Pada:
Isnin, 21 Disember 2015

Bila ditanya penyakit sebenar yang dialami Farah, dia sendiri tidak tahu dan menggelangkan kepalanya.
"Saya pun tak tahu sebab doktor pun tak bagi ubat lagi. Doktor cuma suruh saya berehat dan jangan bercakap selama lima hari. Mungkin selama ini saya banyak sangat menyanyi sebab tu disuruh diam. Macam mana nak buat tu kan sebab Farah pun shooting dan ada juga tawaran menyanyi. Jadi ya macam itulah," katanya.Disebabkan suaranya masih tak sembuh ada beberapa individu yang menyerankan Farah untuk mendapatkan rawatan cara kampung. Tetapi, hasrat itu tak kesampaian kerana Farah risau kalau-kalau orang mendakwa dia pergi berjumpa bomoh.
Manalah tahu nanti ada pulak gossip yang mengatakan bahawa dia disihir oleh pihak tertentu sebab tak puas hati. Jenuh pulak nak menjawabnya kann.
Tapi kalau dah suara masih lagi tak elok, takkan nak dibiarkan begitu sahaja. Kesihatan melibatkan peti suara ini jangan diambil mudah.. Suara tu nak pakai lama, bukan hanya untuk menyanyi tapi untuk bercakap. Kalau masih tak elok lebih baik Farah dapatkan rawatan ke pusat perubatan Islam. -Miss A/UtaraNews.com
Tag : Berita Artis , Farahdhiya , Gossip Artis , Penyanyi , Perubatan , Program Realiti , Sihir