu (dipukul) namun mengakui yang Ayu trauma akan aksi-aksi yang ditonjolkan di dalam filem ini.

Zaquan Adha, Iqram Dinzly bergaduh sebab Ayu Raudhah!

Rabu, 10 September 2014

Dengarnya, hubungan diantara suami, Ayu Raudhah, Zaquan Adha dengan Iqram Dinzly rengang. Ini berikutan perang laman sosial telah dilancarkan oleh kedua-dua pihak.

Kisah bermula apabila Iqram dan Ayu yang digandingkan bersama untuk filem Lagenda Budak Setan 3 telah menimbulkan rasa cemburu buat si suami, Zaquan. Katanya dia tak tahan melihat Ayu diperlakukan seperti itu (tidak dipastikan adegan apa yang menyebabkan Zaquan tak tahan).

Namun Iqram menjelaskan yang adegannya itu hanya lah lakonan dan meminta Zaquan bersikap profesional mengenai kerjaya si isteri.



Gambar Raya Ayu Raudhah 2014 (10 Gambar)

Jumaat, 1 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Ayu Raudhah dengan suaminya, Zaquan Adha.

Zaquan Adha kahwin dengan Zarema?

Isnin, 7 Julai 2014

Kalau diikutkan Zaquan Adha ni adalah suami kepada Ayu Raudhah, namu melihat keratan akhbar semalam, agak mengelirukan apabila dikatakan pasangan kepada Zarema iaitu isteri kepada kembar Zaquan, Aidil Zafuan.

Mungkin editor nya tidak membuat semakan terhadap senarai diatas dan membuatkan ramai yang gelak sinis mengenai kesilapan tidak diduga ini. Hehe. -gambar Forum Cari

Itu bukan suami saya! -Ayu Raudhah

Selasa, 10 Jun 2014

Berlaku sebuah gosip yang cuba menhancurkan mahligai Zaquan Adha dengan isterinya, Ayu Raudhah. Apabila sebuah blog mendedahkan Zaquan bermain kayu tiga di sebuah laman sosial mobile, Wechat.

Ayu yang memetik laporan mStar, mendakwa dan menafikan itu bukan suaminya.
"Gosip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini,"

"Selepas membaca gosip dan screenshot kononnya suami berbual cinta dengan seorang wanita di WeChat, saya dapati ia buka akaun milik suami,”

"Mungkin wanita itu melakukan screenshot ketika membuat panggilan berkenaan. Atas dasar apa? Saya tak pasti dan tidak tahu apakah tujuan wanita itu melakukan demikian," Ayu Raudhah.

Ayu Raudhah selamat melahirkan anak (4 gambar)

Ahad, 4 Mei 2014

Tahniah kepada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah kerana selamat menimang anak ke-2 mereka pada hari Jumaat lalu sekitar jam 2.15 petang.

Bayi berkenaan berjantina lelaki dengan berat 2.73kg. Nama masih belum dipastikan lagi, yang pasti bayi ini normal dan sihat. :)

Gambar Ayu Raudhah, Zaquan tunai umrah

Selasa, 18 Mac 2014

Akhir bulan Februari yang lalu, pasangan Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha telah pergi menunaikan umrah bersama-sama ke Makkah dan juga Madinah.

Kalau tidak silap, waktu menunaikan umrah itu, Ayu telah mengandung anak ke-2 dengan usia kandungannya ketika itu adalah 6 bulan lebih. Yang bagusnya mengenai Ayu ni, dia tak suka mempamerkan yang dia tu hamil atau menayangkan perut kehamilannya itu. :)