Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Isteri Awie terkena sihir selepas kahwin...

Selasa, 11 Oktober 2016

Isteri baru Awie, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin mendakwa turut terkena tempias penyakit misteri yang membelenggu suami selepas kaedah moden gagal mengesan punca masalah kulit yang dihadapinya, baru-baru ini.

Wanita yang mesra disapa Lady itu memberitahu, dia pada mulanya enggan percaya ilmu hitam.
Namun, Lady mula menerima hakikat wujudnya anasir lain selepas menjalni rawatan alternatif berasaskan kaedah perubatan Islam.

Enggan menuding jari, Lady mengambil keputusan menjalani rawatan perubatan moden selain mengamalkan bacaan ayat suci selain mengelak gangguan.
"Dulu saya sangsi adanya sihir. Tetapi selepas terkena batang hidung sendiri, saya mula mengambil langkah berjaga-jaga. Semuanya bermula dengan masalah gatal pada bahagian betis dan paha. Peliknya, ia hanya terasa menjelang waktu Maghrib.

"Enggan dibebani kepercayaan karut, saya mendapatkan nasihat pakar kulit. Pakar itu juga tidak dapat mengenalpasti punca kerana rasa gatal hanya pada waktu Maghrib," katanya kepada BH Online

Rumah Rozana 'berpuaka', Awie tidak berani datang?

Khamis, 16 Jun 2016

Awie tidak menjenguk dua anaknya yang di bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun, 38, selepas menganggap rumah bekas isterinya itu di Ukay Perdana, Hulu Klang sebagai ‘berpuaka’.

Keterangan tersebut diberikan oleh Awie di hadapan Hakim Syarie Che Saupi Che Husin dalam perbicaraan kes nafkah anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Ketika ditanya peguam yang mewakili Rozana, Mohd. Nor Apandi Dahari dalam sesi soal balas telah mempersoalkan mengapa Awie tidak cuba menjenguk anak­nya dan Awie yang kelihatan tenang menjawab sambil diperhatikan peguamnya, Mohd. Syafiq Norizan.

Menurutnya, beliau tidak dapat menjenguk anaknya kerana tidak pasti lokasi mereka dan percaya Rozana telah membawa kedua-dua anaknya itu tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinci.

Ujarnya lagi, rumah yang dihuni oleh Rozana sebelum ini juga tidak dikunjungi kerana beranggapan rumah tersebut ‘berpuaka’ ekoran tidak seorang ahli keluarga bekas isterinya itu menyukai beliau.


Aweera muntah-muntah benang

Rabu, 8 Jun 2016

Aweera difahamkan sejak bulan Mac yang lalu, dia mengalami batuk dan demam. Sehinggakan Aweera termuntah-muntah dengan mengeluarkan benang.

Walaupun sudah berjumpa doktor dan mengesahkan dia tidak sakit apa-apa, Aweera kemudiannya syak yang dia terkena buatan orang.

“Tiga orang doktor, tiga klinik saya pergi semua bagi keputusan yang sama. Mereka cakap tonsil saya sihat dan tidak bengkak. Merah sedikit itu biasa, kerana saya menyanyi. Saya makan ubat seperti biasa sehinggalah saya muntah keluar benang baru-baru ini dan itu sangat mengejutkan”

“Saya bukanlan orang yang terlalu percayakan bomoh atau ilmu hitam tetapi perkara-perkara Syirik dan Khurafat itu wujud. Saya bimbang jika saya ‘terkena’ permainan orang Syirik dan Khurafat kerana saya tak pernah mempunyai musuh selama ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Suara serak Faradhiya akibat sihir?

Isnin, 21 Disember 2015

Nampaknya suara naib juara Gegar Vaganza 2 (GV2)  iaitu Farahdhiya masih lagi tak sembuh dari suara seraknya. Kalau dulu, kerana suara serak Farah buatkan dia hampir-hampir mahu tarik diri dari GV2. Sehingga dah tamat GV2 pun suaranya masih tak sembuh.

Bila ditanya penyakit sebenar yang dialami Farah, dia sendiri tidak tahu dan menggelangkan kepalanya.

Abby Abadi didakwa disihir, sering sakit!

Khamis, 19 Januari 2012

Kasihan Abby Abadi yang mendakwa dirinya dipergunakan/disihir oleh pihak yang tidak berpuas/iri hati atau cemburu dengan kehidupannya. Sehinggakan kerjayanya, rumahtangganya hampir tidak dapat bersinar kembali. Kelihatan sering sakit yang teruk, dari perut sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk. Itu yang menjadi masalah Abby beberapa minggu yang lalu.

Kini Abby sudah sihat kembali apabila membuat rawatan traditional melalui pakar perubatan dan juga pelakon, Ashraf Muslim. Abby bersyukur dengan kesembuhan dan kemujaraban rawatan ini. Namun Abby juga perlu berhati-hati semula disebabkan kemungkinan 'serangan' berulang kembali. Abby tidak tahu menahu dan memusuhi sesiapa, dan berharap hanya Allah sahaja yang membalas perbuatan pihak itu nanti, tak dunia, di akhirat menanti.